backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penuaan Kulit

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Penuaan Kulit?

Kesihatan kulit kita mudah terkesan dengan banyak faktor: penuaan, terdedah kepada matahari, cuaca buruk dan tabiat buruk. Terdapat juga faktor yang kita tidak boleh kawal: cuaca dan penuaan. Terdapat juga faktor yang boleh diubah: cara hidup, diet, warisan dan tabiat peribadi lain.

Semua faktor ini menyumbang kepada pemusnahan sel yang membawa kepada kedutan pramatang dan tompokan penuaan. Faktor lain adalah stres, graviti, pergerakan muka harian, obesti dan bahkan posisi tidur.

Apakah kebarangkalian Penuaan Kulit?

Penuaan kulit adalah proses semula jadi. Maka setiap orang perlu melaluinya. Walau bagaimanapun, dengan penambahan pencemaran, penuaan kulit berlaku lebih awal terutamanya bagi wanita.

Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Penuaan Kulit?

Terdapat 3 manifestasi utama penuaan kulit. Setiap satunya memberi kesan kepada kulit dengan cara yang berbeza.

  • Kedutan: Tanda yang pertama dan paling jelas ialah jalur haus dan kedutan. Ia dirangsang oleh ekspresi muka dan semakin lama semakin cenderung untuk menjadi lebih dalam.
  • Hilang isipadu: Ia dikenal pasti dengan hilang ketegangan kulit, kawasan tengkuk boleh menjadi agak kasar dan kering serta kulit menjadi kurang seri.
  • Hilang ketumpatan: Paling popular dalam kalangan wanita menopause. Ia terlihat di permukaan dan kulit menjadi halus dan rapuh.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca Penuaan Kulit?

Terdapat banyak perkara yang menyebabkan penuaan kulit. Sebahagiannya tidak boleh dilakukan apa-apa manakala sebahagiannya boleh diuruskan.

Satu perkara yang tidak boleh diubah ialah proses penuaan semula jadi. Semakin lama, kulit kita akan hilang sebahagian dari keremajaannya: kulit menjadi semakin nipis dan kering  dan garisan serta kedutan mula kenampakan. Genetik kita mengawal perubahan ini. Istilah perubatan bagi jenis penuaan ini ialah “penuaan dalaman” (intrinsic aging).

Kita boleh menguruskan persekitaran dan pilihan cara hidup kita  untuk mencegah penuaan pramatang. Istilah perubatan untuk jenis penuaan ini ialah “penuaan luaran” (extrinsic aging). Mujurlah, dengan mengambil langkah-langkah pencegahan, kita boleh melambatkan kesan-kesan penuaan ini ke atas kulit kita.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Penuaan Kulit?

3 faktor risiko ini dipercayai yang paling kerap:

  • Matahari: Terdedah kepada sinaran matahari ialah faktor luaran utama yang bertanggungjawab menyebabkan penuaan kulit melalui tekanan oksidatif.
  • Pencemaran: Membiarkan kulit terdedah kepada pencemaran, kebanyakannya di kawasan bandar, boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit.
  • Merokok: Bahan kimia dan nikotin di dalam rokok bertanggungjawab kenaikan radikal bebas di dalam kulit.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Penuaan Kulit didiagnosis?

Pakar boleh memeriksa kulit anda untuk melihat kerosakan kulit, kedutan, garis halus dan tanda-tanda penuaan yang lain. Semakin lama kulit menua, jumlah kolajen dan elastin – protein yang memberikan kulit anda ketegangan dan keanjalannya – berkurang secara perlahan. Tambahan lagi, lemak yang memberikan kulit kelihatan penuh dan lembut mula hilang rupa. Pakar kulit mengambil sejarah perubatan dan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengetahui lebih banyak tentang kulit anda dan menilai sebarang perubahan yang terkait dengan penuaan.

Bagaimana pesakit Penuaan Kulit dirawat?

Bagi mengelakkan tanda-tanda awal penuaan, pilihan rawatan menggunakan retinoid, vitamin C dan asid alfa hidroksi mungkin memadai. Untuk kerosakan ringan ke sederhana pada muka disebabkan matahari, mengupas menggunakan bahan kimia, dermabrasi atau pelapisan semula menggunakan laser mungkin membantu.

Garisan muka yang lebih dalam mungkin dirawat menggunakan toksin atau penapis botulinum yang terdiri daripada suntikan asid hyaluronik, lemak anda dan implan Gore-Tex.

Sesetengah orang mungkin memilih pembedahan seperti pembedahan muka atau pembedahan kosmetik pada kelopak mata. Tidak kira anda melakukan mana-mana dari perkara ini dan berapa banyak yang anda lakukan, ia adalah pilihan peribadi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penuaan Kulit?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi penuaan kulit:

  • Lindungi kulit anda dari matahari setiap hari: Samada menghabiskan sehari di pantai atau urusan kerja, perlindungan dari matahari adalah penting. Anda boleh melindungi kulit anda dengan mencari teduh, tutup dengan pakaian dan menggunakan pelindung matahari dengan spektrum luas, SPF 30 (atau lebih tinggi) dan kalis air. Anda harus menggunakan pelindung matahari setiap hari di semua kulit yang tidak dilindungi oleh pakaian.
  • Gunakan penggelap kulit sendiri, bukannya ia tergelap sendiri: Setiap kali kulit anda menjadi gelap, anda membuatkan kulit anda menua secara pramatang. Ini adalah benar samada anda menjadi gelap disebabkan matahari, tilam penggelap kulit atau peralatan penggelap di dalam rumah yang lain. Semuanya memancarkan sinaran UV yang mempercepatkan penuaan kulit anda.
  • Berhenti merokok: Merokok mempercepatkan penuaan kulit. Ia menyebabkan kedutan dan kulit hilang seri.
  • Elakkan ekspresi muka yang berulang: Apabila anda melakukan ekspresi muka, anda mengejangkan otot muka. Jika ia dilakukan berulang kali dalam tempoh bertahun-tahun, garisan ini menjadi kekal. Memakai cermin mata hitam boleh membantu mengurangkan garisan yang disebabkan oleh ekspresi muka.
  • Makan makanan yang sihat dan seimbang: Beberapa kajian menunjukkan mengambil banyak buah dan sayur mungkin membantu mencegah kerosakan yang boleh menyebabkan penuaan kulit pramatang, penemuan ini juga mencadangkan diet yang mengandungi banyak gula atau karbohidrat halus yang lain boleh mempercepatkan penuaan.
  • Kurangkan minum alkohol: Alkohol merosakkan kulit. Ia membuatkan kulit terhidrat dan semakin lama, ia akan merosakkan kulit. Ini boleh membuatkan kita kelihatan lebih tua.
  • Senaman pada kebanyakan hari dalam seminggu: Sesetengah kajian menunjukkan bahawa senaman sederhana boleh meningkatkan peredaran dan menrangsang sistem imun. Ini akan membuatkan kulit anda Nampak lebih muda.
  • Cuci muka anda dengan lembut: Menggosok muka boleh merengsa kulit anda dan akan mempercepatkan proses penuaan. Cucian yang lembut membantu membuang pencemaran, at solek dan bahan-bahan lain tanpa merengsa kulit.
  • Basuh muka anda dua kali sehari selepas berpeluh dengan banyak: Perperluhan teruatamnya semasa memakai topi atau topi keledar merengsa kulit. Jadi, anda mungkin ingin membasuh muka anda secepat mungkin selepas berpeluh.
  • Gunakan pelembap muka setiap hari: Pelembap memerangkap air di dalam kulit menjadikan ia kelihatan lebih muda.

Berhenti menggunakan produk penjagaan kulit yang menyengat atau membakar: Apabila kulit anda terbakar atau tersengat, ia bermakna kulit anda sedang terengsa. Ini boleh menyebabkan ia kelihatan lebih tua.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan