Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Pengekalan air, juga dikenali sebagai pengekalan cecair atau edema, merujuk kepada penghasilan cecair di dalam sistem peredaran darah, tisu badan, atau rongga badan yang berlebihan.
Pengekalan air boleh terjadi di mana-mana tempat di dalam badan dan disebabkan oleh pelbagai puncanya.
Pengekalan air adalah lazim berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom yang biasa terjadi kepada pengekalan air ialah bengkak pada satu bahagian badan atau lebih kerana cecair terperangkap, terutama sekali di kawasan buku lali dan kaki.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Terdapat banyak kemungkinan sebab berlakunya pengekalan air, termasuklah:
Kapilari
Cecair yang kaya dengan nutrisi, vitamin, dan oksigen sentiasa melalui salur darah kecil (kapilar) kepada tisu sekitarnya – cecair ini dipanggil cecair interstitial.
Cecair interstitial menghantar nutrisi kepada sel dan kemudiannya kembali ke dalam kapilari. Pengekalan air berlaku sekiranya tekanan di dalam kapilari berubah.
Pengekalan air juga mungkin berlaku jika terdapat sesuatu yang menjadikan dinding kapilari bocor. Sekiranya sesuatu berlaku terhadap tekanan atau dinding bocor, cecair lebihan akan dihantar ke ruang di antara sel.
Sekiranya terlalu banyak cecair yang dihantar, semakin banyak yang akan berada di dalam tisu, tidak pulang ke dalam kapilari semula, menyebabkan bengkak dan pengekalan air.
Sistem limfatik
Sistem limfatik akan mengalirkan cecair daripada tisu (limfa) ke dalam saluran darah. Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak cecair yang dialirkan pada mulanya, sistem limfatik akan terjejas – ia tidak dapat mengalirkan cecair itu semula ke dalam tisu dalam masa tertentu, dan ia akan terkumpul di dalam tisu.
Kadang-kadang, sekiranya sistem limfatik tersumbat, kadar cecair kembali semula ke dalam saluran darah mungkin berubah. Ini bermakna cecair mungkin akan terkumpul didalam tisu, menyebabkan bengkak pada pelbagai bahagian badan, termasuklah abdomen, buku lali, kaki dan tapak kaki.
Jantung
Tekanan di dalam salur darah yang biasa dikawal oleh kuasa mengepam jantung sebahagiannya. Walaupun begitu, jika jantung gagal berfungsi, tekanan darah akan berubah, selalunya akan menyebabkan pengekalan air yang serius.
Kebiasaannya, kaki, dan buku lali akan membengkak. Cecair juga akan terhasil dalam paru-paru, mengakibatkan batuk yang berpanjangan dan/atau sukar bernafas.
Kegagalan jantung kongestif boleh menyebabkan masalah pernafasan, termasuklah stres yang berlebihan terhadap jantung. Pesakit selalunya akan diberikan diuretik. Diuretik ialah sesuatu yang menggalakkan penghasilan air kencing oleh buah pinggang – dalam erti kata lain, sesuatu yang membantu menyahkan air.
Buah pinggang
Darah ditapis di dalam buah pinggang – sisa buangan, cecair dan bahan lain akan disaring dan melalui tubuh yang halus; dari situ, salur darah akan menyerap semula apa sahaja yang berguna kepada tubuh badan. Apa yang tidak boleh digunakan oleh badan – air- dibuang ke dalam air kencing.
Dalam kebanyakan kes, buah pinggang boleh membuang kesemua sisa buangan yang dihasilkan tubuh badan. Meskipun begitu, sekiranya peredaran darah ke buah pinggang terganggu, masalah akan timbul. Contohnya, dalam kegagalan buah pinggang, bahan buangan, termasuklah cecair, tidak boleh dibuang daripada badan dengan sempurna, mengakibatkan pengekalan air.
Kehamilan
Rahim akan menekan salur darah vena di dalam pelvis yang menyebabkan penghasilan air dalam badan ketika mengandung. Dalam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan kerana ia akan hilang selepas bayi bersalin.
Tidak bersenam
Bersenam membantu darah dalam saluran vena kaki pulang semula ke jantung. Sekiranya darah tidak bergerak dengan pantas, ia akan terkumpul di dalam kaki, menyebabkan tekanan kapilari meningkat. Cecair akan keluar daripada kapilari pada kadar yang laju disebabkan oleh tekanan yang tinggi.
Semakin tinggi tekanan maka semakin sukarlah cecair untuk masuk semula ke dalam kapilari.
Senaman adalah peting untuk merangsang sistem limfatik untuk berfungsi dengan mengawal lebihan cecair – membawa lebihan cecair ke dalam saluran darah pada kadar yang mengawal tahap air di dalam badan. Penerbangan yang mengambil masa yang panjang boleh meningkatkan risiko pengekalan air.
Semasa di dalam penerbangan yang lama, pergerakan kecil, seperti berdiri menggunakan jari kaki beberapa kali, menggerakkan buku lali dan menggoyangkan jari kaki boleh mengurangkan pengekalan air.
Protein
Manusia memerlukan protein dalam kadar yang tertentu untuk keseimbangan air dalam badan yang efektif. Seseorang yang mengalami kekurangan protein yang serius akan mempunyai masalah membawa air daripada ruangan tisu kembali ke dalam kapilari. Seseorang yang kebuluran akan mempunyai organ yang membesar kerana kekurangan protein di dalam dietnya.
Histamin
Apabila keradangan berlaku kepada tubuh badan, histamin akan dirembeskan. Histamin menyebabkan ruang di antara sel dinding kapilari membesar, mengakibatkan kebocoran. Tujuan histamin dihasilkan adalah memudahkan sel darah putih sampai ke kawasan jangkitan untuk melawan kuman. Meskipun begitu, jika keradangan berpanjangan, pengekalan air boleh menjadi masalah.
Sesetengah ubat akan menyebabkan pengekalan air, termasuklah:
Pengekalan air pre-menstrual
Pengekalan air pre-menstrual boleh menyebabkan buah dada membengkak dan sakit. Pakar berpendapat ia adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dan beberapa faktor nutrisi:
Sila berhubung doktor anda untuk maklumat lanjut.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Jika seseorang mengalami pengekalan air, mereka boleh melawat doktor yang bertauliah untuk mendapatkan diagnosis. Keadaan kesihatan ini selalunya disebabkan oleh penyakit yang tersembunyi. Untuk merawat penyakit yang tersembunyi ini, doktor perlu menjalankan beberapa ujian.
Apabila pengekalan air berlaku di dalam peparu, doktor mungkin akan menjalankan X-ray dada untuk melihat samada individu tersebut mempunyai pneumonia atau air di dalam peparu. Sekiranya cecair dapat dilihat, ia menunjukkan tanda-tanda seseorang itu mempunyai masalah kardiovaskular. Apabila badan tidak boleh membawa nutrisi melalui salur darah, cecair akan terkumpul di dalam paru-paru.
Kebanyakan doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal pada permulaan dan bertanya kepada sejarah kesihatan. Pemeriksaan fizikal akan melihat kepada kewujudan pengekalan air dan simptom yang lain. Sebarang simptom yang lain boleh membantu doktor mendiagnosis keadaan kesihatan yang ada. Untuk memudahkan kerja doktor, pesakit haruslah memberi penerangan tentang simptom yang dialami dengan berhati-hati. Sejarah kesihatan amat membantu. Terdapat banyak masalah kesihatan yang berlaku di kalangan ahli keluarga. Dengan memberikan sejarah kesihatan yang betul, doktor boleh melihat kepada penyakit yang menyebabkan pengekalan air. Sebagai tambahan, ia membantu doktor menjimatkan masa daripada melakukan pemeriksaan yang tidak diperlukan dengan melihat kepada persamaan penyakit di kalangan ahli keluarga.
Apabila sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal telah siap, doktor mungkin akan menjalankan ujian selanjutnya. Kebanyakan kes berlaku akibat daripada masalah jantung atau hati. Organ ini amat penting kepada tubuh badan untuk membuang sisa buangan dan memproses cecair. Untuk mendiagnosis kes ini, doktor mungkin akan bermula dengan ujian fungsi hati. Doktor akan melihat kepada keadaan seperti cirhosis atau hati berlemak. Sesetengah orang akan mengalami pengekalan air apabila hati mereka tidak berfungsi dengan betul. Apabila keputusan ujian siap, doktor boleh merawat pesakit mengikut keadaan yang berlaku. Sebagai tambahan, doktor mungkin akan memilih untuk menjalankan ujian air kencing dan ujian fungsi buah pinggang.
Ujian darah hematologi akan melihat kepada keadaan kesihatan seperti anemia dan dehidrasi. Lazimnya, ia akan menguji kiraan sel darah dan profil penuh sel darah. Maklumat ini kemudiannya digunakan untuk mencari penyakit yang tersembunyi. Sekiranya seseorang itu dehidrasi atau kurang zat, doktor akan menyuruh pesakit mengubah diet atau hidrasi. Dehidrasi boleh menyebabkan pengekalan air, maka doktor akan memastikan supaya ini tidak menjadi sebabnya sebelum memberikan sebarang ubat.
Dengan melihat kepada sejarah kesihatan pesakit, doktor boleh mengagak kecenderungan genetik terhadap penyakit jantung. Di dalam tubuh badan manusia, jantung bertanggungjawab untuk mengepam darah ke seluruh badan. Darah akan membuang sisa buangan dan bahan toksin sambil menyediakan nutrisi kepada tisu. Sekiranya jantung tidak berfungsi dengan betul, darah tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna. Lama-kelamaan, pengekalan air atau penghasilan air dalam peparu akan berlaku. Untuk mencari masalah ini, doktor akan menjalankan ujian fungsi jantung seperti elektrokardiogram. Doktor akan melihat kepada sejarah kesihatan keluarga dan mungkin akan menyuruh pesakit memakai heart rate monitor untuk jangka masa tertentu.
Rawatan kepada pengekalan air bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah punca asalnya.
Rawatan Kapillari bocor
Dalam kes ini, tisu akan mengekalkan air dan protein. Diuretik akan menyebabkan buah pinggang untuk membuang air daripada darah dengan lebih laju, protein di dalam ruangan tisu juga akan menarik air daripada darah ke dalam tisu pada masa yang sama – menyebabkan dehidrasi di dalam darah. Akhirnya, diuretik akan menjadikan pengekalan air bertambah teruk.
Doktor akan merawat sebab berlakunya kebocoran pada kapilari. Sebagaimana ia berkaitan dengan masalah protein, ubat akan diberikan untuk memecahkan protein dalam ruangan tisu.
Ia adalah sukar kepada doktor untuk membezakan masalah kebocoran kapilari dan pengekalan air bukan disebabkan kebocoran kapilari.
Mengurangkan simptom pengekalan air
Rawatan berikut boleh mengurangkan simptom pengekalan air:
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengurangkan pengekalan air:
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berbincang doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau sebarang rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen