backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Rabun Jauh

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 12/11/2019

Definisi

Apa itu rabun jauh?

Rabun jauh, juga dikenali sebagai miopia, merujuk kepada keadaan penglihatan di mana anda tidak dapat melihat objek jauh tetapi objek yang dekat dapat dilihat jelas. Jika anda rabun jauh, anda akan mendapati bahawa ianya sukar untuk melihat objek yang jauh. Contohnya, anda tidak dapat mengenalpasti tanda di lebuhraya hingga ianya cuma beberapa kaki jarak dari anda. Keadaan ini boleh meningkat perlahan atau mendadak, biasanya menjadi semakin teruk semasa zaman kanak-kanak atau remaja.

Apakah kebarangkalian rabun jauh?

Keadaan kesihatan ini ialah biasa bagi mereka yang berusia antara 8 ke 12 tahun, tapi ia juga boleh terjadi pada pesakit pada mana-mana peringkat usia. Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi rabun jauh

Antara tanda dan simptom biasa bagi rabun jauh ialah:

  • Penglihatan kabur ketika melihat objek yang jauh;
  • Keperluan untuk mengecilkan mata atau menutup separuh kelopak mata untuk melihat dengan jelas;
  • Sakit kepala diakibatkan keletihan mata;
  • Kesukaran melihat semasa memandu kenderaan, terutamanya waktu malam.

Tanda dan simptom rabun jauh pada kanak-kanak termasuklah:

  • Sentiasa mengecilkan mata;
  • Keperluan untuk duduk lebih dekat dengan televisyen, skrin filem atau di depan kelas;
  • Kelihatan tidak perasan objek yang jauh;
  • Kelip mata secara berlebihan;
  • Menggosok mata mereka dengan kerap.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda sekiranya mengalami mana-mana dari yang di bawah:

  • Jika anda tidak dapat melihat dengan jelas benda yang jauh dan ini mengganggu anda dari melakukan tugasan sebaik yang anda inginkan;
  • Jika kualiti penglihatan anda menghalang anda dari menikmati aktiviti anda;
  • Jika anda mengalami secara tiba-tiba gambaran benda yang terapung atau bayang-bayang menghalangi sebahagian dari jarak pandangan anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan rabun jauh?

Rabun jauh anda mungkin disebabkan oleh keadaan bola mata anda yang terlalu panjang atau mempunya kornea yang melengkung terlalu mencuram, maksudnya daripada ia fokus pada retina, sinaran cahaya memasuki mata untuk fokus di hadapan retina dan menyebabkan imej yang dilihat kabur.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko rabun jauh?

Ada banyak faktor risiko bagi rabun jauh, antaranya:

  • Sejarah keluarga. Keadaan ini biasanya berlaku dalam keluarga atau keturunan. Anda dalam risiko yang tinggi sekiranya salah seorang dari ibubapa anda berpenglihatan dekat, atau jika keduanya berpenglihatan dekat.
  • Membanya terlalu banyak;
  • Keadaan sekeliling seperti kurang masa dihabiskan di luar.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana rabun jauh didiagnosis?

Anda boleh didiagnos berpenglihatan dekat menerusi ujian mata. Dalam ujian mata yang lengkap anda mungkin perlu melalui beberapa siri ujiamn doktor mata anda boleh menggunakan pelbagai alatan, menghalakan cahaya yang terang terus kemata anda dan mengarahkan anda untuk melihat pada beberapa lensa. Tujuan ujian-ujian ini ialah untuk menguji beberapa aspek pada mata anda dan penglihatan anda dan untuk mengenalpasti apa preskripsi yang and perlu untuk mendapat pandangan yang jelas menerusi bantuan kacamata atau kanta lekap.

Bagaimana rabun jauh dirawat?

Untuk merawat rabun jauh, anda perlu membaiki penglihatan anda melalui usaha untuk memfokus pada cahaya di retina anda melalui bantuan kanta pembetulan atau pembedahan refraktif.

Sekiranya anda memilih untuk memakai kanta pembetulan bagi merawat rabun jauh, ia boleh membantu anda dengan mengatasi peningkatan pada lengkungan kornea anda atau pemanjangan saiz bola mata anda. Anda boleh mencuba kacamata dari pelbagai jenis seperti bifokal, trifokal, dan cermin mata membaca; atau kanta lekap yang dipakai terus pada mata anda.

Sekiranya anda tidak suka perassaan memakai sesuatu untuk membantu membaiki rabun jauh anda, anda boleh menimbng untuk pembedahan refraktif. Kaedah ini membantu anda untuk mengurangkan atau juga menghilangkan terus keperluan anda pada cermin mata atau kanta lekap. Prosedur yang paling biasa ialah keratektomi fotorefraktif dengan menggunakan laser bagi membuang lapisan dari tisu kornea, dan laser-assisted in situ keratomileusis (LASIK) dengan menggunakan laser femto atau alat mekanikal bagi memotong flap nipis menerusi bahagian atas kornea.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas rabun jauh?

Gayahidup dan rawatan sampingan berikut boleh membantu anda berhadapan dengan rabun jauh:

  • Lakukan pemeriksaan mata secara tetap;
  • Kawal keadaan kesihatan yang kronik, contohnya diabetes dan tekanan darah tinggi;
  • Lindungi mata anda daripada matahari dengan memakai cerminm= mata hitam yang menghalang rdiasi ultraviolet (UV).
  • Elak dari kecederaan mata. Anda digalakkan memakai alatan pelindung mata semasa melakukan perkara seperti sukan, memotong rumput, mengecat atau mengginakan produk mengandungi wasap bertoksik;
  • Berhenti merokok sekiranya anda merokok. Ini bukan sahaja membantu anggota tubuh yang lain, tetapi juga kesihatan mata anda;
  • Gunakan kanta pembetulan yang sesuai;
  • Kurangkan keletihan mata. Selepas beberapa minit menggunakan computer atau membaca, anda perlu melihat ke arah lain supaya mata anda boleh berehat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 12/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan