Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Penyakit Hodgkin adalah penyakit limfoma, sejenis kanser darah yang berasal dari sistem limfa. Sistem limfa membantu sistem imun menyingkirkan sisa buangan badan dan melawan jangkitan. Penyakit Hodgkin juga dipanggil limfoma Hodgkin. Penyakit Hodgkin berasal dari sel darah putih yang membantu melindungi anda daripada kuman dan jangkitan. Sel darah putih ini dipanggil limfosit (lymphocyte). Pada pesakit limfoma Hodgkin, sel-sel ini tumbuh secara luar biasa dan merebak ke luar sistem limfa. Apabila penyakit itu semakin berkembang, ia menjadikan tubuh lebih sukar untuk melawan jangkitan.
Terdapat empat tahap umum penyakit Hodgkin:
Penyakit Hodgkin boleh berlaku pada mana-mana lapisan umur, tetapi ia biasanya menjejaskan orang berusia antara 15 hingga 40 tahun, dan orang yang berusia lebih dari 55 tahun.
Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tanda dan simptom bagi penyakit Hodgkin termasuklah:
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Sebenarnya apa yang menjadi punca bagi penyakit Hodgkin masih belum jelas. Doktor mengetahui bahawa kebanyakan penyakit Hodgkin berlaku apabila sel yang melawan jangkitan yang dipanggil sel B menghasilkan mutasi dalam DNAnya. Mutasi ini mengakibatkan supaya sel-sel itu terbahagi dan membiak dengan cepat dan terus hidup, walhal sel yang sihat pula akan mati. Mutasi itu akan menyebabkan sejumlah besar sel-sel B yang besar dan tidak normal terkumpul dalam sistem limfa, di mana mereka mendominasi sel-sel yang sihat dan menyebabkan tanda-tanda dan simptom bagi penyakit Hodgkin timbul.
Terdapat pelbagai jenis penyakit Hodgkin yang wujud. Jenis ini ditetapkan berdasarkan jenis sel yang terlibat dalam penyakit anda dan tingkah laku mereka. Jenisnya juga akan menentukan pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko terhadap penyakit Hodgkin termasuklah:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Untuk mendiagnosis penyakit Hodgkin, doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal dan bertanyakan tentang sejarah perubatan anda. Doktor anda juga akan mengarahkan ujian tertentu dilaksanakan untuk membuat diagnosis yang betul. Antara ujian yang boleh dilakukan:
Apabila diagnosis penyakit Hodgkin telah dibuat, kanser tersebut akan ditetapkan tahapnya. Penetapan tahap menggambarkan sejauh mana peringkat dan keparahan penyakit. Ia akan membantu doktor menentukan pilihan rawatan dan bacaan seterusnya bagi keadaan anda.
Rawatan untuk penyakit Hodgkin biasanya bergantung kepada tahap penyakit. Pilihan rawatan utama adalah kemoterapi dan penyinaran (radiasi). Terapi penyinaran menggunakan sinaran yang bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel-sel kanser. Kemoterapi melibatkan penggunaan ubat-ubatan yang boleh membunuh sel kanser. Ubat kemoterapi boleh diberi secara lisan atau disuntik melalui saluran darah, bergantung kepada jenis ubat tertentu.
Terapi penyinaran semata-mata mungkin mencukupi untuk merawat tahap awal penyakit Hodgkin nodular pradominan limfosit. Sekiranya anda mempunyai jenis penyakit Hodgkin yang ini, anda hanya memerlukan terapi penyinaran kerana ia cenderung untuk tersebar dengan lebih perlahan berbanding penyakit Hodgkin yang klasik. Dalam penyakit peringkat lanjut, ubat terapi yang disasarkan boleh ditambah kepada rejimen kemoterapi anda.
Pemindahan sel stem juga boleh digunakan jika tiada tindak balas terhadap kemoterapi atau terapi penyinaran. Pemindahan sel stem akan membekalkan sel yang sihat, dipanggil sebagai sel stem ke dalam badan anda untuk menggantikan sel-sel kanser dalam sumsum tulang anda.
Selepas rawatan, doktor anda akan mengarahkan supaya lawatan susulan dibuat secara teratur. Pastikan anda menyimpan semua maklumat temu janji perubatan anda dan patuhi arahan doktor anda.
Tidak ada cara yang diketahui untuk mencegah penyakit Hodgkin. Walau bagaimanapun, anda mungkin boleh mengurangkan risiko penyakit dengan mengelakkan faktor risiko yang diketahui seperti HIV.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen