Apa itu Pengintususupan?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Pengintususupan?

Pengintususupan adalah keadaan di mana bahagian usus termasuk ke dalam bahagian seterusnya seperti sebuah teleskop. Ia adalah keadaan serius yang memerlukan perhatian segera. Apabila ini berlaku, makanan tidak dapat melalui usus dengan normal. Aliran darah ke bahagian tersebut juga tersekat dan boleh menyebabkan kematian tisu.

Apakah kebarangkalian Pengintususupan?

Pengintususupan paling kerap berlaku dalam bayi dan kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 6 tahun. Ia dua hingga tiga kali ganda lebih kerap berlaku dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Orang dewasa jarang mengalami pengintususupan. Bagaimanapun, orang dewasa mungkin mengalami pengintususupan jika mereka menghidap masalah lain dalam perut seperti ketumbuhan. Pengintususupan boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pengintususupan?

Pada permulaannya, simptom pengintususupan adalah kekejangan perut yang kerap. Anak anda mungkin mengadu tentang sakit perut yang datang dan pergi. Selepas itu, anak anda mungkin akan muntah dan menjadi pucat dan berpeluh-peluh. Anak anda akan menjadi lemah dan penat setiap masa. Perut mereka mungkin kelihatan membengkak. Simptom lain termasuklah cirit-birit, demam dan penyahhidratan. Anda mungkin akan mendapati terdapat darah atau mukus dalam najis mereka jika keadaan bertambah melarat.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Pengintususupan adalah keadaan kecemasan. Hubungi pusat kesihatan berdekatan anda jika terdapat simptom. Kemudian telefon 999 atau bawa anak anda ke rawatan kecemasan. Pengintususupan yang tidak dirawat boleh membawa maut kepada bayi dan kanak-kanak.

Punca

Apakah Punca Pengintususupan?

Tiada punca yang diketahui bagi keadaan ini. Ia kadangkala berlaku selepas jangkitan usus. Dalam kes yang jarang berlaku pula, ketumbuhan dalam usus boleh menyebabkan bahagian usus termasuk ke bahagian yang lain.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pengintususupan?

Terdapat banyak faktor risiko untuk pengintususupan, seperti:

  • Kanak-kanak lebih kerap mengalami pengintususupan berbanding orang dewasa. Ia adalah penyebab halangan usus yang paling kerap berlaku dalam kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun.
  • Kanak-kanak lelaki lebih berisiko berbanding perempuan
  • Pembentukan usus yang tidak normal sewaktu lahir. Kanak-kanak yang lahir dengan pembentukan usus yang tidak normal di mana usus tersalah putar (malrotation) juga lebih berisiko.
  • Pernah mengalami pengintususupan. Apabila anda pernah mengalami pengintususupan, anda mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghadapinya lagi.
  • Terdapat bukti kejadian pengintususupan yang lebih tinggi dalam pesakit AIDS

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pengintususupan didiagnosis?

Langkah pertama untuk diagnosis selalunya adalah dengan bertanyakan rekod perubatan dan melakukan pemeriksaan fizikal. Ujian pengimejan digunakan untuk mengesahkan jika terdapat sebarang masalah dalam usus. Ujian barium juga akan dijalankan di mana kanak-kanak tersebut akan meminum barium. Cecair ini akan membolehkan usus kelihatan lebih jelas dalam X-ray. Barium membantu diagnosis dan kadangkala dapat memaksa usus lurus kembali. Oleh itu, ia juga boleh bertindak sebagai rawatan.

Bagaimana pesakit Pengintususupan dirawat?

Sewaktu diagnosis, cecair yang mengandungi barium akan diberikan. Dalam sesetengah kes, barium tersebut dapat meluruskan kembali bahagian usus itu. Jika enema barium tersebut tidak dapat meluruskannya dan menghilangkan sumbatan, pembedahan akan diperlukan. Pembedahan juga boleh menjadi pilihan rawatan pertama jika kanak-kanak tersebut kelihatan terlalu sakit, demam atau kehilangan darah, atau jika simptom telah berlarutan selama beberapa jam.

Bagi kanak-kanak yang perlu menjalani pembedahan, mereka akan diberikan antibiotik dan cecair nutrisi melalui vena. Rawatan tambahan mungkin melibatkan penggunaan tiub yang dimasukkan melalui hidung ke dalam perut (tiub nasogastrik) untuk menurunkan tekanan dalam usus.

Pengintususupan yang tidak dirawat boleh membawa kepada nekrosis (kematian tisu) dan jangkitan yang meluas (sepsis), yang mengancam nyawa. Kadangkala pengintususupan sangat ringan dan masalah tersebut hanya sementara dan dapat pulih dengan sendiri. Semakin tua kanak-kanak, semakin rendah risiko berlakunya pengintususupan. Kebanyakan kejadian kedua pengintususupan berlaku dalam masa 24 jam setelah keadaan tersebut dirawat.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pengintususupan?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani pengintususupan:

  • Ikut arahan, preskripsi dan temujanji doktor.
  • Jangan menggunakan ubat di rumah seperti pelawas untuk merawat pengintususupan. Ia boleh memudaratkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018