Apa itu Pneumonitis Kimiawi (Chemical Pneumonitis)?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Pneumonitis Kimiawi (Chemical Pneumonitis)?

Pneumonitis Kimiawi adalah sejenis kerengsaan paru-paru yang tidak biasa berlaku.

Apakah kebarangkalian Pneumonitis Kimiawi (Chemical Pneumonitis)?

Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pneumonitis Kimiawi (Chemical Pneumonitis)?

Tanda-tanda dan simptom Pneumonitis Kimiawi sangat berbeza-beza, dan banyak faktor yang boleh menentukan tahap keseriusannya. Sebagai contoh, seseorang yang terdedah kepada klorin di kolam renang besar mungkin hanya mengalami batuk dan sakit mata. Individu lain yang terdedah kepada paras klorin yang tinggi di dalam bilik kecil mungkin mati akibat kegagalan pernafasan.

Faktor-faktor yang menentukan tahap keterukan tanda-tanda dan simptom Pneumonitis Kimiawi termasuk yang berikut:

  • Jenis dan kekuatan kimia.
  • Persekitaran pendedahan bahan kimia: dalam bangunan, luar bangunan, panas, sejuk.
  • Tempoh pendedahan: saat, minit, jam.
  • Bentuk kimia: gas, wap, zarah, cecair.
  • Langkah perlindungan yang digunakan untuk mengelakkan pendedahan kepada bahan kimia.
  • Keadaan perubatan terdahulu.
  • Umur.

Pneumonitis Kimiawi mungkin mempunyai tanda dan simptom berikut:

  • Hidung, mata, bibir, mulut, dan tekak terbakar.
  • Batuk kering.
  • Batuk yang menghasilkan lendir yang jernih, kuning, atau hijau.
  • Batuk yang menghasilkan darah atau bahan merah jambu yang berbuih dalam air liur.
  • Mual atau sakit perut.
  • Sakit dada.
  • Sesak nafas.
  • Pernafasan yang menyakitkan  atau pleuritis (keradangan selaput luar paru-paru).
  • Sakit kepala.
  • Simptom flu.
  • Kelemahan atau rasa sakit secara umum.
  • Delirium atau disorientasi.

Tanda-tanda Pneumonitis Kimiawi yang mungkin diperhatikan oleh doktor ialah:

  • Pernafasan yang cepat atau pendek.
  • Denyutan nadi yang laju.
  • Kesan bakar pada mulut, hidung, atau kulit.
  • Warna kulit dan bibir yang pucat atau kebiruan (cyanotic).
  • Berpeluh dengan banyak.
  • Kemahiran berfikir terjejas.
  • Tidak sedarkan diri.
  • •Bengkak pada mata atau lidah.
  • Suara kasar atau perlahan.
  • Bau bahan kimia pada bahagian lain badan.
  • Air liur yang berbuih yang terhasil dari batuk.
  • Demam.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Pneumonitis Kimiawi (Chemical Pneumonitis)?

Pneumonia biasanya disebabkan oleh bakteria atau virus. Dalam Pneumonitis kimiawi, keradangan tisu paru-paru adalah berpunca dari racun atau toksin.

Banyak bahan boleh menyebabkan keradangan paru-paru jenis ini, termasuk cecair, gas, dan zarah-zarah kecil (seperti habuk atau asap, juga dikenali sebagai bahan partikulat). Sesetengah bahan kimia hanya membahayakan paru-paru. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahan toksik yang memberi kesan kepada organ-organ lain di samping paru-paru dan boleh mengakibatkan kerosakan organ serta kematian.

Pneumonia aspirasi adalah satu lagi bentuk radang paru-paru kimia. Aspirasi bermakna bahawa anda menghirup nafas mulut atau kandungan perut ke dalam paru-paru anda. Keradangan ini berasal dari kesan toksik daripada asid perut dan enzim pada tisu paru-paru.  Bakteria dari perut atau mulut juga boleh menyebabkan radang paru-paru bakteria.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pneumonitis Kimiawi (Chemical Pneumonitis)?

Sila berunding dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pneumonitis Kimiawi (Chemical Pneumonitis) didiagnosis?

Diagnosis dan rawatan untuk Pneumonitis Kimiawi berbeza-beza bergantung kepada tanda-tanda dan simptom yang dialami. Lazimnya, simptom-simptom yang berlaku adalah ringan, bahan kimia yang menjadi punca mudah untuk dikenal pasti, dan penilaian perubatan yang dilakukan  ringkas dan berfokus.

Kadangkala, pesakit yang mengalami tanda-tanda dan simptom yang serius akan memerlukan prosedur untuk menyelamatkan nyawa, seperti ventilasi tiruan, bantuan hayat jantung lanjutan (ACLS), atau terapi perubatan yang kompleks. Dalam kebanyakan kes, doktor akan berunding dengan pakar-pakar kawalan racun tempatan untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Doktor mesti terlebih dahulu memastikan kakitangan hospital tidak berisiko untuk terdedah kepada bahan  kimia tersebut.

Keutamaan seterusnya ialah untuk mengenalpasti bahan kimia dan mempertimbangkan kesannya pada paru-paru dan seluruh tubuh.

Sejarah menyeluruh akan diperolehi untuk mengetahui tempoh masa pendedahan, kawasan pendedahan, bentuk dan kepekatan kimia, masalah perubatan lain, dan simptom. Selain memeriksa tanda-tanda vital (kadar denyutan jantung, tekanan darah, kadar pernafasan, suhu, dan berapa banyak oksigen yang ada dalam darah), doktor sekurang-kurangnya akan memeriksa mata, hidung, tekak, kulit, jantung, paru-paru, dan abdomen.

Apabila langkah-langkah ini telah diambil, penilaian lanjutan akan dilakukan yang mungkin berbeza bergantung kepada status orang yang cedera, jenis kimia , dan faktor lain.

Bagaimana pesakit Pneumonitis Kimiawi (Chemical Pneumonitis) dirawat?

Penilaian dan rawatan berbeza-beza. Hampir setiap orang akan menjalani pengukuran tekanan darah, tahap oksigen, kadar jantung, dan kadar pernafasan.

Dalam kebanyakan orang yang mengalami Pneumonitis Kimiawi, kebanyakan rawatan yang diberikan hanya sekadar pemerhatian. Kadang kala simptom yang dialami akan bertambah teruk dari masa ke semasa dan tahap kecederaan yang dihadapi tidak akan diketahui melainkan selepas beberapa jam.

Banyak rawatan yang boleh digunakan, termasuk yang berikut:

  • Cecair IV
  • Oksigen dengan topeng atau tiub
  • Rawatan pernafasan dengan ubat untuk membuka tiub pernafasan
  • Ubat steroid melalui IV atau mulut
  • Ubat antiradang jenis bukan steroid melalui mulut
  • Ubat tahan sakit melalui IV atau mulut
  • Ventilasi tiruan (membantu pernafasan)
  • Antibiotik pencegahan (kadang-kadang)

Keputusan anda untuk mendapatkan rawatan perubatan bergantung kepada keparahan simptom dan faktor pendedahan yang lain. Sekiranya anda terhidu bahan kimia secara tidak sengaja, dapatkan nasihat perubatan dengan segera. Anda boleh menghubungi pusat kawalan racun tempatan  untuk mendapatkan bantuan. Jika simptom anda serius, dapatkan rawatan segera di hospital.

Penjagaan di rumah barangkali adalah aspek pengurusan perubatan yang paling penting.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pneumonitis Kimiawi (Chemical Pneumonitis)?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi Pneumonitis Kimiawi:

  • Larikan diri dengan segera daripada kawasan yang terdedah kepada bahan kimia. Sekiranya boleh, elakkan orang lain daripada turut terdedah kepada bahan kimia yang sama. Apabila anda berada jauh dari kawasan itu, pertimbangkan untuk membebaskan diri dari pencemaran bahan kimia seberapa boleh, seperti membuang pakaian dan mandi .
  • Maklumkan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya untuk mengelakkan masalah yang berlanjutan.
  • Mengenal pasti dan mengawal bahan kimia tersebut.
  • Penilaian perubatan mungkin melibatkan polis tempatan, jabatan bomba, perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS), dan ahli atau pakar bahan-bahan merbahaya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 28, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.