Penyakit ginjal polikistik dominan autosomal (ADPKD) akan menyebabkan ginjal ditumbuhi kantung yang dipenuhi dengan cecair yang dipanggil sista. Sista akan menghalang ginjal daripada berfungsi dengan sepatutnya. Apabila hal ini terjadi ,ia akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, jangkitan dan batu karang. Ia juga boleh mengakibatkan kegagalan fungsi ginjal ,namun tidak berlaku kepada semua orang.
ADPKD adalah salah satu bentuk penyakit polikistik yang paling lazim di dunia. Ia boleh berlaku kepada individu atau keluarga di seluruh dunia tidak mengira bangsa. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom yang lazim berlaku ialah:
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
ADPKD berpunca dari kecacatan pada salah satu gen berikut – PKD1 atau PKD2. Gen-gen ini menghasilkan protein di dalam sel ginjal untuk memberi isyarat kepada sel tersebut bila perlu membesar. Masalah kepada salah satu gen mengakibatkan sel ginjal membesar dan berkembang luar kawalan lalu menghasilkan sista.
Banyak penyakit genetik berlaku apabila individu yang terbabit mendapat gen yang bermasalah daripada kedua-dua ibu dan ayah, tetapi ADPKD hanya memerlukan masalah pada satu gen (hanya ibu atau ayah seorang sahaja) untuk mewarisi penyakit ini. Disebabkan itu ia dipanggil “dominan autosomal”, yang bermaksud hanya salah seorang daripada ibu atau ayah yang perlu mewariskan “gen cacat” tersebut .
Jika salah sorang ibubapa menghidapi penyakit ini, peluang sebanyak 50-50 untuk setiap anak mewarisi penyakit yang sama.
Penyakit ini juga boleh berlaku kepada individu yang ibubapanya tidak menghidapi penyakit ini. Hal ini berlaku apabila salah satu gen PKD mengalami kecacatan sendiri tetapi ia sangat jarang berlaku.
Terdapat banyak faktor risikonya seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Sekiranya doktor mengesyaki sebarang masalah kepada ginjal anda, dia akan merujuk anda kepada pakar nefrologi,ahli pakar yang merawat penyakit buah pinggang. Pakar tersebut akan bertanya kepada anda soalan seperti berikut:
Doktor akan melakukan beberapa ujian untuk mendapatkan imej ginjal dan memeriksanya untuk mengesahkan kehadiran sista. Kebiasaannya doktor akan mulakan dengan pemeriksaan ultrabunyi, yang menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan gambaran di dalam tubuh. Untuk mencari sista yang terlalu kecil bagi pemeriksaan ultrabunyi, doktor akan menggunakan:
Doktor juga akan melakukan ujian DNA untuk melihat sebarang kecacatan pada gen PKD1 atau PKD2, namun, ujian ini terhad hanya untuk membuktikan kerosakan tersebut.Ia tidak mampu untuk memberitahu bila anda akan terkena ADPKD atau seteruk mana simptom yang akan berlaku.
Tiada penawar yang boleh menyembuhkan ADPKD, tetapi masalah kesihatan yang berpunca daripada ADPKD tetap boleh dirawat dan kegagalan fungsi ginjal boleh dicegah. Anda mungkin perlu:
Sekiranya ginjal gagal berfungsi, anda perlu menjalani dialisis, iaitu penapisan darah dan penyingkiran bahan toksik/buangan (seperti garam, air dan bahan kimia) daripada tubuh menggunaan mesin. Anda juga boleh mendaftarkan nama di dalam senarai menunggu atau menerima ginjal daripada penderma hidup untuk melakukan prosedur pemindahan ginjal. Ajukan persoalan kepada doktor sekiranya ia merupakan pilihan yang baik bagi anda
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi penyakit ginjal polikistik dominan autosomal:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen