Apa itu Pyelonephritis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Pyelonephritis?

Pyelonephritis, juga dikenali sebagai jangkitan buah pinggang, adalah sejenis jangkitan saluran kencing (UTI) yang boleh bermula di dalam pundi kencing atau uretra. Pyelonephritis biasanya disebabkan oleh bakteria yang memasuki saluran kencing. Biasanya, air kencing anda disimpan di pundi kencing sebelum ia dinyahkan dari badan. Bakteria boleh memasuki pundi kencing dari uretra (tiub yang mengambil air kencing dari pundi kencing ke luar badan) dan menyebabkan jangkitan saluran pundi kencing dan saluran kencing, yang kemudian menjangkiti buah pinggang dan membawa kepada pyelonephritis.

Jangkitan buah pinggang kurang biasa daripada UTI lain tetapi ia lebih serius. Jangkitan berulang boleh menyebabkan parut dalam buah pinggang yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Ini dipanggil pyelonephritis kronik, yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Apakah kebarangkalian Pyelonephritis?

Jangkitan buah pinggang biasanya berlaku pada wanita dan orang tua. Orang yang menggunakan kateter, mempunyai kencing manis atau saluran kencing tersumbat disebabkan oleh batu karanh atau prostat yang juga boleh dijangkiti buah pinggang.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pyelonephritis?

Tahap awal pyelonephritis mungkin tidak mempunyai simptom. Simptom yang paling biasa adalah demam dan sakit belakang.

Simptom-simptom lain termasuk: menggigil, kerap membuang air kecil, loya, kencing yang menyakitkan, sakit pada tulang rusuk, terasa mahu membuang air kecil dengan tergesa-gesa dan muntah.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang tersenarai di atas atau berasa luar biasa di abdomen bawah, berjumpalah dengan doktor anda secepat mungkin. Anda mesti mencari bantuan perubatan dengan segera jika mengalami sakit perut yang teruk dan kencing berdarah atau mengalami rasa terbakar. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Berbincang dengan doktor anda bagi mendapatkan apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Pyelonephritis?

Pyelonephritis biasanya disebabkan oleh bakteria yang menjangkiti air kencing dan kemudian memasuki buah pinggang melalui ureter atau dari aliran darah. Di sinilah bakteria boleh membiak dan menjangkiti buah pinggang. Walaupun, terdapat banyak bakteria yang boleh menyebabkan pyelonephritis, tetapi bakteria E. coli adalah yang paling biasa.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pyelonephritis?

Faktor tertentu boleh meningkatkan risiko anda merawat pyelonephritis:

  • Jantina: Wanita mempunyai risiko jangkitan buah pinggang yang lebih besar daripada lelaki. Uretra seorang wanita adalah lebih pendek daripada lelaki, jadi bakteria mempunyai jarak yang pendek untuk ke pundi kencing
  • Halangan dalam saluran kencing. Apa-apa pun yang melambatkan aliran air kencing atau mengurangkan keupayaan anda untuk mengosongkan pundi kencing anda melalui kencing ketika hamil, seperti batu karang, kelainan struktur dalam sistem kencing anda atau, pada lelaki, kelenjar prostat yang membesar, boleh meningkatkan risiko jangkitan ginjal.
  • Sistem imun yang lemah. Keadaan perubatan yang menjejaskan sistem imun anda, seperti diabetes dan HIV meningkatkan risiko jangkitan buah pinggang. Ubat-ubatan tertentu, seperti ubat yang diambil untuk mencegah penolakan organ-organ yang dipindahkan, mempunyai kesan yang sama.
  • Penggunaan ubat kencing yang berpanjangan.
  • Refluks Vesicoureteral.

Tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda tidak boleh mendapat pyelonephritis. Faktor-faktor ini hanya untuk rujukan sahaja. Anda perlu berunding dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pyelonephritis didiagnosis?

Doktor boleh membuat diagnosis dari sejarah perubatan dan memeriksa simptom seperti demam dan sakit belakang.

Jika jangkitan buah pinggang disyaki, doktor akan mengarahkan ujian air kencing dan ujian darah untuk memeriksa kehadiran bakteria. Selain itu, ultrasonografi atau CT buah pinggang boleh membantu mencari punca jangkitan.

Bagaimana pesakit Pyelonephritis dirawat?

Kebanyakan pesakit dimasukkan ke hospital dan dirawat dengan antibiotik yang dimasukkan ke dalam vena. Selepas simptom bertambah baik, antibiotik secara oral diperlukan selama 2 hingga 4 minggu.

Ubat penahan sakit dan cecair juga diberikan melalui vena jika berlaku dehidrasi. Untuk UTI yang berulang, dos antibiotik yang rendah boleh diberikan setiap hari selama beberapa minggu untuk mencegah jangkitan.

Jika batu karang punca jangkitan, seorang pakar urologi boleh mensyorkan rawatan gelombang lithotripsy, laser atau pembedahan untuk mengambil batu tersebut.

Pada orang dewasa, ulangi urin selepas rawatan telah berakhir untuk memastikan jangkitan tidak berulang. Sekiranya ujian berulang menunjukkan jangkitan, siri antibiotik selama 14 hari lagi ditetapkan; jika jangkitan berlaku lagi, antibiotik ditetapkan selama 6 minggu.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pyelonephritis?

Cara hidup dan rawatan di rumah yang berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah pyelonephritis:

  • Dehidrasi. Minum banyak cecair, tetapi jangan minum alkohol.
  • Air dan jus kranberi boleh membuat beberapa jenis bakteria tidak melekat pada bahagian dalam pundi kencing, yang membantu anda untuk mengelakkan jangkitan semula.
  • Jangan menahan air kencing anda untuk tempoh yang lama. Anda juga harus buang air kecil sebelum dan selepas seks untuk mencegah bakteria daripada dijangkiti melalui seks
  • Batu ginjal perlu dikeluarkan. Anda juga mesti mengambil ujian prostat dan rawatan prostat jika mengalami pembengkakan.
  • Jangan berhenti mengambil ubat anda atau menukar dos kerana anda berasa lebih baik kecuali dengan nasihat doktor.
  • Jangan mengambil sebarang penyediaan herba yang boleh didapati di kedai kesihatan. Ada yang boleh menyebabkan penyakit buah pinggang.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 28, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.