Apa itu Penurunan Kadar Libido?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Penurunan Kadar Libido?

Pengurangan libido (pemacu seks) adalah masalah biasa yang mempengaruhi satu daripada lima lelaki – dan lebih banyak wanita – pada satu ketika dalam hidup mereka. Ia sering dikaitkan dengan tekanan profesional dan peribadi, atau peristiwa penting yang mengubah kehidupan seperti kehamilan, melahirkan anak atau menyusu.

Walau bagaimanapun, kehilangan libido yang tidak dijangka – terutamanya apabila ia berlangsung lama atau terus kembali – juga boleh menunjukkan masalah peribadi, perubatan atau gaya hidup yang mendasari kedua-dua pasangan dalam hubungan.

Jika anda khuatir tentang libido anda, terutamanya jika pemacu seks anda berkurangan dan mengganggu anda atau menjejaskan hubungan anda, adalah dicadangkan untuk membuat temu janji berjumpa dengan doktor anda untuk membincangkan sebarang sebab dan kemungkinan rawatan perubatan atau psikologi.

Apakah kebarangkalian Penurunan Kadar Libido?

Keadaan ini dianggap lebih kerap berlaku terhadap lelaki dan perempuan yang berusia lebih 60 tahun ke atas.

Walau bagaimanapun, ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Penurunan Kadar Libido?

Penurunan libido mempunyai pelbagai tanda-tanda dan simptom. Tanda dan gejala berikut merupakan simptom yang paling biasa.

  • Kesukaran mencapai ereksi pada lelaki
  • Jumlah air mani yang rendah
  • Rambut gugur
  • Keletihan dan kekurangan tenaga
  • Kehilangan jisim otot
  • Perubahan mood
  • Kekurangan jisim tulang

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis awal dan rawatan boleh mencegah masalah ini daripada berlarutan dan mengelakkan sebarang keadaan yang lebih teruk. Segera berhubung dengan doktor anda secepat mungkin untuk rawatan pencegahan.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Ia adalah wajar untuk anda berbincang dengan doktor tentang anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah Punca Penurunan Kadar Libido?

Perbagai sebab, antaranya faktor fizikal atau psikologi boleh menyebabkan penurunan libido.

Isu-isu fizikal yang boleh menyebabkan libido rendah termasuk kadar testosteron yang rendah, ubat-ubatan preskripsi, terlalu sedikit atau terlalu banyak bersukan, dan penggunaan alkohol dan dadah. Isu psikologi boleh termasuk kemurungan, tekanan, dan masalah dalam hubungan anda.

Kira-kira 4 daripada 10 orang di atas umur 45 mempunyai testosteron rendah. Walaupun terapi penggantian testosteron masih agak kontroversi, ia juga merupakan satu penyelesaian yang sama kepada masalah ini.

Mengambil ubat-ubatan tertentu juga boleh menurunkan paras testosteron, yang seterusnya boleh membawa kepada libido rendah. Sebagai contoh, ubat-ubatan tekanan darah seperti inhibitor ACE dan beta-blockers boleh mencegah ejakulasi dan ereksi.

Libido yang rendah bukan disebabkan satu faktor sahaja. Oleh itu, adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda jika anda bimbang pemacu seks anda semakin menurun.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Penurunan Kadar Libido?

Anda mempunyai risiko penurunan libido yang lebih tinggi, sekiranya;

  • Anda mempunyai kemurungan, ia mengubah semua bahagian kehidupan seseorang. Orang yang mengalami kemurungan menjadi kurang minat dalam aktiviti yang pernah mereka nikmati, termasuk seks.
  • Penyakit tertentu, seperti kanser, boleh mengurangkan jumlah pengeluaran sperma anda kerana tubuh anda lebih menumpukan untuk menjalani kehidupan seharian
  • Golongan lelaki yang mempunyai pengalaman apnea tidur obstruktif akan mengalami kadar testosteron yang lebih rendah. Ini boleh menyebabkan penurunan aktiviti seksual dan libido.
  • Kadar testosteron yang dikaitkan dengan libido, berada pada tahap tertinggi apabila lelaki berada di usia lewat remaja / belia. Golongan elaki biasanya melihat perbezaan terhadap libido mereka sekitar umur 60 hingga 65 tahun.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Penurunan Kadar Libido didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami kondisi ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian akan disyorkan oleh doktor anda seperti ujian darah, atau ujian air mani, dll.

Bagaimana pesakit Penurunan Kadar Libido dirawat?

Bergantung kepada punca, antara rawatan yang mungkin termasuk:

  • Pilihan gaya hidup yang sihat
  • Memperbaiki gaya pemakanan anda, senaman yang kerap dan tidur yang cukup, mengurangkan alkohol, dan mengurangkan tekanan
  • Tukar ubat baru, sekiranya ubatan yang sekarang menjejaskan libido anda
  • Terapi penggantian testosteron
  • Kaunseling

Doktor anda boleh mengesyorkan terapi jika masalah yang dialami berpunca dari masalah psikologi. Dalam kebanyakan kes, walaupun kadar libido rendah namun masih menunjukkan keinginan untuk melakukan hubungan rapat dengan pasangan anda, namun ia tidak seksual, tetapi masih intim. Berbincang isu-isu ini dengan ahli terapi dapat membantu, sama ada secara bersendirian atau dengan pasangan anda. Sekiranya masalah kemurungan adalah puncanya, pengambilan antidepresan boleh membantu namun sesetengah ubatan sebenarnya menurunkan pemacu seks anda.

Jenama yang anda mungkin lihat dalam iklan TV dan majalah, seperti Cialis, Levitra, dan Viagra sebenarya tidak meningkatkan libido. Ia hanya membantu anda mendapatkan dan mengekalkan ereksi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penurunan Kadar Libido?

Anda boleh mengurangkan risiko anda dengan mengikuti cara-cara berikut:

  • Tidak banyak bukti yang dapat menyokong keberkesanan sebarang makanan, tetapi tidak ada salah untuk eksperimentasi. Buah ara, pisang, dan avokado, sebagai contoh, dianggap makanan yang boleh meningkatkan libido, yang dikenali sebagai ubat kuat. Makanan ini juga menyediakan vitamin dan mineral penting yang dapat meningkatkan aliran darah ke alat kelamin dan mempromosikan kehidupan seks yang sihat.
  • Cara yang anda rasa tentang tubuh anda akan memberi kesan kepada perasaan anda tentang seks. Diet yang tidak sihat dan kurang senaman boleh menyebabkan anda mengalami keyakinan diri yang lemah. Perkara-perkara ini boleh menghalang anda daripada melakukan dan menikmati seks.
  • Walaupun tahap kesihatan ada sangan baik, namun masalah tekanan boleh memberi kesan terhadap pemacu seks anda. Golongan wanita lebih mudah terdedah kepada kesan-kesan tekanan. Golongan lelaki sebaliknya menggunakan seks untuk melegakan tekanan. Kadangkala, perbezaan dalam pendekatan seks boleh menyebabkan konflik. Anda boleh melakukan aktiviti sukan, berlatih tai chi atau mengambil kelas yoga untuk melegakakan tekanan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut