backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Previa Plasenta

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Maria Stork · Disemak pada 12/05/2022

Previa Plasenta

Plasenta atau uri ialah organ berbentuk lempeng yang terletak di bahagian atas uterus berfungsi untuk membekalkan janin dengan oksigen dan nutrisi serta untuk membuang bahan kumuh daripada darah janin. Serviks pula adalah bahagian pembukaan uterus yang menghubungkannya dengan vagina. Previa plasenta berlaku apabila plasenta terletak di bahagian bawah uterus wanita, menutup sebahagian atau keseluruhan serviks.

Definisi

Apa itu Previa Plasenta?

Previa plasenta adalah komplikasi dalam kehamilan dan boleh menyukarkan lagi proses kelahiran. Wanita dengan previa plasenta dilarang melakukan aktiviti fizikal yang berat pada sebahagian besar waktu kehamilan. Kebanyakan wanita dengan previa plasenta perlu menjalani pembedahan Caesar.

Jika plasenta menutup serviks keseluruhannya, ia dipanggil previa total (total/complete previa). Jika ia hanya menutup hujung serviks, ia dipanggil previa marginal (marginal previa). Jika ia menutup sebahagian serviks, ia dipanggil previa partial (partial previa)

Apakah kebarangkalian Previa Plasenta?

Previa plasenta berlaku dalam 1 daripada 200 kehamilan pada trimester ketiga.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Previa Plasenta?

Masalah previa plasenta

Previa plasenta tidak dikhuatiri jika ditemui pada awal kehamilan. Namun jika keadaan ini berlarutan hingga ke akhir waktu kehamilan, ia boleh menyebabkan pendarahan daripada vagina secara tiba-tiba tanpa rasa sakit.

Pendarahan tersebut mungkin berhenti dengan sendiri tetapi boleh berlaku semula selepas beberapa hari atau minggu. Pendarahan sewaktu kehamilan adalah berbahaya kerana ia boleh membawa kepada komplikasi lain dan meningkatkan risiko kelahiran pramatang.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak disebutkan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan atau anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah punca penyakit ini?

Plasenta terbentuk di mana sahaja tempat embrio menempel di dalam uterus wanita. Jika embrio menempel pada bahagian bawah uterus, plasenta mungkin akan terbentuk berdekatan atau di atas serviks, menyebabkan masalah previa plasenta.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada masalah Previa Plasenta?

Masalah previa plasenta

Terdapat banyak faktor risiko masalah previa plasenta, seperti:

  • Uterus wanita yang berbentuk tidak normal
  • Telah hamil banyak kali
  • Kehamilan berganda (kembar)
  • Parut pada uterus kerana pembedahan Caesar, kehamilan sebelumnya atau keguguran
  • Fertilisasi dalam tiub (In vitro fertilization)

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit didiagnosis?

Doktor akan mengenal pasti previa plasenta dengan ujian ultrabunyi untuk memastikan kesihatan bayi dan kedudukan plasenta sewaktu rutin pemeriksaan kehamilan.

Dalam kes yang jarang berlaku magnetic resonance imaging (MRI) mungkin digunakan untuk menentukan kedudukan plasenta.

Bagaimana pesakit dirawat?

Jika didiagnosis dengan previa plasenta, pesakit perlu mengurangkan aktiviti fizikal, berehat dan diberikan ‘rehat pelvis’ iaitu larangan melakukan hubungan intim atau pemeriksaan vagina sepanjang baki waktu kehamilan. Pesakit juga perlu mengelakkan senaman yang lasak dan aktiviti berat.

Anda mungkin perlu dimasukkan ke dalam hospital supaya doktor dapat mengawasi anda dan bayi anda sebaiknya. Anda juga mungkin akan menerima rawatan:

  • Pemindahan darah
  • Ubat untuk menghalang kelahiran awal
  • Ubat untuk membantu kandungan bertahan hingga ke minggu ke-36
  • Suntikan ubat Rhogam jika darah anda Rh-negatif
  • Suntikan steroid untuk membantu paru-paru bayi matang

Apabila tiba waktu kelahiran, anda berkemungkinan besar akan memerlukan pembedahan Caesar.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani masalah Previa Plasenta?

Masalah previa plasenta

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani masalah previa plasenta:

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Maria Stork · Disemak pada 12/05/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan