Apa itu Pterygium?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Pterygium?

Pterygium, juga dikenali sebagai mata pelayar (Surfer’s Eye), merupakan satu kondisi yang menyebabkan selaput yang menutup bahagian putih pada mata bertukar menjadi gelap. Ia kebiasaannya berlaku kepada orang yang banyak menghabiskan masa di luar, terutamanya golongan pelayar di laut. Ia adalah satu pertumbuhan bukan kanser yang kebiasaannya berwarna merah jambu dan boleh dilihat saluran darah padanya. Ia kebiasaannya bermula dari bahagian hidung (sudut dalam) mata dan merebak ke luar ke arah tengah mata. Pertumbuhannya boleh mencapai bahagian kornea – bahagian yang menutup pupil. Ia boleh meilbatkan satu atau kedua-dua belah mata. Jika kedua-dua mata terlibat, ia digelar bilateral pterygium.

Apakah kebarangkalian Pterygium?

Ia paling kerap berlaku kepada dewasa muda berumur antara 20 dan 40 tahun dan agak jarang berlaku kepada kanak-kanak. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pterygium?

Pterygium secara normalnya tidak menyebabkan simptom yang serius. Ia mungkin menyebabkan rasa seperti ada objek asing di dalam mata anda. Simptom-simptom pterygium kebiasaannya ringan:

  • Mata merah;
  • Pandangan kabur;
  • Gatal;
  • Iritasi pada mata;
  • Mata kering. Merasakan seperti ada objek asing di dalam mata.

Jika ia menjangkau ke kornea, ia akan menyebabkan gangguan pada penglihatan. Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca Pterygium?

Sebab yang pasti tidak diketahui. Sebahagian saintis mengatakan bahawa ia mungkin disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan mata kering. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang banyak terdedah kepada matahari dan angin, seperti mereka yang bekerja di luar. Mereka yang tinggal di iklim tropikal atau kering lebih berisiko tinggi.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pterygium?

Terdapat banyak faktor risiko:

  • Hidup di negara yang hampir dengan garisan khatulistiwa, bermakna anda terdedah kepada cahaya matahari lebih kerap;
  • Mempunyai profesion yang bekerja di luar;
  • Bahan perengsa mata seperti habuk, angin, debunga dan asap boleh menyebabkan mata kering.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pterygium didiagnosis?

Doktor akan membuat diagnosis dengan melihat rupa pembesaran tersebut pada mata anda atau menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap mata dan kelopak mata anda. Ujian-ujian khusus kebiasaannya tidak diperlukan.

Jika doktor perlu melakukan ujian tambahan, ia termasuk:

  • Memeriksa penglihatan anda dengan meminta anda membaca tulisan pada sebuah papan;
  • Topografi kornea yang diggunakan untuk mengukur perubahan pada leungkungan kornea;
  • Dokumentasi gambar yang melibatkan pengambilan gambar sebelum dan selepas untuk memantau kadar pembesaran pterygium terbabit.

Bagaimana pesakit Pterygium dirawat?

Pterygium kebiasaannya tidak memerlukan rawatan jika simptomnya ringan. Jika anda mengalami simptom pterygium yang sangat mengganggu, anda boleh meminta rekomendasi doktor untuk mengurangkannya dengan:

  • Ubat titis mata pelincir, air mata tiruan atau salap;
  • Penggunaan ubat titis mata vasokonstriktor sekali-sekala;
  • Ubat titik mata steroid untuk tempoh yang pendek untuk mengurangkan keradangan.

Dalam kes yang lebih serius atau jika ia menghalang penglihatan, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan untuk membuang pterygium jika ubat titis mata atau salap tidak berhasil. Pembedahan juga boleh digunakan untuk membuang pembesaran tersebut dengan tujuan kosmetik atau jika ia menghalang penglihatan. Walaubagaimanapun, terdapat risiko ia akan berlaku semula dan menjadi lebih agresif selepas pembedahan. Mata anda juga mungkin akan berasa kering dan terengsa selepasnya.

Anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang pembedahan jika:

  • Rawatan lain gagal;
  • Penglihatan anda berisiko;
  • Anda terganggu dengan rupa kosmetik atau komen dari orang lain tentang kemerahannya.

Pembedahan pterygium kebiasaannya mengambil masa antara 30 ke 45 minit. Semasa pembedahan, pterygium tersebut akan dibuang dari konjunktiva (tisu permukaan mata) atau membran amniotik yang diawet (plasenta) digunakan untuk mengisi ruang kosong tersebut. Jika anda tidak mengisinya, risiko untuk berlaku semula meningkat sehingga 50%. Penggunaannya mengurangkan risiko kepada 50-10%.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pterygium?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi pterygium:

  • Menggunakan cermin mata hitam apabila di luar;
  • Biarkan mata anda rehat di bawah teduh selepas beberapa ketika di luar;
  • Gunakan titis mata atau air mata palsu untuk melembabkan mata anda;
  • Elakkan habuk, angin, asap dan debunga.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut