backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pemulihan Payudara

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

Ketahui asas-asasnya

Apakah Pemulihan Payudara?

Pemulihan payudara adalah pembedahan untuk mencipta semula bentuk payudara selepas anda menjalani mastektomi, yang bermaksud membuang seluruh payudara anda. Pakar bedah anda akan menggunakan implan payudara atau pengembang tisu, implan yang diperkembangkan, untuk mencipta semula bentuk payudara.

Mengapakah Pemulihan Payudara dijalankan?

Pemulihan payudara adalah prosedur yang sangat peribadi. Anda patut melakukannya untuk diri sendiri, bukan untuk memenuhi keinginan orang lain atau cuba untuk memadankan rupa imej yang sesuai.

Pemulihan payudara adalah pilihan yang baik untuk anda jika:

  • Anda dapat mengatasi dengan baik diagnosis dan rawatan anda.
  • Anda tidak mempunyai keadaan perubatan tambahan atau lain-lain penyakit yang mungkin menjejaskan penyembuhan.
  • Anda mempunyai pandangan positif dan matlamat yang realistik untuk memulihkan imej payudara dan badan anda.

Fahami risiko

Apakah risiko-risiko Pemulihan Payudara?

Kelemahan utama menggunakan implan adalah payudara tidak kelihatan atau merasa seperti payudara semulajadi, terutamanya selepas penuaan atau perubahan pada berat badan anda.

Bergantung pada jenis pemulihan yang anda pilih, anda mungkin mempunyai parut pada payudara anda dan bahagian lain pada badan anda. Kaedah pemulihan sebenarnya bergantung pada jenis masalah. Tiada kaedah tunggal yang sesuai untuk semua wanita.

Penggunaan implan membawa kepada risiko keteguhan payudara (kontraksi kapsular) dan implan pecah.

Beberapa kesan sampingan yang berlaku dalam bulan-bulan pertama selepas pembedahan termasuk:

  • Pin dan jarum merentasi dada.
  • Kebas pada ketiak dan lengan – pembedahan boleh merosakkan saraf menyebabkan kebas. Ini boleh diperbaiki namun mungkin tidak akan hilang sepenuhnya. Latihan bahu boleh membantu.
  • Seroma – cecair boleh mengumpul di dalam atau sekitar parut dan boleh kekal sehingga enam minggu selepas pembedahan. Doktor atau jururawat payudara anda boleh menyalirkan cecair.
  • Bahu kaku – senaman boleh membantu mencegah atau menguruskan hal ini. Ahli fisioterapi atau ahli terapi pekerjaan anda boleh membantu.
  • Lymphoedema – bengkak pada lengan, jika kelenjar limfa di ketiak telah dikeluarkan.
  • Sakit pada payudara.
  • Perubahan pada keseimbangan kerana berat salah satu payudara telah hilang.
  • Keletihan, kemurungan dan kebimbangan – bercakap dengan pasukan perubatan anda tentang bagaimana anda boleh menguruskan gejala ini jika ia berlaku.

Adalah penting untuk anda memahami risiko-risiko dan kerumitan sebelum menjalani pembedahan ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Ketahui apa yang berlaku

Bagaimanakah saya bersedia untuk Pemulihan Payudara?

Pembedahan dilakukan di bawah anestetik am. Sebelum pembedahan pemulihan payudara, anda mungkin diminta untuk:

  • Dapatkan ujian makmal atau penilaian perubatan;
  • Ambil ubat tertentu atau selaraskan ubat-ubatan anda sekarang;
  • Berhenti merokok sebelum pembedahan;
  • Elakkan mengambil aspirin, ubat anti-keradangan dan makanan tambahan herba kerana ia boleh meningkatkan pendarahan.

Apa yang berlaku semasa Pemulihan Payudara?

Beg khas yang dikenali sebagai pengembang tisu dimasukkan di bawah kulit dan otot dada, dan secara beransur-ansur diisi dengan saline (melalui suntikan kecil yang tidak menyakitkan, sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan) untuk menggalakkan ‘poket’ kulit. Setelah poket cukup besar, pembedahan kedua dilakukan dan pengembang tisu dikeluarkan dan silicon atau saline atau implan payudara dimasukkan.

Implan saline lebih mudah terdedah kepada pengempisan daripada silikon, dan pembedahan berikutnya untuk menggantikan implan mungkin diperlukan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apa yang berlaku selepas Pemulihan Payudara?

Anda sepatutnya sudah boleh pulang ke rumah selepas dua atau tiga hari dan kembali kepada aktiviti harian selepas empat ke enam minggu.

Anda perlu memakai bra yang lembut, padan. Ia akan membantu anda melegakan sebarang ketidakselesaan.

Senaman kerap sepatutnya membantu anda untuk kembali ke aktiviti harian secepat mungkin. Sebelum anda mula bersenam, tanya pasukan penjagaan kesihatan atau doktor anda untuk nasihat.

Jika pakar bedah anda perlu menggunakan pengembang tisu, anda perlu kembali ke klinik secara kerap. Bentuk payudara yang dipulihkan mengambil masa beberapa minggu untuk menyesuaikannya. Ia boleh mengambil masa sehingga setahun untuk anda membiasakan payudara yang dipulihkan sebagai sebahagian diri anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan