Apa itu Penyakit Lembu Gila?

Oleh

enEnglish

Ketahui asas-asasnya

Apa itu penyakit Lembu Gila?

Penyakit lembu gila merupakan sejenis keadaan fatal yang merosotkan otak dan saraf spinal (sistem sarah pusat) lembu secara perlahan-lahan. Ia juga dikenali sebagai ensefalopati spongifom bovin (BSE).

Manusia tidak boleh mendapat penyakit lembu gila. Manakala, terdapat kes-kes luar biasa dimana mereka mendapat penyakit lembu gila berjenis untuk manusia yang dikenali sebagai penyakit variasi Creutzfeldt-Jakob (vCJD), yang merupakan jenis fatal.

Apakah kebarangkalian penyakit Lembu GIla?

Kes pertama buat penyakit ini direpot pada tahun 1996. Sejak itu, terdapat beberapa kes penyakit ini direpot di seluruh dunia. Kebanyakan kes-kes ini berlaku di negara-negara di United Kingdom (England, Scotland, Wales, dan Ireland Utara).

Meskipun ia sangat merbahaya, penyakit lembu gila jarang berlaku, dengan anggaran satu diagnosis di dalam kalangan satu milion manusia setiap tahun di seluruh dunia, lebih kerap di kalangan orang dewasa yang lebih tua.

Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila menghubungi doktor anda untuk keterangan lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom bagi penyakit Lembu Gila?

Penyakit Creutzfeldt-Jakob ini dikenali dengan kemerosotan mental yang laju, yang biasanya berlaku dalam jangka masa beberapa bulan. Tanda-tanda awal serta simptom-simptom seumumnya terdiri daripada:

  • Personaliti berubah
  • Bimbang
  • Murung
  • Hilang ingatan
  • Pemikiran merosot
  • Penglihatan kabur atau menghilang
  • Insomnia
  • Kesukaran untuk bercakap
  • Kesukaran untuk menelan air liur
  • Pergerakan tersentak-sentak

Semasa penyakit ini berkembang, simptom mental akan bertambah teruk. Kebanyakan orang luput dalam keadaan koma. Kegagalan jantung, kegagalan pernafasan, pneumonia atau jangkitan-jangkitan lain secara umumnya menyebabkan maut. Maut berlaku dalam jangka masa setahun

Pada pesakit yang menghidap vCJD yang jarang jumpa, simptom psikiatri lebih senang dikenal pasti pada peringkat awal, bersama demensia. Kemerosotan keupayaan untuk berfikir, menimbang dan mengingat akan berlaku kendian semasa mengalami penyakit ini. Selatin itu, jenis berlainan ini menjejaskan orang berusia lebih muda berbanding dengan jenis biasa, dan ia mempunyai jangka masa lama iaitu dalam anggaran 12 ke 14 bulan.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan sekiranya anda mengalami mana-mana simptom tersenarai. Rawatan bagi penyakit lembu gila disarankan untuk mendapatkan bantuan kecemasan yang terdiri daripada penjagaan perubatan segera. Keadaannya mengancam nyawa.

Jika anda mengalami tanda-tanda atau simptom-simptom yang disenarai diatas atau mempunyai persoalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan bertindak berlainan.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan penyakit Lembu Gila?

Pakar sains tidak mengetahui apa punca-punca penyakit lembu gila atau vCJD.

Teori terkemuka menyatakan bahawa penyakit ini disebabkan protein berpenyakit yang dikenali sebagai prion (disebut “PREE-on”). Pada lembu yang telah berjangkit, protein ini ditemui di dalam otak, saraf spinal, dan usus kecil. Bukti prion ditemui di dalam daging otot (seperti stik) atau dalam susu.

Apabila lembu disembelih, bahagian-bahagian badannya digunakan untuk makanan manusia dan bahagian-bahagian lain digunakan untuk makanan binatang. Sekiranya lembu disembelih itu telah berjangkit dan tisu sarafnya digunakan untuk makanan lembu, lembu-lembu lain akan dijangkiti juga.

Manusia boleh menghidap vCJD sekiranya meraka makan otak atau tisu saraf spinal lembu dijangkiti.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko penyakit Lembu Gila?

Risiko yang mendatangkan vCJD tidak tinggi. Penyakit ini tidak boleh berjangkit melalui pendedehan kepada batuk atau bersin, sentuhan atau hubungan seksual. Cara-cara ia berkembang terdiri daripada:

  • Sekali-sekala

Kebanyakan orang yang mempunyai vCJD biasa akan mendapat penyakit ini tanpa sebab yang munasabah.

  • Terwaris

Di Amerka Syarikat, 5 hingga 10 peratus daripada orang yang mempunyai vCJD juga mempunyai kisah kesihatan keluarga yang memiliki penyakit ini atau keputusan ujian positif buat mutasi genetik berkaitan dengan vCJD.

  • Jangkitan

Sebilangan kecil daripada mereka yang mempunyai vCJD selepas pendedahan kepada tisu manusia yang terjangkit semasa menjalani prosedur perubatan, seperti pemindahan kornea atau kulit. Selain itu, kaedah pensterilan kebiasaan tidak akan memusnahkan prion abnormal, beberapa orang mendapat vCJD selepas menjalankan pembedahan otak dengan alat-alat pembawa jangkitan.

Kebanyakan kes-kes penyakit Creutzfeldt-Jakob berlaku tanpa sebab, dan tiada faktor risiko yang dapat dikenal pasti. Manakala, terdapat beberapa faktor yang berkaitan dengan berlainan jenis vCJD.

  • Umur

Penyakit vCJD keturunan terwaris akan berlaku terlebih dahulu dan vCJD telah menjejaskan orang yang berumur lebih muda, biasanya di umur lewat 20an.

  • Genetik

Mereka yang mempunyai penyakit vCJD keturunan memiliki mutasi genetik yang menyebabkan mereka terjangkit. Penyakit ini diwaris dengan cara dominan autosom, yang bermaksud anda hanya perlu mewarisi satu Salinan daripada gen termutasi itu, daripada mana-mana induk, untuk penyakit itu berkembang. Sekiranya anda memiliki mutasi itu, kadar anda menurunkan penyakit itu kepada anak-anak anda adalah 50%.

  • Pendedahan kepada tisu terjangkit

Mereka yang menerima hormon pembesaran manusia yang didapati daripada  glan kelenjar pituitari atau mereka yang mempunyai graf tisu yang melindungi otak mungkin mengalami risiko vCJD iatrogenic.

Risiko untuk menghidap vCJD daripada memakan daging terjangkit sukar ditentukan. Seumumnya, sekiranya negara cekap melaksanakan langkah-langkah kesihatan awam, risikonya hampir tidak wujud.

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana penyakit Lembu Gila didiagnosis?

Only a brain biopsy or an examination of brain tissue after death (autopsy) can confirm the presence of this disease. However doctors often can make an accurate diagnosis based on your medical and personal history, a neurological exam, and certain diagnostic tests.

In addition, doctors commonly use these tests to help detect vCJD:

  • Elektroensefalogram (EEG)

Dengan meletakkan elektrod di atas kulit kepala, ujian ini mengkaji aktiviti elektrik otak anda. Mereka yang mempunyai vCJD akan menunjukkan ciri-ciri bacaan abnormal.

  • MRI

Teknik gambaran ini menggunakan gelombang radio dan medan magnet untuk mencetak imej keratan lintang kepala dan badan anda. Ia terutamanya berguna untuk mendiagnosis kecelaruan otak kerana ia melibatkan imej resolusi tinggi jirim putih dan kelabu di dalam otak.

  • Ujian air tulang belakang

Serebrum air tulang belakang mengelilingi dan melindungi otak dan saraf spinal. Semasa ujian yang dikenali sebagai punktur lumbar – lebih dikenali sebagai pengambilan air tulang belakang – doktor akan menggunakan sebatang jarum untuk mengeluarkan sedikit cecair untuk dikaji. Kehadiran protein khusus di dalam cecair tulang belakang sering menandakan kehadiran vCJD.

Bagaimana penyakit Lembu Gila dirawat?

Malangnya, rawatan yang dianggap berkesan untuk keadaan ini masih tidak wujud. Terdapat beberapa jenis ubat yang telah dikaji – termasuk steroid, antibiotic dan ejen antiviral – namun tiada yang memberi manfaat. Disebabkan itu, doktor menumpukan perhatian kepada mengurangkan sakit dan simptom-simptom lain serta memastikan keselesaan pesakit.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

 

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas penyakit Lembu Gila?

Memelihara gaya hidup sihat sangat penting, terutamanya jika anda mempunyai risiko tinggi. Ianya terdiri daripada:

  • Menegaskan had pengimportan lembu dari negara-negara lain
  • Mengehadkan makanan haiwan
  • Menegaskan prosedur ketika merawat haiwan sakit
  • Mengawas dan menkaji kaedah-kaedah memantau kesihatan lembu
  • Menentukan sekatan untuk bahagian-bahagian badan yang boleh diproses untuk dijadikan makanan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 15, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.