backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Masalah PCOS Wanita, Kenal Pasti Tanda, Punca & Rawatan Yang Boleh Dilakukan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/10/2023

Masalah PCOS Wanita, Kenal Pasti Tanda, Punca & Rawatan Yang Boleh Dilakukan!

Apa itu PCOS? Ia adalah keadaan melibatkan kecelaruan hormon. Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu PCOS

Polycystic ovary syndrome (PCOS) ialah kecelaruan hormon. Wanita yang mempunyai PCOS mempunyai banyak sista di dalam ovari mereka.

Sista-sista ini dipenuhi dengan cecair dan telur yang belum matang. Jika anda mempunyai keadaan ini, ovari akan membesar.

Apa itu PCOS boleh menyebabkan masalah kitaran haid, kesuburan, fungsi jantung dan paras rupa.

Anda mungkin akan mengalami haid yang berlebihan dan bulu roma yang banyak.

Ini kerana kecelaruan yang berlaku menyebabkan badan anda menghasilkan hormon lelaki lebih berbanding hormon wanita.

Apa pula risiko PCOS? 

Keadaan kesihatan ini adalah lazim berlaku. Ia menjejaskan di antara 1 dalam 20 wanita yang mana usia mereka masih boleh melahirkan anak.

Walau bagaimanapun, kondisi ini masih boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko. 

apa itu PCOS

Simptom

Apa simptom kondisi ini?

Gejala yang paling biasa dijumpai pada apa itu PCOS adalah yang berikut:

  • Jerawat
  • Berat badan bertambah dan susah untuk turun
  • Bulu roma yang banyak di muka, perut, dada dan belakang badan.  
  • Suara garau
  • Rambut kepala menipis
  • Kitaran haid tidak menentu
  • Ketidaksuburan
  • Kemurungan

Ketidak seimbangan hormon dalam PCOS akan menjurus kepada masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis jenis 2 dan masalah kardiovaskular.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana simptom yang disenaraikan di atas atau mungkin terlintas pelbagai persoalan, sila berunding dengan doktor segera.

Ini kerana, setiap tubuh manusia bertindak dengan cara yang berbeza.

Oleh itu, berbincang dengan doktor adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terjadi kepada kesihatan diri. 

apa itu PCOS

Punca

Apa punca kondisi ini?

Masih tiada penelitian tentang punca yang sahih berkenaan polycystic ovary syndrome.

Walaupun begitu, ada teori yang berpendapat genetik memainkan peranan penting sebagai puncanya.

Misalnya jika ada ahli keluarga seperti ibu atau saudara perempuan yang mempunyai PCOS, kebarangkalian untuk anda menghidapnya juga tinggi. 

Radang gred rendah juga dikaitkan dengan stimulating polycystic ovaries yang menghasilkan androgen.

Insulin berlebihan juga menjejaskan ovari dengan meningkatkan penghasilan androgen, yang mana mengganggu kebolehan ovari untuk menghasilkan telur.

Apa faktor risiko PCOS?

Terdapat beberapa faktor risiko terhadap apa itu PCOS, seperti:

  • Anda berisiko tinggi sekiranya terdapat ahli keluarga yang mempunyai keadaan yang sama
  • Anda mempunyai keadaan kesihatan yang menjejaskan keseimbangan hormon di dalam badan

Baca juga:

Diagnosis & Rawatan

Diagnosis PCOS

Tiada ujian yang boleh meramal polycystic ovary syndrome. Kebanyakan kes didiagnosis apabila wanita datang untuk bertanya masalah yang berlaku.

Doktor akan bertanya tentang simptom yang dialami dan sejarah keluarga yang berkaitan keadaan kesihatan atau jika anda menjalani sebarang rawatan.

Untuk mendapat kepastian diagnosis, doktor akan menjalankan beberapa ujian seperti:

  • Ujian darah: menyukat paras hormon secara umum
  • Ujian tiroid: memeriksa tahap aktiviti hormon thyroid
  • Ujian glukosa: menunjukkan ketahanan insulin
  • Ujian paras lipid: PCOS akan menjadikan tahap kolestrol dan trigliserida tidak normal

Ujian pengimejan (CT-skan, ultrasonografi) mungkin diperlukan untuk memeriksa saiz ovari anda.

Jika doktor mengesyaki sebarang ketumbuhan, laparoskopi pelvik akan menunjukkan keadaan ketumbuhan tersebut.

Sementara itu, biopsi mungkin dijalankan untuk mengesan sel kanser.

Apa itu PCOS dan cara mengatasinya

apa itu PCOS

Rawatan adalah bertujuan untuk mengawal simptom dan mencegah sebarang ketumbuhan pada ovari.

Namun, ia bergantung kepada simptom, maka rawatan anda mungkin berbeza.

  • Untuk mengawal kitaran haid, anda memerlukan pil perancang – pil ini mengandungi estrogen dan progestin. Jika cuba untuk mengandung, anda mungkin memerlukan ubat yang lain
  • Kepada sesetengah wanita, pembedahan adalah disyorkan untuk menggalakkan proses ovulasi dan mengurangkan paras hormon lelaki. Pembedahan ini dikenali sebagai ovarian drilling, yang mana doktor akan menebuk ovari menjadi lubang-lubang kecil. Meskipun begitu, rawatan ini hanya untuk sementara
  • Untuk merawat jerawat dan bulu yang tumbuh, anda akan diberikan anti-androgen untuk mengawal paras hormon lelaki
  • Untuk seimbangkan paras gula dan insulin, ubat kencing manis adalah diperlukan. 

Perubahan Gaya Hidup

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu anda menangani polycystic ovary syndrome (PCOS):

  • Menjaga berat badan dengan baik 
  • Bersenam juga membantu mengawal insulin
  • Jika menghisap rokok atau meminum alkohol, sila berhenti

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan kondisi ini, sila berhubung doktor dalam usaha untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/10/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan