Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Polip rectal adalah kelompok kecil sel-sel yang membentuk garisan kolon. Kebanyakan polip kolon adalah tidak berbahaya. Namun begitu, beberapa polip kolon boleh menjadi kanser kolon, yang sering membawa maut apabila dikesan pada peringkat kemudiannya. Polip boleh jadi sesil atau pedunkulat dan mempunyai pelbagai saiz. Kejadian polip dianggarkan daripada 7% hingga 50%. Jumlah besar itu termasuk polip yang sangat kecil (biasanya polip hiperplastik atau adenoma) yang ditemui semasa autopsi. Bilangan polip sering dalam jumlah yang berganda. Kebanyakannya biasa berlaku dalam rektum.
Sesiapa sahaja boleh mendapat polip kolon. Anda mempunyai risiko yang tinggi sekiranya anda berumur lebih 50 tahun, atau terlebih berat badan atau perokok atau mempunyai sejarah peribadi mahupun keluarga yang pernah menghidap polip kolon atau kanser kolon.
Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Dalam kebanyakan kes, polip rektum tidak menimbulkan simptom-simptom dan biasanya ia ditemui semasa rutin ujian saringan kanser kolon. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengalami simptom-simptom, seperti:
Darah pada tisu tandas anda atau najis yang berselang-seli dengan darah boleh menunjukkan petanda rektum berdarah dan perlu dinilai oleh doktor anda.
Oleh itu, sangat penting untuk menjalani ujian saringan biasa bagi mengesan sebarang polip yang wujud. Apabila polip kolon ditemui pada peringkat awal, ia boleh disingkirkan dengan selamat dan secara keseluruhannya semasa kolonoscopi. Menyingkirkan polip-polip boleh mengurangkan risiko anda mendapat kanser kolon.
Diagnosis awal dan rawatan boleh menghentikan polip rektum daripada menjadi semakin teruk, dan mengelakkan kecemasan perubatan lain. Sila maklumkan kepada doktor anda secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan serius ini.
Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.
Para doktor masih tidak mengetahui punca sebenar polip rektum, tetapi polip terhasil daripada pertumbuhan tisu yang tidak normal. Sel-sel yang sihat tumbuh dan dibahagikan dengan cara yang teratur. Mutasi dalam gen tertentu boleh menyebabkan sel-sel untuk terus membahagi walaupun tisu baru tidak diperlukan. Dalam kolon dan rektum, pertumbuhan yang tidak terkawal ini boleh mengakibatkan pembentukan polip. Ia boleh didapati di mana-mana dalam usus besar terutama rektum. Amnya, semakin besar sesuatu polip, semakin tinggi keberangkalian untuk mendapat kanser.
Faktor-faktor yang memainkan peranan dalam pembentukan polip rektum atau kanser termasuklah:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Ujian saringan memainkan peranan penting dalam mengesan polip sebelum ia menjadi kanser. Ujian-ujian ini boleh membantu mengesan kanser kolorektum pada peringkat awal, di mana anda mempunyai peluang baik untuk sembuh.
Kaedah saringan termasuk:
Dipercayai bahawa cara terbaik untuk merawat polip rektum adalah dengan menyingkirkannya. Doktor akan menyingkirkan polip anda semasa kolonoscopi. Kemudian, polip-polip ini akan diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat jenis polip dan jika terdapat sebarang sel kanser. Doktor biasanya boleh menyingkirkan polip tanpa melakukan pembedahan.
Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk menyingkirkan polip tersebut sekiranya ia bersaiz besar dan tidak boleh dibuang semasa kolonoscopi. Dalam kebanyakan kes, ia boleh dilakukan semasa pembedahan laparoskopik. Jenis pembedahan ini kurang invasif dan menggunakan suatu alatan dipanggil laparoskop. Ia merupakan tiub panjang yang nipis dengan tinggi kepekatan cahaya serta resolusi kamera yang tinggi di hadapannya. Alatan ini dimasukkan melalui satu insisi pada abdomen. Sebaik sahaja pakar bedah anda mempunyai visual usus anda, mereka akan membuang polip dengan menggunakan alat khas.
Ahli patologi atau seseorang yang berkemahiran dalam analisa tisu akan memeriksa polip untuk kanser sel.
Ia dianggap bahawa terdapat beberapa kaedah pengubatan sampingan untuk mengelakkan keadaan ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen