Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Penyakit Kawasaki juga dikenali sebagai sindrom nod mucocutaneous, adalah suatu keadaan yang menjejaskan salur darah. Ia merupakan penyakit nadir yang berlaku di usia kanak-kanak yang menjejaskan salur darah. Ia juga boleh memberi kesan kepada kulit dan lapisan selaput di dalam mulut, hidung dan tekak.
Penyakit ini adalah 10 sehingga 20 kali lebih kerap di Asia Timur, termasuk Jepun, Korea dan Taiwan. Kebanyakan pesakit dalam kalangan bawah lima tahun dan kebanyakannya adalah berumur dua tahun. Kanak-kanak lelaki menghidap penyakit ini dua kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan.
Simptom-simptom Kawasaki dilihat secara berperingkat. Simptom-simptom dan tanda-tanda yang dapat dilihat pada peringkat pertama adalah:
Pada peringkat kedua penyakit ini, anak anda juga mungkin mempunyai:
Pada tahap ketiga, tanda-tanda beransur hilang melainkan berlakunya komplikasi. Ia mungkin berlaku selama lapan minggu sebelum tahap tenaga kembali normal.
Ia juga mungkin terdapat tanda-tanda yang tidak disenaraikan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tanda yang mencurigakan, sila berhubung dengan doktor anda.
Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda-tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan doktor anda. Tubuh badan setiap orang mempunyai tindak balas yang berbeza-beza. Maka seeloknya adalah berbincang dengan doktor anda untuk keadaan diri anda.
Para pengkaji masih tidak mengetahui punca-punca penyakit ini, tetapi dari pemerhatian penyakit ini tidak berjangkit dari orang ke orang. Penyakit ini sering berlaku semasa hujung musim sejuk dan awal musim bunga.
Anda adalah berisiko untuk mengidap penyakit Kawasaki jika anda mempunyai faktor-faktor berisiko seperti berikut:
Maklumat yang disediakan ini bukannya menggantikan mana-mana nasihat perubatan. SILA berunding doktor anda untuk maklumat lanjut.
Penyakit Kawasaki akan menjadi sukar untuk didiagnosis sekiranya tiada ujian yang boleh didapati. Doktor anda mungkin mendiagnosis penyakit Kawasaki sekiranya terdapat dua di antara perkara ini:
Anak anda juga boleh menjalani ujian makmal untuk menolak sebarang kemungkinan penyakit yang mempunyai simptom-simptom dan tanda yang serupa di antaranya;
Rawatan untuk penyakit Kawasaki bermula di hospital. Di antaranya adalah:
Rawatan Aspirin seringkali diteruskan di rumah. Ini adalah kerana terdapat risiko kepada gejala Reye, jangan berikan aspirin kepada anak anda sebelum berunding dengan doktor anda. Jika anak anda terdedah kepada demam campak atau selesema (influenza) semam mengambil aspirin, sila berunding dengan doktor anda dengan segera.
Anak anda mungkin lesu dan cerewet, dan kering kulit selama sebulan atau lebih. Cuba untuk membiarkan anak anda menjadi letih yang berlebihan. Gunakan juga losen kulit untuk memastikan jari kaki dan tangannya sentiasa lembab.
Jika penyakit ini menyebabkan masalah jantung, anak anda mungkin memerlukan rawatan lanjut dan ujian yang selanjutnya.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda untuk mempunyai pemahaman yang lebih mendalam untuk memilih rawatan yang sesuai.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen