Apa itu Penyakit Cakar Kucing?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Penyakit Cakar Kucing?

Penyakit cakar kucing adalah sejenis jangkitan yang dipercayai berpunca daripada bakteria yang terdapat pada kuku kucing. Jangkitan ini merebak ke kelenjar limfa berdekatan dengan bahagian yang dicakar. Kelenjar limfa merupakan sekumpulan tisu dan ia merupakan isebahagian daripada system imuniti badan yang membantu melawan jangkitan.

Penyakit ini sebenarnya jarang sekali berlaku. Kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku pada awal musim luruh dan pertengahan musim sejuk.

Apakah kebarangkalian Penyakit Cakar Kucing?

Penyakit ini sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja (awal 20-an). Sebanyak 80% kes yang berlaku dalam kalangan individu yang berumur sebelum 21 tahun dan kebanyakannya berumur antara 3 dan 12 tahun. Penyakit ini boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapat maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Penyakit Cakar Kucing?

Gejala ini akan muncul beberapa hari selepas anda dicakar. Perkara pertama yang akan muncul ialah benjol yang bernanah atau tidak bernanah atau cecair pada bahagian luka. Selepas1-3 minggu kemudian, kelenjar limfa berhampiran bahagian benjol tersebut akan mula membengkak. Bengkak ini adalah disebabkan oleh peningkatan bilangan sel putih yang bertindak untuk melawan jangkitan bakteria tersebut. Pesakit juga mungkin mengalami demam gred rendah (low-grade fever), lesu dan sakit kepala.

Terdapat juga beberapa tanda dan gejala yang tidak dinyatakan di atas. Sila berunding dengan doktor jika anda mempunyai sebarang persoalan atau tanda-tanda berkaitan.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Kelenjar limfa yang dijangkiti kuman ini akan pulih dengan sendiri jika ia tidak begitu serius. Anda perlu berhubung dengan doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut:

  • Kelenjar limfa membengkak tanpa sebab
  • Bengkak menjadi semakin teruk dalam tempoh 2-4 minggu.
  • Kulit disekitar kawasan bengkak menjadi keras dan tidak berkurang saiznya jika disentuh/ditekan.
  • Demam berpanjangan, demam diwaktu malam dan hilang berat badan tanpa sebab.

Punca

Apakah Punca Penyakit Cakar Kucing?

Penyakit ini adalah berpunca daripada sejenis bakteria yang dipanggil  Bartonella henselae. Kebanyakan kucing tempatan dijangkiti bakteria ini tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dijangkiti kuman tersebut.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Penyakit Cakar Kucing?

Terdapat banyak faktor risiko untuk penyakit ini seperti:

  • Membela atau bermain dengan kucing
  • Membiarkan kawasan luka dijilat kucing
  • Kurang menjaga kebersihan

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Penyakit Cakar Kucing didiagnosis?

Doktor akan diagnos penyakit ini berdasarkan sejarah terkena cakaran kucing dalam masa terdekat dan keadaan luka cakaran tersebut, dengan gelembung air yang sedikit keras dan kemerah-merahan. Doktor juga akan melihat pada kelenjar limfa yang membengkak dan dipenuhi nanah serta keluar melalui kulit sekitar bahagian yang dicakar.

Bagaimana pesakit Penyakit Cakar Kucing dirawat?

Sekiranya sistem imuniti badan berfungsi dengan baik, jangkitan ini akan sembuh dengan hanya mengambil antibiotik selama 1 ke 2 minggu. Sistem imuniti badan juga mampu untuk mengatasi jangkitan ini tanpa antibiotik jika ia tidak begitu serius.

Individu yang mempunyai ketahanan badan yang rendah seperti pengidap HIV atau AIDS mungkin akan mendapat jangkitan yang lebih serius dan memerlukan antibiotik untuk merawat penyakit ini.

Berehatlah sehingga demam pulih dan anda bertenaga semula. Tida diet khusus untuk merawat tetapi minumlah air dengan banyak untuk membantu meredakan demam. Gunakan haba ke atas gelembung air dan ambillah ubat tahan sakit untuk membantu meredakan kesakitan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penyakit Cakar Kucing?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda untuk mengatasi penyakit ini:

  • Berehat sehingga demam pulih dan bertenaga semula
  • Ambil antibiotik jika disarankan oleh doktor sehingga habis
  • Perhatikan tanda-tanda jangkitan pada bahagian cakaran kucing.
  • Jangan bermain dengan haiwan asing.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.