Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Penyakit injap aorta adalah keadaan di mana injap antara ruang pam utama jantung anda (ventrikel kiri) dan arteri utama ke badan anda (aorta) tidak berfungsi dengan betul.
Penyakit injap aorta boleh dikelaskan kepada dua jenis:
Penyakit injap aorta ini secara relatifnya adalah lazim. Penyakit injap aorta boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kedua-dua bentuk penyakit injap aorta mempunyai beberapa simptom yang sama, seperti kesakitan dada semasa bersenam yang lega apabila anda berehat; keletihan; sesak nafas. Selain daripada yang disenaraikan ini, simptomnya adalah berbeza.
Simptom umum stenosis injap aorta ialah:
Simptom regurgitasi injap aorta yang biasa adalah:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Pengumpulan kalsium pada lembaran injap aorta dapat menyebabkan stenosis aorta. Apabila darah mengalir melalui jantung anda, kalsium secara beransur-ansur terkumpul pada lembaran injap dan deposit kalsium boleh menyebabkan lembaran menyempitkan injap aorta. Di samping itu, demam reumatik dan demam skarlet juga boleh menjadi punca stenosis injap aorta.
Sesetengah penyebab regurgitasi injap aorta adalah kelemahan tisu injap akibat penuaan, tekanan darah tinggi, jangkitan bakteria pada tisu jantung, sifilis, dan kecederaan. Satu lagi sebab regurgitasi aorta ialah kecacatan jantung kongenital pada saat lahir. Ia mungkin tidak menunjukkan apa-apa simptom sehingga dewasa, apabila injap akhirnya mula menunjukkan tanda-tanda kebocoran.
Terdapat banyak faktor risiko bagi penyakit injap aorta, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Untuk mendiagnosis penyakit injap aorta, doktor anda akan menanyakan soalan mengenai sejarah kesihatan anda. Doktor anda juga boleh mengesyorkan ujian berikut untuk mendiagnosis penyakit injap aorta:
Pada masa ini tiada ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk menyembuhkan stenosis injap atau regurgitasi. Walau bagaimanapun, doktor anda boleh memberi ubat untuk mengurangkan kesan penyakit tersebut.
Dalam kes stenosis injap aorta, doktor anda boleh mengesyorkan penggunaan ubat untuk mengawal gangguan dalam rentak jantung anda. Ubatan penyekat beta dan kalsium boleh membantu menangani angina. Ubat statin boleh digunakan untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Rawatan lain yang berkemungkinan termasuklah pembedahan pembaikan atau penggantian injap.
Dalam kes regurgitasi aorta, ubat-ubatan boleh menurunkan tekanan darah anda dan mencegah pengumpulan cecair. Regurgitasi injap aorta yang ringan boleh dirawat dengan ubat-ubatan, yang mengurangkan pembekuan darah dan mengurangkan risiko strok, tetapi pembedahan pembaikan atau penggantian injap selalunya diperlukan.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani penyakit injap aorta:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen