Apa itu Rabdomiosarkoma?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Rabdomiosarkoma?

Rabdomiosarkoma ialah sejenis kanser yang berkembang pantas dan boleh tumbuh dari tisu lembut (seperti otot) hampir di seluruh badan. Ini adalah otot-otot yang kita boleh kawal (contohnya untuk menggerakkan lengan dan kaki). Ia juga dikenali sebagai otot rangka atau lurik. Tempat paling kerap bagi rabdomiosarkoma ialah kepala, tengkuk, pundi kencing, lengan, kaki dan batang tubuh. Dalam rabdomiosarkoma, sel-sel kanser tersebut kelihatan sama seperti sel otot normal.

Terdapat 2 jenis utama rabdomiosarkoma:

  • Rabdomiosarkoma embrional kebiasaannya melibatkan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Ia selalu berlaku di kepala dan tengkuk dan terutamanya tisu di sekeliling mata (rabdomiosarkoma obrbital). Tempat lain yang kerap bagi tumor ini ialah bahagian genitourinari dimana ia boleh berlaku di rahim, faraj, pundi kencing dan kelenjar prostat.
  • Rabdomiosarkoma alveolar kebiasaannya melibatkan kanak-kanak lebih dewasa atau remaja. Ia cenderung untuk menjadi lebih agresif berbanding jenis yang pertama. Ia berlaku lebih kerap di lengan, kaki atau di dada atau abdomen.

Jenis ketiga digelar rabdomiosarkoma anaplastik yang merupakan jenis paling jarang. Orang dewasa lebih berkemungkinan untuk menghidapinya.

Apakah kebarangkalian Rabdomiosarkoma?

Rabdomiosarkoma ialah penyakit yang kerap berlaku. Ia lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Rabdomiosarkoma?

Simptom-simptom yang kerap ialah:

  • Mata: berair, sakit atau mata membonjol.
  • Hidung dan tekak: hidung tersumbat, pendarahan, atau perubahan pada suara, atau hidung berair mengandungi lendir dan nanah.
  • Saluran genital atau kencing: sakit abdomen, ketumbuhan di dalam abdomen yang boleh dirasa, susah membuang air kencing dan darah di dalam air kencing.
  • Kaki dan tangan: ketumbuhan keras pada kaki atau lengan. Kanser kaki atau lengan kebiasaannya merebak terutamanya ke paru-paru, tulang sumsum dan kelenjar limfa. Kebiasaannya ia tidak menunjukkan simptom.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor jika anda mengalami mana-mana perkara berikut:

  • Ketumbuhan atau bengkak yang kekal di bahagian badan anda;
  • Mata membonjol atau bengkak pada kelopak mata;
  • Sakit kepala dan mual;
  • Susah membuang air kencing atau mengalami pergerakan usus;
  • Darah di dalam air kencing;
  • Pendarahan dari hidung, tekak, faraj atau rektum;
  • Satu bahagian skrotum membesar.

Punca

Apakah Punca Rabdomiosarkoma?

Sebab yang sebenar tidak diketahui. Pengkaji masih sedang mencari sebab-sebabnya.

Sarkoma tisu lembut boleh berlaku di kawasan yang pernah dirawat dengan radioterapi untuk kanser jenis yang lain. Sarkoma tersebut kebiasaannya tidak berkembang sehingga sekurang-kurangnya 10 tahun selepas rawatan radioterapi tersebut.

Terdedah kepada beberapa jenis bahan kimia mungkin dihubungkaitkan dengan pembesaran beberapa sarkoma. Bahan kimia ini termasuk vinyl chloride yang digunakan untuk membuat plastik dan beberapa jenis herbisida (pembunuh rumpai) dan dioksin.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Rabdomiosarkoma?

Beberapa keadaan warisan meningkatkan risiko seseorang mendapat rabdomiosarkoma. Ini termasuk abnormal pada genetik yang menjadi seseorang lebih berisiko mendapat kanser jenis ini dan juga jenis yang lain:

  • Sindrom Li-Fraumeni
  • Neurofibromatosis jenis 1
  • Sindrom Beckwith-Wiedemann
  • Sindrom Costello
  • Sindrom Noonan

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Rabdomiosarkoma didiagnosis?

Jika ketumbuhan ditemui, computed tomography (CT) atau kadangkala magnetic resonance imaging (MRI) dilakukan. Diagnosis disahkan dengan mengambil sampel dari ketumbuhan tersebut dan diperiksa di bawah mikroskop. Kadangkala, seluruh ketumbuhan dibuang.

Untuk menentukan samada kanser telah tersebar, CT dada dan imbasan tulang dilakukan dan sampel tulang sumsum diambil dan diperiksa.

Imbasan CT mengambil rangkaian x-rays yang membentuk imej 3 dimensi bahagian badan. Anda akan diminta untuk tidak makan atau minum sekurang-kurangnya 4 jam sebelum imbasan tersebut.

Anda mungkin diberikan minuman atau suntikan pewarna yang membolehkan sebahagian kawasan dilihat dengan lebih jelas.

Imbasan MRI ialah sama seperti imbasan CT tetapi menggunakan magnet, bukannya x-ray, untuk membentuk imej keratan rentas badan anda.

Bagaimana pesakit Rabdomiosarkoma dirawat?

Rawatan terdiri daripada pembedahan, kemoterapi dan kadangkala radiasi.

Tukang bedah terbabit akan membuang sebanyak tumor yang boleh. Dia akan mengurangkan kerosakan atau kecacatan semasa melakukannya tetapi ia boleh jadi rumit. Dalam sesetengah kes, tukang bedah terbabit perlu membuang semua atau sebahagian dari kaki atau lengan. Dalam kes yang lain, kaki atau lengan terbabit boleh diselamatkan.

Kemoterapi ialah penggunaan ubat-ubatan untuk membunuh sel-sel kanser. Kemoterapi (paling kerap ialah vincristine, actinomycin D, cyclophosphamide, doxorubicin, ifosfamide dan etoposide) adalah hampir selalu diberikan selepas pembedahan. Ia memusnahkan sel-sel kanser berbaki di tempat ia dibuang. Ia juga boleh membunuh perkumpulan kecil sel-sel kanser yang mungkin wujud di bahagian lain.

Terapi radiasi kebiasaannya digunakan jika beberapa kanser kekal selepas pembedahan atau jika kanser tersebut dikategorikan sebagai berisiko tinggi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Rabdomiosarkoma?

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas rabdomiosarkoma?

Tiada faktor risiko yang boleh dicegah diketahui bagi penyakit ini. ujian genetik mungkin membantu mengenal pasti ahli keluarga lain yang mungkin berisiko mendapat sarkoma jenis ini atau jenis kanser yang lain.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.