Apa itu Refluks Hempedu?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Refluks Hempedu?

Refluks hempedu berlaku apabila hempedu – iaitu cecair pencernaan yang dihasilkan dari hati anda – ternaik (refluks) ke dalam perut serta tiub yang menghubungkan antara mulut dan perut anda (esofagus).

Refluks hempedu boleh berlaku bersama-sama refluks asid, iaitu merupakan istilah perubatan untuk asid perut masuk ke dalam esofagus anda. Walau bagaimanapun, refluks asid hempedu dan refluks asid merupakan keadaan yang berbeza.

Adakah hempedu penting dalam refluks, merupakan satu soalan yang kontroversi. Kebiasaannya hempedu akan disyaki sebagai penyebab berlakunya refluks apabila tindak balas yang ditunjukkan oleh individu terhadap ubat-ubatan anti asid tidak secara menyeluruh atau tidak berkesan sama sekali. Tetapi terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kesan refluks empedu pada individu.

Tidak seperti refluks asid, refluks hempedu biasanya tidak dapat dikawal sepenuhnya dengan mengubah cara pemakanan atau gaya hidup. Rawatan akan melibatkan ubat-ubatan atau dalam kes yang teruk, memerlukan pembedahan.

Apakah kebarangkalian Refluks Hempedu?

Refluks empedu sangat jarang berlaku pada individu yang sihat. Refluks empedu merupakan perkara biasa berlaku pada individu yang pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan pundi hempedu mereka atau mereka yang menjalani pembedahan gastrik, termasuk pembuangan  secara keseluruhan atau sebahagian daripada perut (gastrectomy) atau pembedahan pintasan gastrik bertujuan untuk menurunkan berat badan. Refluks empedu juga biasa berlaku pada pesakit yang menghadapi ulser peptik. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Refluks Hempedu?

Simptom – simptom yang biasa ditunjukkan adalah:

  • Sakit perut di bahagian atas dan berkemungkinan menjadi lebih teruk.
  • Pedih ulu hati – pedih pada bahagian dada seperti terbakar yang kadang-kadang akan merebak pada tekak anda serta membuatkan lidah anda merasa pahit.
  • Loya.
  • Memuntahkan cecair yang berwarna hijau kekuningan (hempedu).
  • Batuk dan serak.
  • Kehilangan berat badan yang tidak dirancang.

Refluks hempedu sukar untuk dibezakan daripada refluks asid. Tanda-tanda dan gejala yang ditunjukkan adalah sama, dan kedua-dua keadaan mungkin berlaku pada masa yang sama. Fungsi bili dalam refluks masih tidak jelas.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Refluks Hempedu?

Empedu merupakan cecair kuning kehijauan yang diperlukan untuk mencerna lemak dan  menghapuskan sel darah merah yang tidak lagi berfungsi serta toksik tertentu dari badan anda. Empedu dihasilkan dari hati anda dan disimpan di dalam pundi hempedu.

Makanan yang anda makan yang mengandungi lemak walaupun sedikit akan memberikan isyarat untuk pundi hempedu anda untuk mengeluarkan hempedu,  mengalir melalui dua tiub kecil (saluran sista dan saluran empedu biasa) ke bahagian atas usus kecil anda (duodenum).

Empedu refluks ke dalam perut

Campuran hempedu dan makanan di dalam duodenum akan masuk ke dalam usus kecil anda melalui injap pyloric, otot yang kuat berbentuk bulat yang terletak di hujung perut anda. Injap pyloric biasanya hanya terbuka sedikit – sudah memadai untuk mengeluarkan kira-kira satu per lapan auns (kira-kira 3.5 mililiter) cecair makanan pada satu -satu masa, tetapi tidak mencukupi bagi membolehkan jus pencernaan untuk refluks ke dalam perut. Dalam kebanyakan kes refluks hempedu, injap tidak ditutup dengan betul,menyebabkan hempedu akan termasuk ke dalam perut.

Empedu refluks ke dalam esofagus

Hempedu dan asid perut boleh refluks ke dalam esofagus apabila injap otot lain, seperti pencerut bawah esofagus, tidak berfungsi. Pencerut bawah esofagus memisahkan esofagus dan perut. Injap biasanya dibuka hanya untuk membolehkan makanan masuk ke dalam perut. Tetapi jika injap lemah atau kendur secara tidak normal, hempedu boleh termasuk ke dalam esofagus

Apakah yang menyebabkan refluks hempedu?

  • Komplikasi pembedahan. Pembedahan gastrik, termasuk pembuangan keseluruhan perut (gastrectomy) dan pembedahan pintasan gastrik bertujuan untuk menurunkan berat badan, menyebabkan kebanyakan refluks empedu berlaku.
  • Ulser peptik. Ulser peptik boleh menghalang injap pyloric menyebabkan injap tidak cukup terbuka untuk membolehkan perut mengosongkan isinya dengan cepat seperti yang sepatutnya. Makanan yang terkumpul di dalam perut akan menyebabkan peningkatan tekanan gastrik serta menyebabkan hempedu dan asid perut refluks ke dalam esofagus.
  • Pembedahan pundi hempedu (cholecystectomy). Individu yang telah mengeluarkan pundi hempedu mereka mempunyai risiko refluks hempedu lebih tinggi daripada individu – individu yang tidak menjalani pembedahan ini.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Refluks Hempedu?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Refluks Hempedu didiagnosis?

Penjelasan tentang gejala yang anda sedang hadapi sudah cukup untuk doktor anda  mendiagnosis masalah refluks. Tetapi agak sukar bagi membezakan antara refluks asid dan refluks empedu dan memerlukan ujian yang lebih lanjut. Anda juga akan dikehendaki menjalani ujian pemeriksaan bagi meniliti kerosakan pada esophagus dan perut anda, serta perubahan prakanser.

Ujian termasuk :

  • Tiub yang fleksibel beserta kamera (endoskopi) akan dimasukkan ke dalam kerongkong anda. Endoskopi boleh menunjukkan ulser peptik atau keradangan di dalam perut serta esophagus. Doktor anda juga boleh mengambil sampel tisu untuk diuji bagi mengenalpsti pembentukan esofagus Barrett atau kanser esofagus.
  • Ujian asid ambulatori. Ujian ini menggunakan pengukur asid  untuk mengenal pasti bila, dan berapa lama, asid refluks ke dalam esofagus anda.

Terdapat juga satu ujian, tiub yang fleksibel (kateter) dilengkapi prob pada hujungnya akan dimasukkan ke dalam esofagus anda melalui hidung.

Dalam satu lagi ujian (ujian Bravo), prob akan diletakkan pada bahagian bawah esofagus anda semasa endoskopi. Ujian asid ambulatori boleh membantu doktor mengenal pasti refluks asid tetapi bukan refluks hempedu.

  • Impedans Esofagus. Ujian ini akan mengenal pasti sama ada gas atau cecair yang refluks ke kerongkong anda. Ujian ini berguna untuk individu yang mengalami refluks bahan-bahan yang tidak berasid (seperti hempedu) dan tidak dapat dikesan oleh prob asid. Seperti ujian prob yang terdapat dalam piawaian, impedans esofagus menggunakan prob yang dimasukkan ke dalam esofagus dengan menggunakan kateter.

Bagaimana pesakit Refluks Hempedu dirawat?

Mengubah gaya hidup serta pengambilan ubat merupakan rawatan yang sangat berkesan refluks asid, tetapi rawatan bagi refluks empedu adalah lebih sukar. Bukti keberkesanan untuk rawatan refluks hempedu sangatlah sedikit, hal ini kerana kesukaran untuk mendiagnosis refluks empedu sebagai penyebab simptom yang terbentuk.

Ubat – ubatan

  • Asid Ursodoksikolik. Ubat ini membantu melancarkan aliran hempedu. Ubat ini boleh mengurangkan kekerapan dan keterukan simptom anda.
  • Sekuester asid hempedu. Para doktor sering mempreskripsi sekuester asid hempedu, yang akan mengganggu peredaran hempedu, namun kajian menunjukkan bahawa ubat ini kurang berkesan berbanding rawatan yang lain. Kesan sampingannya seperti kembung perut dan boleh menjadi lebih teruk.
  • Penghalang pam proton. Ubat-ubatan ini sering diskripsikan untuk menghalang penghasilan asid, tetapi mereka tidak mempunyai peranan yang jelas dalam merawat refluks empedu.

Rawatan pembedahan

Doktor akan mengesyorkan untuk melakukan proses pembedahan jika pengambilan ubat gagal untuk mengurangkan simptom yang teruk atau terdapat pembentukan prakanser di esofagus anda. Sesetengah jenis pembedahan mempunyai peratusan kejayaan yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain, jadi pastikan anda berbincang dengan doktor anda tentang kebaikan dan keburukan sebelum bersetuju menerima rawatan dengan teliti.

Antara pilhannya adalah:

  • Pembedahan pembahagian (Roux-en-Y). Prosedur ini juga merupakan salah satu pembedahan untuk menurunkan berat badan, boleh disyorkan untuk individu yang telah menjalani pembedahan gastrik  dengan membuang pilorus sebelum ini. Dalam procedure pembedahan Roux-en-Y ini, doktor pakar bedah akan membuat sambungan baru untuk mengalirkan hempedu lebih jauh ke dalam usus kecil, lantas menjauhkan hempedu dari perut.
  • Pembedahan anti-refluks (fundoplication). Bahagian perut yang paling dekat dengan esofagus (fundus)akan dibungkus kemudian dijahit di sekitar pencerut esofagus yang paling bawah. Prosedur ini akan menguatkan injap lantas mengurangkan refluks asid. Bukti keberkesanan prosedur ini terhadap rawatan refluks hempedu adalah sedikit.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Refluks Hempedu?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi refluks empedu:

  • Berhenti merokok. Merokok akan menyebabkan peningkatan pembentukan asid dalam perut dan mengeringkan air liur yang menjadi pelindung kepada esofagus.
  • Makan pada jumlah yang sedikit. Memakan pada jumlah yang sedikit akan mengurangkan tekanan pada pencerut esofagus yang bawah lantas dapat mengelakkan injap terbuka pada waktu yang salah .
  • Duduk selepas selepas makan. Sila duduk dalam lingkungan dua hingga tiga jam selepas makan  agar dapat memberikan waktu untuk perut anda mengosongkan isinya.
  • Hadkan makan makanan yang berlemak. Makanan yang mengandungi lemak yang tinggi akan melenturkan pencerut esofagus bawah serta melambatkan kadar pengosongan makanan dari perut anda.
  • Elakkan pengambilan makanan serta minuman yang akan mendatangkan masalah. Sesetengah makanan akan meningkatkan pembentukan asid perut dan boleh melenturkan pencerut esofagus yang bawah. Antara makanan yang mempunyai kesan ini adalah minuman berkafein dan berkarbonat, coklat, makanan jeruk dan jus, makanan berasaskan cuka, bawang, makanan berasaskan tomato, makanan pedas dan pudina.
  • Hadkan atau elakkan pengambilan alkohol. Meminum alkohol akan melenturkan esofagus yang bawah dan menyebabkan esofagus menghadapi keradangan.
  • Kurangkan berat badan yang berlebihan. Kepedihan ulu hati dan asid refluks lebih cenderung  untuk berlaku apabila berat badan anda berlebihan memberikan tekanan tambahan pada perut anda.
  • Naikkan katil anda. Tidur dengan bahagian atas badan anda dinaikkan 4 hingga 6 inci (10 hingga 15 sentimeter) boleh membantu mencegah gejala refluks. Menaikkan kepala katil dengan blok atau tidur pada penjuru yang lembut lebih berkesan daripada menggunakan bantal tambahan.
  • Dalam keadaan yang stres, pencernaan akan menjadi lambat, lalu akan memburukan lagi simptom refluks. Teknik relaksasi seperti menarik nafas yang dalam, meditasi atau yoga dapat membantu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 28, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.