backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pengguguran Janin


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 21/08/2021

Pengguguran Janin

Proses pengguguran janin merupakan satu cara untuk menghentikan kehamilan. Prosedur ini dilakukan dengan cara mengambil ubat-ubatan atau melalui pembedahan. Pengguguran janin tidak sama dengan keguguran. Ada orang yang terpaksa memilih prosedur ini disebabkan pelbagai sebab, antaranya ialah penyakit atau kesihatan ibu yang tidak membenarkan.

Definisi

Apa itu Pengguguran Janin?

Pengguguran adalah kehilangan pada awal kehamilan. Ia menggunakan ubat atau pembedahan untuk membuang janin dan uri daripada rahim. Prosedur ini hanya boleh dilakukan oleh pakar penjagaan kesihatan berlesen.

Apakah kebarangkalian Pengguguran Janin?

Ia merupakan masalah peribadi, bergantung kepada pilihan anda. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor berisiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pengguguran Janin?

Pengguguran Janin

Gejala-gejala pengguguran yang biasa adalah pendarahan, sakit seperti bila datang haid atau ketidakselesaan. Anda mungkin mengalami pendarahan dan sakit seperti bila datang haid sehingga 14 hari selepas apa-apa jenis pengguguran.

Mungkin ada beberapa gejala yang tidak disenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa gejala, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang gejala jangkitan selepas pengguguran janin:

  • Suhu tinggi;
  • Pelepasan faraj atau jangkitan faraj;
  • Sakit perut yang tidak hilang meskipun selepas mengambil ubat tahan sakit.
  • Adalah penting untuk anda berbincang dengan doktor apakah saranan yang terbaik untuk situasi anda.

    Punca

    Apakah Punca Pengguguran Janin?

    Keputusan wanita mengandung untuk kehamilan yang tidak dirancang atau pencegahan kecacatan kelahiran. Pengguguran janin berbeza dengan keguguran janin. 

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya?

    Pengguguran Janin

    Ada banyak faktor risiko untuk pengguguran, seperti:

    • Kegagalan kawalan kelahiran;
    • Pencegahan kecacatan kelahiran;
    • Kehamilan akibat daripada perkosaan atau sumbang muhrim;
    • Keadaan fizikal atau mental yang membahayakan kesihatan wanita jika kehamilan ini diteruskan.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit pengguguran janin didiagnosis?

    Doktor anda akan bertanya mengenai sejarah perubatan anda dan akan melakukan pemeriksaan fizikal. Anda akan melakukan ujian makmal untuk memastikan yang anda mengandung. Anda mungkin juga akan melakukan ultrasound untuk menentukan usia kandungan anda.

    Bagaimana pesakit dirawat?

    Ia bergantung kepada berapa minggu usia kandungan anda.

    • Pengguguran perubatan, seperti misoprostol, mifepristone, methotrexate.
    • Pengguguran pembedahan, seperti aspirasi vakum atau pengembangan dan pemindahan (D&E)

    Selepas 9 minggu, pengguguran menerusi pembedahan adalah satu-satunya pilihan yang ada.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil?

    Pengguguran Janin

    Berikutnya adalah gaya hidup dan rawatan sampingan di rumah yang boleh membantu anda mengelakkan kehamilan:

    • Guna kondom ketika melakukan seks;
    • Mempunyai perancangan kehamilan tertentu.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


    Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 21/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan