backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Puting Payudara Terbalik

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Puting Payudara Terbalik?

Puting payudara terbalik adalah keadaan di mana puting payudara ditarik ke dalam payudara daripada menghala ke luar. Keadaan ini juga dipanggil sebagai inversi puting payudara, retraksi puting payudara, atau invaginat puting payudara, walaupun sesetengah pemerhati boleh membezakan dua variasi ini.

Apakah kebarangkalian Puting Payudara Terbalik?

Puting payudara terbalik biasa berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Puting Payudara Terbalik?

Puting payudara adalah bahagian projeksi tengah areola. Puting payudara terbalik boleh berlaku sama ada untuk sementara waktu atau secara kekal. Puting payudara terbalik yang betul-betul terjadi adalah disebabkan oleh pelekatan pada dasar puting yang mencantumkan kulit dengan tisu di bawahnya. Selain itu, puting payudara terbalik boleh berlaku pada salah satu payudara sahaja.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Puting Payudara Terbalik?

Punca-punca umum termasuklah:

  • Wanita yang mempunyai puting payudara terbalik sejak lahir lagi.
  • Selepas menyusu badan, duktus susu mungkin telah rosak atau menjadi berserat dan terbalik balik, yang mana boleh menarik puting payudara ke dalam.
  • Pembedahan sebelum ini yang mengakibatkan tisu parut terhasil, yang mana boleh menyebabkan inversi puting payudara.
  • Kanser payudara mungkin boleh menyebabkan puting payudara terbalik.
  • Semakin bertambah usia, kulit payudara akan jadi mengeleber dan kulit di sekeliling puting payudara akan menjadi lendut, menyebabkan inversi.
  • Sebarang jangkitan pada payudara boleh menyebabkan inflamasi, mengakibatkan tisu parut berserat menarik puting payudara ke dalam.
  • Sesetengah wanita mempunyai puting payudara terbalik semasa hamil.

Mempunyai puting payudara terbalik terkemudian dalam hidup mungkin merupakan simptom kepada keadaan perubatan yang lebih serius, seperti penyakit Paget payudara. Keadaan ini khususnya terjadi kepada wanita yang berusia lebih daripada 50 tahun dan merupakan sejenis kanser payudara yang jarang berlaku di mana duktus di bawah areola atau bagi sesetengah kes terpencil, puting payudara itu sendiri, telah terganggu akibat kanser.

Walaupun kanser payudara jarang berlaku pada lelaki berbanding wanita, ia juga boleh terjadi kepada lelaki. Terdapat juga keadaan yang tidak begitu teruk, ektasia duktus mamari, yang mana merupakan inflamasi dan kadang-kadang berlaku jangkitan pada duktus mamari. Keadaan ini biasanya berlaku pada wanita yang berumur lebih daripada 50 tahun kerana ia sering terjadi akibat perubahan hormon. Inversi puting payudara juga boleh menjadi indikasi kepada gangguan payudara, seperti abses payudara, nekrosis lemak, dan mastitis.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Puting Payudara Terbalik?

Terdapat banyak faktor risiko bagi puting payudara terbalik, seperti:

  • Genetik
  • Hamil
  • Selepas menyusu badan
  • Meningkat usia
  • Jangkitan

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Puting Payudara Terbalik didiagnosis?

Bagi memeriksa sama ada anda betul-betul mempunyai puting payudara terbalik, anda boleh cuba ujian “cubit.” Pegang payudara anda pada bahagian tepi areola antara ibu jari dan jari telunjuk anda. Tekan dengan lembut tetapi kuat lebih kurang satu inci ke belakang puting anda. Jika puting payudara anda tersembul keluar, maksudnya puting anda normal. Jika ia tidak tersembul keluar atau menjadi tegak, ia dikira sebagai puting yang rata. Jika ia tertarik ke belakang atau hilang, ini adalah puting payudara yang betul-betul terbalik.

Bagaimana pesakit Puting Payudara Terbalik dirawat?

Alat penyedut

Terdapat beberapa alat penyedut yang boleh digunakan untuk membalik semula puting payudara yang telah terbalik. Kebanyakan alat ini dipakai di bawah baju bagi tempoh masa yang lama. Produk-produk ini dijual di bawah pelbagai nama, termasuklah:

  • Retraktor puting
  • Penarik keluar (extractor) puting
  • Kelongsong
  • Cawan
  • Biasanya alat ini berfungsi dengan menarik puting ke dalam cawan kecil. Hal ini dapat merangsang puting dan membuatkan ia tersembul keluar. Apabila telah lama digunakan, alat ini boleh bantu melonggarkan tisu puting. Ini dapat membantu puting anda untuk kekal tegak bagi tempoh masa yang lebih lama.

    Menindik puting

    Menindik puting kadang kala dilakukan untuk menarik keluar puting payudara yang telah terbalik. Hal ini kerana barang perhiasan yang ditindik itu dapat membantu puting anda untuk kekal dalam posisi tegak.

    Pembedahan

    Jika anda mahukan sesuatu yang kekal, pilihan yang anda ada hanyalah pembedahan. Terdapat dua jenis pembedahan yang berbeza:

    • Pembedahan dengan mengekalkan separuh daripada duktus susu: Pembedahan ini dikenali sebagai teknik “flap payung terjun.” Wanita yang menjalani prosedur ini masih boleh menyusu badan kerana terdapat beberapa sistem duktus susu yang masih ada. Anda tidak sepatutnya mengalami perubahan dalam sensasi puting payudara.
    • Pembedahan dengan duktus susu yang dibuang: Prosedur ini lebih biasa dilakukan. Wanita yang menjalani prosedur ini tidak dapat menyusu badan kerana semua duktus susu telah dibuang. Anda tidak sepatutu mengalami perubahan dalam sensasi puting payudara.

    Tanya dengan doktor anda mengenai pilihan mana yang terbaik untuk anda.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Puting Payudara Terbalik?

    Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi masalah puting payudara terbalik:

    • Letak ibu jari anda pada kiri atau kanan puting anda. Pastikan jari anda diletakkan pada bahagian dasar puting, bukan pada bahagian luar areola.
    • Tekan dengan kuat ke dalam tisu payudara anda.
    • Semasa masih menekan ke bawah, tarik ibu jari anda perlahan-lahan daripada satu sama lain.
    • Gerakkan ibu jari anda di sekeliling puting dan ulang semula.

    Anda boleh lakukan teknik ini pada bila-bila masa yang anda mahu untuk membuatkan puting anda tersembul, tetapi masih tidak jelas berapa lama kesan ini akan berpanjangan. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, lakukan teknik ini sekurang-kurangnya sekali sehari. Stimulasi secara berkala mungkin dapat membantu puting anda untuk tersembul keluar dengan lebih kerap lagi.

    Tiada sebarang kajian yang dilakukan bagi membuktikan sama ada teknik ini berkesan. Payudara setiap orang berbeza, jadi cuba untuk tidak berputus asa jika kaedah ini tidak berkesan kepada anda.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan