backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penyalahgunaan Barbiturat

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Penyalahgunaan Barbiturat?

Barbiturate adalah ubat sedatif-hipnotik yang dahulunya selalu digunakan  sebagai sedatif atau ubat antiresah. Ia mesti diambil atas arahan doktor, jika tidak , penggunaannya dikira haram. Ubat ini juga digunakan untuk mengawal beberapa jenis masalah sawan dan sebagai sedasi pra prosedur. Jarang-jarang sekali, ubat ini dipreskrib untuk rawatan sakit kepala,keresahan  dan insomnia. Walaubagaimanapun, penggunaannya dalam dunia perubatan telah banyak digantikan dengan ubat lain yang lebih selamat.

Barbiturates adalah bahan terkawal kerana potensinya yang boleh menyebabkan  penyalahgunaan, kebergantungan fisik dan ketagihan.

Beberapa jenis barbiturate yang lazim digunakan ialah:

  •         Luminal (phenobarbital)
  •         Brevital (methohexital)
  •         Seconal (secobarbital)
  •         Butisol (butabarbital)
  •         Fiorinal (butalbital)

Phenobarbital secara relatifnya mempunyai julat terapeutik yang sempit, maksudnya pemberian  dos mesti tepat untuk penggunaan yang selamat dan berkesan.Mereka yang mengambil ubat ini untuk mengawal sawan akan diuji secara berkala bagi memastikan kepekatannya di dalam tubuh berada dalam julat yang betul. Bagi mereka yang menyalahguna barbiturate (seperti phenobarbital), kebarangkalian  mereka datang bertemu doktor untuk diuji sangatlah rendah. Golongan ini berisiko tinggi untuk kepekatan ubat di dalam tubuh naik sehingga ke tahap toksik jika mereka selalu menyalahgunakannya.

Walaupun dalam tempoh yang singkat, jika ubat ini diambil secara berlebihan, ia boleh mencecah ke tahap merbahaya yang mengancam nyawa. Disebabkan barbiturate selalunya diambil bersama dengan dadah/ubat  lain yang turut disalahguna seperti alkohol, ubat penahan sakit jenis narkotik dan perangsang, risikonya akan menjadi lebih tinggi.

Sesetengah orang menyalahguna barbiturate kerana ingin menikmati kesan psikoaktif ubat tersebut, yang serupa dengan alkohol. Antara kesan-kesannya ,ia menjadikan  penggunanya rasa gembira, tenang, banyak bercakap dan kurang dihalang.

Ubat ini boleh ditelan  dalam bentuk pil,dihancurkan  dan disedut atau disuntik ke dalam vena.

Penyalahgunaan barbiturate sangatlah merbahaya. Ia boleh menyebabkan simptom fizikal dan psikologi yang teruk untuk jangka masa pendek dan panjang, kebergantungan  fisik dan kematian mengejut.

Apakah kebarangkalian Penyalahgunaan Barbiturat?

Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Penyalahgunaan Barbiturat?

Simptom yang lazim bagi penyalahgunaan barbiturate ialah:

  • Kesukaran  untuk berfikir
  • Penilaian yang tidak betul
  • Pernafasan yang perlahan dan pendek
  • Bercakap perlahan
  • Kelesuan
  • Mengantuk yang melampau atau koma
  • Kordinasi yang teruk
  • Tidak mampu untuk berjalan dengan betul, terhuyung hayang dan terjatuh-jatuh

Sekiranya seseorang menggunakan ubat ini terlalu banyak untuk tempoh yang terlalu lama, otak mereka tidak akan lagi berfungsi dengan sepatutnya. Mereka akan jadi cepat marah dan mempunyai memori yang lemah. Selain itu, golongan ini juga menjadi kurang peka dengan keadaan persekitaran (termasuklah masalah dan bahaya yang dihadapi).

Keguguran dan kecacatan kelahiran juga adalah tanda penyalahgunaan barbiturate.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda dapati mana-mana individu terlibat dengan penyalahgunaan barbiturate, bawa dia ke unit kecemasan untuk diperiksa oleh doktor. Individu tersebut mungkin hanya akan kelihatan mengantuk atau mabuk sejurus selepas mengambil barbiturate, tetapi simptom yang lebih serius boleh berlaku dengan  pantas dan tidak boleh dijangka

Jika individu tersebut kelihatan mengantuk atau anda tidak mampu mengejutkannya (berkemungkinan individu tersebut dalam keadaan koma), hubungi ambulans dengan segera untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Bawa bersama pil yang berbaki,botol pil atau ubat-ubat lain yang diambil oleh individu tersebut ke hospital.

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Penyalahgunaan Barbiturat?

Walaupun penggunaan barbiturate dalam perubatan semakin berkurangan sejak tahun 1970-an, tetapi tinjauan yang dilakukan di sekolah tinggi menunjukkan kadar penyalahgunaan semakin meningkat sejak 10 tahun kebelakangan ini. Sebab lazim penyalahgunaan barbiturate adalah untuk mengurangkan simptom-simptom dadah/ubat lain ; seperti cocaine dan methamphetamines (dadah perangsang) yang menyebabkan keghairahan dan kepekaan yang melampau.

Zaman sekarang, remaja yang menyalahgunakan dadah terlalu muda untuk mengingati kematian dan kesan merbahaya akibat daripada barbiturate sewaktu tahun 70-an,menyebabkan mereka memandang rendah risiko penggunaan ubat ini.

Barbiturate juga lazim digunakan untuk cubaan membunuh diri.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Penyalahgunaan Barbiturat?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Sejarah keluarga yang pernah menyalahgunakan bahan terlarang
  • Sejarah peribadi yang pernah menyalahgunakan bahan terlarang
  • Personaliti diri yang impulsif dan mempunyai keinginan untuk mengalami benda baharu
  • Barbiturate dipreskribkan sebagai rawatan
  • Penyalahgunaan bahan terlarang yang lain

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Penyalahgunaan Barbiturat didiagnosis?

Diagnosis yang dilakukan di unit kecemasan perlu mengambil kira punca-punca lain yang berpotensi menyebabkan individu itu kelihatan mengantuk dan mabuk seperti pengambilan dadah, kecederaan kepala,strok, jangkitan bakteria, dan renjatan. Ujian-ujian diagnostik ini perlu dilakukan serentak dengan rawatan.

Secara umumnya, doktor akan mengambil sampel darah dan  memasukkan air melalui vena. ECG(elektrokardiogram) akan dilakukan untuk memantau rentak jantung. Ujian-ujian diagnostik yang lain akan dilakukan bergantung kepada situasi tertentu. Bagi penyalahgunaan barbiturate, ia boleh disahkan dengan ujian air kencing .

Bagaimana pesakit Penyalahgunaan Barbiturat dirawat?

Secara umumnya, rawatan sokongan akan diberikan kepada individu yang terlibat dalam penyalahgunaan barbiturate. Bentuk rawatan sokongan yang diberikan bergantung kepada simptom-simptom individu tersebut.

Sekiranya dia kelihatan mengantuk tetapi masih sedar serta boleh menelan dan bernafas tanpa sebarang kesukaran ,rawatan mungkin sekadar pantauan yang teliti oleh doktor .

Jika tidak boleh bernafas, mesin pernafasan akan digunakan untuk membantu pesakit bernafas sehinggalah kesan ubat/dadah tersebut hilang.

Kebanyakan pesakit akan diberi arang teraktif (activated charcoal) dalam bentuk cecair yang akan mengikat sebarang ubat/dadah di dalam perut. Ia boleh dilakukan dengan memasukkan tiub ke dalam perut (melalui hidung atau mulut) ataupun dengan  meminumnya.

Kebanyakan pesakit akan dimasukkan kedalam hospital atau dipantau di unit kecemasan untuk beberapa jam, sebelum dimasukkan ke hospital untuk pantauan dan rawatan lanjut. Rawatan lain yang diberikan bergantung kepada situasi tertentu.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penyalahgunaan Barbiturat?

Tiada kaedah pengubatan sampingan untuk penyalahgunaan barbiturate. Jika anda dapati mana-mana individu mengambil barbiturate secara haram, bawa dia ke hospital untuk diperiksa oleh doktor.

Barbiturate mempunyai julat terapeutik yang sangat sempit dan boleh menyebabkan koma atau kematian jika diambil secara tidak betul, terutamanya bagi kanak-kanak dan orang tua.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan