Apa itu Penyakit Lyme?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Penyakit Lyme?

Penyakit Lyme adalah berpunca dari bakteria Borrelia Burgdorferi, yang dipindahkan kepada manusia melalui gigitan kutu berkaki hitam yang dijangkiti. Simptom boleh terjadi di mana-mana sahaja bermula dari hari ketiga hingga hari ke 30 anda digigit, dan simptom boleh menjadi sangat meluas, bergantung kepada tahap jangkitan.

Menurut CDC, kemungkinan anda mendapat penyakit Lyme dari gigitan kutu bergantung kepada jenis kutu, di mana anda berada semasa digigit, dan berapa tempoh masa kutu itu hinggap pada anda. Kutu berkaki hitam mestilah menghinggapi anda paling kurang 24 jam untuk memindahkan penyakit Lyme kepada anda.

Apakah kebarangkalian Penyakit Lyme?

Penyakit Lyme memang sangat selalu terjadi. Lebih dari 30 000 kes dilaporkan kepada Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) setiap tahun hanyalah sebahagian kecil. Menurut jangkaan CDC, lebih 300 000 orang Amerika didiagnosis dengan penyakit yang dibawa oleh kutu setiap tahun. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Penyakit Lyme?

Simptom yang sering terjadi ialah:

  • Menggigil.
  • Pening kepala.
  • Demam.
  • Sendi bengkak.
  • Kehilangan tone otot muka .
  • Kelenjar limpa membengkak.
  • Masalah memori.
  • Sakit otot.
  • Kebas.
  • Berdebar-debar.
  • Sakit mencucuk.
  • Leher kaku.

Sesetengah pesakit akan mengalami gejala dan tanda berkaitan penyakit Lyme:

  • Ruam.
  • Sakit sendi.
  • Sakit kepala.

Mungkin terdapat simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Ruam adalah petanda ketara yang anda telah digigit. Pada peringkat ini, rawatan dengan antibiotik mungkin boleh berjaya. Jika anda mengalami sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau jika ada sebarang kemusykilan, sila dapatkan nasihat dari doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Ia adalah yang terbaik untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Penyakit Lyme?

Di Amerika Syarikat, penyakit Lyme disebabkan oleh Borrelia Burgdorferi dan Borrelia Mayonii, ia dibawa oleh kutu berkaki hitam atau kutu rusa. Kutu tersebut berwarna perang, saiznya tidaklah melebihi biji poppy, yang membuatkan mereka sukar untuk dilihat dengan mata kasar.

Untuk dijangkiti penyakit Lyme, kutu rusa mestilah menggigit anda. Bakteria yang masuk ke dalam kulit anda melalui gigitan itu akan membuat jalan masuk ke dalam saluran darah anda. Dalam kebanyakan kes, untuk menyebarkan penyakit Lyme, kutu rusa perlu menghinggapi anda untuk 36-48 jam. Jika anda mendapati kutu yang terhinggap nampak membengkak, ia mungkin telah lama memindahkan bakteria kepada anda. Membuang kutu tersebut secepat yang mungkin boleh mengelakkan jangkitan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Penyakit Lyme?

Terdapat banyak faktor risiko seperti:

  • Selalu berada di kawasan hutan dan berumput. Di Amerika Syarikat, kutu rusa banyak dijumpai di bahagian utara dan barat tengah, di mana bahagian ini adalah kawasan hutan tebal yang merupakan habitat kutu rusa. Kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa di luar terutama di kawasan-kawasan ini berada di dalam risiko. Orang dewasa yang rutinnya bekerja atau melakukan aktiviti di luar bangunan juga berisiko tinggi.
  • Kulit yang terdedah. Kutu hinggap dengan mudah pada kulit yang terdedah. Jika anda berada di kawasan di mana terdapat banyak kutu, lindungi diri anda dan anak anda dengan memakai baju lengan panjang dan seluar panjang. Jangan izinkan binatang peliharaan bermain-main sehingga ke kawasan semak dan berumput.
  • Tidak membuang kutu dengan cara yang betul. Bakteria dari gigitan kutu boleh masuk ke dalam aliran darah anda jika ia hinggap pada kulit anda dari 36 hingga 48 jam atau lebih. Jika anda membuang kutu yang hinggap dari kulit anda dalam masa dua hari, risiko untuk mendapat penyakit Lyme adalah rendah.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Penyakit Lyme didiagnosis?

Doktor mendiagnosis penyakit ini berdasarkan simptom dan sejarah terdedah kepada kutu. Dua langkah ujian darah sangat membantu jika digunakan dengan betul, laporan CDC. Walau bagaimanapun, ketepatan ujian ini bergantung kepada tahap penyakit: pada minggu pertama jangkitan, ujian ini mungkin akan negatif kerana antibodi memerlukan masa beberapa minggu untuk terbentuk. Ujian ini tidak disarankan jika anda tidak mengalami sebarang simptom.

Bagaimana pesakit Penyakit Lyme dirawat?

Antibiotik digunakan untuk merawatnya. Secara amnya, proses penyembuhan akan menjadi pantas dan lebih sempurna sejurus rawatan bermula.

Antibiotik

  • Antibiotik oral. Ini adalah rawatan standard untuk penyakit ini pada peringkat awal. Ini selalunya termasuklah Doxycycline untuk dewasa dan kanak-kanak berumur lebih dari 8 tahun atau amoxicilin atau cefuroxime untuk dewasa, kanak-kanak yang lebih muda, perempuan hamil atau ibu yang menyusu. Ubat ini selalunya diambil selama 14-21 hari, tetapi beberapa kajian mencadangkan tempoh itu bertahan lebih dari 10-14 hari sudah memadai.
  • Antibiotik intravena. Jika penyakit ini menjejaskan sistem saraf pusat, doktor anda mungkin akan mencadangkan rawatan dengan antibiotik intravena selama 14-28 hari. Ini adalah berkesan untuk menyingkirkan jangkitan, walaupun ia mengambil sedikit masa untuk sembuh dari simptom. Antibiotik intravena boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan, termasuklah mengurangkan sel darah putih, cirit birit ringan hingga sederhana, atau jangkitan kepada organisma yang tahan-antibiotik tidak berkait pada Lyme.

Selepas rawatan sebilangan kecil masih mempunyai simptom seperti sakit otot dan keletihan. Penyebab simptom ini masih berterusan dikenali sebagai sindrom selepas rawatan, dan merawat dengan antibiotik tidak dapat membantu. Beberapa pakar percaya akan ada antara pesakit yang dijangkiti akan terdedah untuk membentuk respon auto-imun yang membawa kepada simptom tersebut. Kajian yang lebih mendalam diperlukan.

Bismacine

Suruhanjaya Makanan dan Ubatan memberi amaran akan penggunaan Bismacine, iaitu sejenis sebatian yang disuntik yang diperskripsi oleh sesetengah pakar perubatan alternatif untuk merawat penyakit Lyme. Bismacine, juga dikenali sebagai chromacine mengandungi kandungan metal bismuth yang tinggi. Walaupun bismuth adalah selamat digunakan dalam beberapa ubatan oral untuk ulser perut, ia tidak disahkan digunakan dalam bentuk suntikan atau sebagai rawatan Lyme. Bismacine boleh menyebabkan keracunan bismuth, yang boleh membawa kepada kegagalan jantung dan buah pinggang.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penyakit Lyme?

  • Berpakaian tertutup. Apabila berada di dalam hutan atau kawasan berumput, pakai kasut, seluar panjang dimasukkan ke dalam stokin, baju lengan panjang, topi dan sarung tangan. Cuba untuk tetap mengikut laluan yang disediakan dan elakkan dari berjalan melalui semak dan rumput panjang. Sentiasa pastikan anjing anda berada dalam ikatan.
  • Gunakan penghalau serangga. Gunakan penghalau serangga pada kulit anda dengan 20 peratus atau lebih kandungan DEET. ibu bapa perlu menggunakan penghalau serangga kepada anak-anak tetapi elakkan tangan, mata dan mulut. Sentiasa beringat bawah penghalau serangga boleh menjadi toksik, jadi patuhi arahan dengan waspada. Gunakan produk yang mengandungi permethrin kepada pakaian atau beli pakaian yang telah dirawat.
  • Buat yang terbaik untuk membersihkan halaman rumah anda. Bersihkan semak samun dan dedaun di mana kuti hidup. Simpan kayu api di kawasan yang mendapat matahari.
  • Periksa diri anda, anak-anak dan binatang peliharaan. Sentiasa berwaspada apabila anda menghabiskan masa didalam hutan atau kawasan semak. Kutu rusa selalunya tidak lebih besar dari kepala jarum, jadi anda mungkin tidak menjumpainya melainkan anda mencarinya dengan penuh teliti.
  • Terus mandi apabila masuk ke rumah adalah sangat membantu. Kutu selalu kekal pada kulit anda untuk berjam lamanya sebelum menghinggapi anda. Mandi dan gunakan tuala basahan mungkin boleh membuang kutu yang belum sempat menghinggap.
  • Jangan sangka anda ada imun yang kuat. Anda boleh dijangkiti penyakit Lyme melebihi sekali.
  • Alihkan kutu secepat yang mungkin menggunakan penyepit. Perlahan-lahan tangkap kutu melalui kepala atau mulutnya. Jangan picit atau hancurkan kutu tersebut, tapi tarik dengan penuh berhati-hati dan berterusan. Sejurus anda mengalihkan keseluruhan kutu itu, buang kutu itu dan sapu antiseptik pada kawasan yang digigit.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan