Pneumoconiosis

Oleh

Definisi

Apakah itu pneumoconiosis?

Pneumoconiosis merupakan terma yang digunakan kepada sebarang penyakit peparu disebabkan oleh habuk yang disedut dan terkumpul di dalam peparu yang menyebabkan kerosakan. Pneumoconiosis dianggap sebagai penyakit peparu yang disebabkan oleh pekerjaan, dan ini termasuklah juga penyakit asbestosis, silicosis dan coal worker’s pneumoconiosis (CWP), juga dikenali sebagai “Penyakit Peparu Hitam”.

Tahap perkembangan penyakit pneumoconiosis berbeza bergantung kepada jenis habuk, tahap peparu terjejas, dan tahap intensiti pendedahan terhadap habuk. Pneumoconiosis kadangkalanya tidak mempunyai simptom dan didiagnosis ketika program pemantauan tempat kerja yang menguji para pekerja untuk mencari tanda-tanda awal pneumoconiosis menggunakan X-ray dada atau spirometri (ujian pernafasan yang memeriksa udara masuk dan keluar dada).

Apakah kebarangkalian pneumoconiosis?

Pada tahun 2013, sebanyak 260,000 kematian dilaporkan dan ia meningkat daripada 251,000 pada tahun 1990. Di antara kematian yang dicatatkan, 46,000 disebabkan oleh silicosis, 24,000 oleh asbestosis dan 25,000 oleh pneumoconiosis buruh arang batu.  Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom pneumoconiosis?

Simptom yang biasa terdapat pada penyakit ini adalah:

  • Batuk, sama ada dengan kahak atau tidak
  • Sesak nafas
  • Mengah, Pesakit mungkin merasainya pada mulanya apabila menjadi mengah ketika melakukan aktiviti seperti berjalan atau menaiki tangga. Sesetengah pesakit mungkin berasa mengah walaupun tengah berehat

Pada peringkat awal pneumoconiosis, pesakit mungkin mempunyai simptom ataupun tidak.

Jika pneumoconios melibatkan bahagian peparu yang besar atau menyebabkan parut yang berlebihan, oksigen mungkin akan terhalang daripada sampai ke dalam darah ketika bernafas. Ini mengakibatkan hypoxemia (paras oksigen di dalam darah bekurangan). Hypoxemia mungkin terjadi ketika melakukan aktiviti atau ketika tidur. Hypoxemia juga mungkin terjadi setiap masa sekiranya pneumoconiosis berada di tahap serius.

Kebanyakan pesakit yang mempunyai hypoxemia tidak mengetahui bahawa tahap oksigen adalah berkurangan kerana hypoxemia jarang sekali menunjukkan simptom seperti tercungap-cungap. Oksigen di dalam darah akan di hantar kepada setiap organ di dalam badan, maka hypoxemia harus dikesan untuk menghalang stres terhadap organ penting seperti jantung dan otak.

Bilakah saya harus berjumpa doktor anda?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca berlakunya pneumoconiosis?

Banyak keadaan kesihatan yang boleh mengakibatkan penyakit ini seperti:

  • Pekerja yang terdedah kepada asbestos seperti tukang paip, tukang pasang atap, mekanik dan pekerja di limbungan, termasuklah pegawai laut. Golongan berisiko tinggi untuk mempunyai asbestosis jika mereka mempunyai paras pendedahan kepada habuk asbestos bagi jangka masa yang panjang
  • Crystalline silica ialah komponen penting dalam habuk diperbuat daripada pasir dan batu. Pekerja yang mungkin terdedah kepada silica termasuklah penggali lombong, penghembus pasir, tukang batu dan pekerja kuari. Faktor risiko untuk mempunyai silicosis termasuklah paras pendedahan kepada silica yang tinggi dan pendedahan dalam jangka masa yang panjang
  • Habuk arang diperbuat daripada partikel yang mengandungi karbon, dan pelombong adalah berisiko untuk menyedut habuk ini

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah pneumoconiosis didiagnosis?

Jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai penyakit ini, pemeriksaan fizikal mungkin dijalankan. Doktor anda juga mungkin akan bertanya berkenaan sejarah perubatan anda, termasuklah mengenai simptom dan pendedahan. Ujian fungsi pulmonari (ujian pernafasan) juga boleh diminta oleh doktor anda. X-ray dada atau imbasan CT  (CAT scan) pada dada akan membantu doktor mendiagnosis penyakit anda.

Bagaimanakah pneumoconiosis dirawat?

Tiada rawatan khas atau ubat tertentu untuk merawat pneumoconiosis, dan masih tiada rawatan penyembuhan. Rawatan yang biasa dilakukan tehadap pesakit adalah bertujuan untuk menghadkan kerosakan terhadap peparu, mengurangkan simptom dan meningkatkan kualiti hidup.

Pesakit mungkin dirawat dengan menyedut ubat (inhalers) sekiranya mereka mempunyai simptom asma atau Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD). Program rehabilitasi pulmonari mungkin disyorkan untuk meningkatkan keupayaan pesakit untuk bersenam. Oksigen akan dipreskripsikan jika pesakit mempunyai paras oksigen yang rendah. Sesetengah pesakit perlu menggunakan oksigen setiap masa, sementara sebahagian hanya memerlukan ketika melakukan aktiviti yang aktif atau ketika tidur.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani pneumoconiosis?

Langkah di bawah ini membantu anda menangani pneumoconiosis:

  • Sentiasa mematuhi janji temu dengan doktor anda
  • Menjalankan ujian secara berkala, seperti ujian fungsi pulmonari (ujian pernafasan) atau X-ray dada untuk memantau anda dan penyakit anda
  • Mengambil suntikan selesema setiap tahun, dan anda harus bertanya doktor anda tentang vaksin pneumonia
  • Pesakit silicosis harus menjalani ujian kulit tuberkulosis untuk memastikan bahawa tuberkulosis tidak menjangkiti anda 

Mengambil berat tentang jantung dan peparu anda merupakan langkah penting untuk menjaga kesihatan sekiranya anda mempunyai pneumoconiosis. Ini bermakna tidak boleh merokok atau menghindari merokok sekondari. Anda juga perlu mengelakkan pendedahan terhadap habuk yang berbahaya.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Julai 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 26, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut