Pneumonitis

Oleh

enEnglish

Definisi

Apakah itu pneumonitis?

Pneumonitis, juga dipanggil hypersensitivity pneumonitis, ialah sejenis tindak balas alergik. Ia berlaku apabila terdapat bahan seperti kulat atau bakteria menimbulkan rasa gatal kepada ruang udara di dalam peparu. Golongan yang sensitif terhadap bahan ini akan menunjukkan tindak balas.

Pneumonitis boleh dirawat. Walaupun begitu, ia boleh menyebabkan parut kekal dan kerosakan kepada peparu jika tidak dirawat awal.

Apakah kebarangkalian pneumonitis?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom pneumonitis?

Pneumonitis akut biasanya dapat dilihat dalam empat ke enam jam selepas anda menghidu bahan yang merengsa anda. Anda berasa seperti anda mempunyai selesema atau penyakit pernafasan yang lain, dengan simptom seperti:

  • Demam
  • Menggeletar
  • Sakit sendi atau otot
  • Sakit kepala

Jika anda tidak terdedah kepada bahan tersebut semula, simptom anda akan berkurangan selepas beberapa hari. Sekiranya anda masih terdedah, anda akan mempunyai pneumonitis kronik, ini adalah penyakit jangka masa panjang. Kira-kira lima peratus daripada penghidap pneumonitis akan menjadi kronik.

Simptom bagi kronik pneumonitis termasuklah:

  • Batuk kering
  • Ketat dada
  • Letih
  • Hilang selera
  • Berat badan turun dengan tidak sengaja

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda ingin bertanya berkenaan sebarang simptom, sila berhubung doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor anda?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca berlakunya pneumonitis?

Anda boleh dijangkiti pneumonitis apabila anda menghidu bahan yang merengsa ruang udara kecil di dalam peparu, dipanggil alveoli. Jika anda terdedah kepada salah satu bahan ini, sistem imuniti anda bertindak balas dengan meradang. Ruang udara ini akan dipenuhi sel darah putih dan kadang-kadang cecair. Radang ini akan menyukarkan oksigen untuk melalui alveoli dan pergi ke saluran darah.

Bahan yang boleh mencetuskan pneumonitis termasuklah:

  • Kulat
  • Bakteria
  • Fungi
  • Bahan kimia

Anda juga boleh menjumpai bahan ini di dalam:

  • Bulu binatang
  • Bahan buangan atau bulu burung
  • Keju, anggur, barli dan makanan lain yang dicemari
  • Habuk kayu
  • Tab panas
  • Pelembap udara

Sebab-sebab lain pneumonitis termasuklah:

  • Ubat-ubatan tertentu, beberapa jenis antibiotik, ubat kemoterapi, dan ubat jantung
  • Rawatan radiasi kepada dada

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap pneumonitis?

Anda berisiko tinggi terhadap pneumonitis jika anda bekerja di dalam industri yang menyebabkan anda terdedah kepada habuk yang mengandungi bahan merengsa. Sebagai contoh, petani akan terdedah kepada bijirin, jerami dan sekam yang terkandung hama. Jika pneumonitis menjangkiti petani, ia dipanggil farmer’s lung.

Risiko lain adalah terdedah kepada kulat yang tumbuh di dalam tab mandi, pelembap udara, pendingin hawa dan sistem pemanasan udara. Ini dipanggil hot tub lung atau humidifier lung.

Golongan yang berkerja di dalam profesion ini juga berisiko kepada pneumonitis:

  • Penjaga burung
  • Pekerja veterinar
  • Penternak binatang
  • Penproses bijirin dan tepung
  • Pemotong balak
  • Tukang kayu
  • Pembuat wain
  • Pengilang plastik
  • Pekerja elektronik

Walaupun jika anda tidak berkerja di dalam industri ini, anda boleh terdedah kepada kulat dan bahan pencetus di rumah anda.

Terdedah kepada bahan-bahan ini tidak bermaksud anda semestinya akan mempunyai pneumonitis. Kebanyakan orang yang terdedah tidak pernah mempunyai penyakit ini.

Genetik anda memainkan peranan penting dalam menghasilkan tindak balas. Golongan mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai pneumonitis berkemungkinan untuk mempunyai keadaan ini.

Anda boleh dijangkiti pneumonitis pada sebarang usia, termasuklah zaman kanak-kanak. Walaupun begitu, ia sering kali didiagnosis pada umur 50 ke 55 tahun.

Rawatan kanser juga boleh meningkatkan peluang anda untuk mempunyai pneumonitis. Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi atau yang menjalani radiasi kepada dada adalah berisiko tinggi.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah pneumonitis didiagnosis?

Untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai pneumonitis, lawatilah doktor anda atau ahli pulmonologi. Ahli pulmonologi ialah pakar yang merawat penyakit paru-paru. Doktor anda mungkin akan bertanya apakah bahan yang mungkin terdedah kepada anda di rumah atau di tempat kerja. Kemudian anda akan diperiksa.

Semasa pemeriksaan, doktor anda akan mendengar kepada bunyi dada anda menggunakan stetoskop. Dia mungkin akan mendengar bunyi menggersak atau bunyi yang tidak normal pada dada anda.

Anda mungkin memerlukan satu ataupun lebih ujian di bawah ini untuk memastikan sekiranya anda mempunyai pneumonitis:

  • Oximetri yang menggunakan alat yang diletakkan pada jari anda untuk menyukat jumlah oksigen di dalam darah
  • Ujian darah boleh mengesan antibodi di dalam darah terhadap habuk, kulat atau bahan yang lain. Ia juga boleh menunjukkan sekiranya anda mempunyai tindak balas sistem imuniti
  • X-ray dada menghasilkan imej dada anda untuk membantu doktor anda mencari parut dan luka
  • Imbasan CT mengambil gambar dada dari pelbagai sudut. Ia boleh menunjukkan kerosakan pada dada anda dengan lebih terperinci berbanding X-ray
  • Spirometri menyukat kekuatan hembusan nafas anda
  • Bronkoskopi ialah tiub yang nipis dan fleksibel mempunyai kamera di hujungnya untuk mengambil sampel untuk diuji. Doktor anda mungkin menggunakan air untuk menyimbah sel keluar daripada peparu. Ini dipanggil lavage
  • Biopsi dada ialah prosedur untuk mengambil cebisan daripada tisu peparu anda. Ia dilakukan semasa anda tidak sedar dan dibius sepenuhnya. Sampel tisu ini diuji untuk melihat tanda-tanda parut atau radang

Bagaimanakah pneumonitis dirawat?

Cara terbaik untuk melegakan simptom ialah dengan mengelakkan daripada terdedah kepada bahan pencetus. Jika perkerjaan anda mendedahkan anda kepada kulat dan bulu burung, anda mungkin perlu menukar pekerjaan anda atau memakai topeng.

Berikut merupakan rawatan yang boleh melegakan simptom pneumonitis, tetapi ia tidak boleh menyembuhkan penyakit ini:

  • Kortikosteroid: prednisone (Rayos) dan ubat steroid yang lain boleh menurunkan radang pada paru-paru anda. Kesan sampingannya termasuklah naik berat badan dan risiko kepada jangkita meningkat, katarak dan tulang menjadi lemah (osteoporosis)
  • Terapi oksigen: Jika anda tercungap-cungap, anda boleh bernafas menggunakan topeng oksigen atau prong di hidung anda
  • Bronchodilators: ubat ini melegakan saluran pernafasan bagi memudahkan anda untuk bernafas

Jika peparu anda mengalami kerosakan yang teruk yang menyukarkan anda untuk bernafas walaupun dirawat, anda mungkin dipilih sebagai calon transplan paru-paru. Anda perlu menunggu kepada senarai transplan organ bagi mendapatkan penderma yang sesuai.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani pneumonitis?

Sekiranya anda didiagnosis dengan pneumonitis, anda perlu mengubah gaya hidup anda untuk menjaga kesihatan anda. Anda perlu mengelakkan sebarang faktor atau bahan pencetus diketahui seboleh yang mungkin.

Contohnya, jika pekerjaan anda mendedahkan anda kepada bahan yang merengsa peparu anda, sila berhubung doktor anda dan pihak atasan tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan anda, seperti memakai topeng pollen atau Personal Dust Respirator. Jika anda mempunyai hobi yang mengakibatkan pneumonitis, anda mungkin perlu mencari hobi yang baru.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

Tarikh Reviu: Julai 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 26, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut