Apa itu Penyakit Mudah Lupa?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apakah itu Penyakit Mudah Lupa?

Mudah lupa adalah sebahagian daripada proses penuaan yang normal. Apabila manusia semakin menua, perubahan berlaku pada seluruh bahagian badan termasuk otak. Sebahagian orang memerlukan masa yang lebih lama untuk ingat atau terus lupa perkara yang mereka lakukan. Ini kebiasaannya ialah petanda kepada mudah lupa yang ringan dan bukanlah masalah yang serius.

Mudah lupa juga boleh menjadi tanda pertama bagi penyakit Alzheimer atau penyakit-penyakit yang lain.

Apakah kebarangkalian Penyakit Mudah Lupa?

Mereka yang menghidapi penyakit ini kebiasaanya akan mudah lupa dan kebanyakannya berlaku kepada orang tua. Walaubagaimanapun, penyakit ini juga turut melibatkan orang muda pada masa ini. Sebahagian pesakit adalah mereka yang pernah mengalami kecederaan kepala dan trauma psikologi yang serius yang lebih banyak dalam kalangan perempuan berbanding lelaki.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Penyakit Mudah Lupa?

Tanda-tanda dan simptom-simptomnya adalah berbeza, dari mudah lupa yang ringan kepada yang serius bergantung kepada keadaan.

Simptom-simptom penyakit mudah lupa adalah: pesakit selalu bertanya soalan yang sama dan sesat di tempat-tempat yang biasa. Pesakit tidak boleh ingat dan ikut arahan, bingung terhadap masa, orang dan tempat. Mereka juga kurang mengambil kisah tentang keselamatan, kebersihan dan pemakanan mereka.

Pesakit mudah lupa yang mengalami perubahan yang serius pada memori, personaliti, dan tingkah laku mungkin disebabkan oleh penyakit yang serius seperti penyakit Alzheimer dan defisit pada memori akibat sel otak yang mati. Penyakit ini juga dikenali sebagai demensia yang disebabkan oleh stroke.

Bagi penyakit Alzheimer, simptom bermula secara perlahan dan menjadi semakin teruk. Bagi penyakit deficit memori, stroke kecil atau perubahan pada saluran darah ke otak boleh menyebabkan simptom berlaku secara mengejut. Tekanan darah tinggi (hipertensi) boleh menyebabkan defisit pada memori.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Mudah lupa adalah sebahagian daripada proses penuaan yang normal tetapi jika anda mempunyai kebimbangan, anda harus mendapatkan nasihat khusus dari doktor. Jika doktor anda mengesyaki penyakit neurologi dan memerlukan rawatan, anda harus mengikuti arahan yang diberikan oleh doktor.

Punca

Apakah yang mengakibatkan penyakit mudah lupa?

Fungsi memori di dalam otak adalah sangat rumit dan melibatkan hampir semua aktiviti otak yang lain. Oleh itu, kecederaan yang melibatkan kepala dan otak boleh mengakibatkan gangguan dan kekacauan pada memori.

Penyakit ini boleh memberi kesan kepada sistem yang mengawal emosi dan memori. Penyakit ini disebabkan oleh luka yang menyebabkan lupa yang dinamakan sebagai penyakit saraf lupa. Ia termasuk:

  •          Stroke;
  •          Alzheimer;
  •          Sawan (seizure)
  •          Ketumbuhan (tumor) atau jangkitan pada otak atau darah beku di dalam otak;
  •          Kurang oksigen di dalam otak atau keracunan karbon monoksida;
  •          Bakteria herpes encephalitis, kanser atau penyakit autoimun;
  •          Alkoholisme kronik Wernicke-Korsakoff menyebabkan (kekurangan vitamin B1)

Kesan sampingan ubatan-buatan dan kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan kehilangan memori.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan amnesia termasuk masalah pada tiroid, buah pinggang dan hati.

Masalah moral seperti tertekan, kebimbangan atau murung boleh membuatkan seseorang lebih terdedah kepada penyakit mudah lupa dan boleh disalah anggap sebagai demensia. Sebagai contoh, seorang yang baru bersara atau menghadapi peristiwa kematian ahli keluarga atau kawan boleh mengalami kesedihan, kesepian atau kebimbangan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Penyakit Mudah Lupa?

 Mengalami kecederaan pada kepala atau otak;

  •          Stroke;
  •          Alkoholisme;
  •          Sawan (seizure)

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Penyakit Mudah Lupa didiagnosis?

Doktor akan membuat pemeriksaan melalui sejarah perubatan; pemeriksaan kesihatan, neurologi dan psikiatri. Doktor anda mungkin akan menjalankan beberapa ujian untuk memeriksa darah, air kencing, memori, kemahiran menyelesaikan masalah dan mengira. Dalam kes-kes tertentu, imbasan CT(computed tomography) otak dan imbasan PET(positron emission tomography) boleh membantu doktor menyingkirkan penyakit dan perubahan kimia yang disebabkan oleh penuaan.

Bagaimana pesakit Penyakit Mudah Lupa dirawat?

Mudah lupa disebabkan penuaan tidak perlu dirawat. Senaman otak; mencari hobi atau minat baru, terlibat dalam banyak aktiviti boleh mambantu meningkatkan ketangkasan minda. Mengehadkan pengambilan alcohol turut membantu bagi mengelakkan kecederaan pada otak.

Pesakit boleh menerapkan pelbagai kaedah seperti; merancang, membuat senarai perkara yang ingin dilakukan, menggunakan nota, kelendar dan bantuan memori. Keluarga dan kawan-kawan boleh membantu pesakit mengekalkan rutin harian, aktiviti dan hubungan sosial.

Tekanan, kebimbangan dan kemurungan boleh membuatkan seseorang mudah lupa. Sekiranya keadaan ini berpanjangan, rawatan hendaklah melibatkan banyak kaunseling, ubatan atau kedua-duanya.

Bagi pesakit Alzheimer di tahap awal dan pertengahan, ubat-ubatan boleh menghalang simptom daripada menjadi lebih teruk.

Bagi pesakit defisit memori disebabkan stroke, pencegahan stroke adalah jalan yang terbaik.

Sesetengah kes  boleh digunakan untuk merawat masalah ubatan, kebimbangan, kemurungan atau insomnia.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penyakit Mudah Lupa?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi penyakit mudah lupa:

  •          Berjumpa doktor secara berkala.
  •          Melakukan senaman otak dengan mencari hobi dan minat baru.
  •          Membuat senarai perkara yang ingin dilakukan, menggunakan nota, kelandar dan bantuan memori yang lain.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.