backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pemfigus Vulgaris

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Bashirouh · Disemak pada 23/07/2021

Pemfigus Vulgaris

Penyakit kulit pemfigus vulgaris merupakan sejenis kondisi yang serius dan jarang berlaku. Ia menyebabkan lepuh yang teruk pada lapisan dalam mulut, hidung, tekak dan alat sulit. 

Malah, lepuh ini juga amat sensitif dan mudah terluka. Akibatnya, kawasan kulit tersebut akan terkopek dan sukar untuk sembuh. Buat masa ini, tidak ada sebarang rawatan untuk penyakit kulit pemfigus vulgaris. Namun, rawatan yang sedia ada mampu mengawal simptom yang pesakit alami.

Definisi

Apa itu penyakit kulit pemfigus vulgaris

Pemfigus vulgaris adalah gangguan autoimun yang jarang.  Penyakit ini menyebabkan lepuh atas kulit atau mulut. Lepuh ini membesar secara perlahan, pecah dan menyebabkan parut.

Apakah kebarangkalian penyakit ini?

Penyakit kulit pemfigus vulgaris selalunya berlaku kepada orang yang berusia tengah, lelaki dan wanita. Ini boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila bincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Penyakit kulit pemfigus vulgaris

Apakah simptom-simptom Pemfigus Vulgaris?

50% daripada pesakit akan mendapat simptom pertama, termasuklah lepuh atau ulser dalam mulut. Ramai orang tidak boleh makan kerana lepuh mulut, menjadi lemah dan penat, dan hilang berat badan.

Sebagai kesannya, ini boleh menyebabkan dehidrasi dan malnutrisi. Kemudian lepuh akan merebak di kulit. Lepuh dan ulser ada ciri-ciri seperti mudah berkerak, dan kemudian meninggalkan parut.

Mungkin terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai diatas. Jika anda ada sebarang kebimbangan mengenai suatu simptom, sila rujuk doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika terdapat lepuh di mulut atau kulit. Jika anda didiagnosis dan ada pemfigus vulgaris, hubungi doktor anda jika mempunyai simptom-simptom berikut:

  • Ulser dan lepuh baru;
  • Ulser merebak dengan cepat;
  • Demam;
  • Sejuk;
  • Sakit di otot atau sendi.

Setiap tubuh badan adalah berbeza. Langkah yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Pemfigus Vulgaris?

Pemfigus vulgaris adalah penyakit autoimun, sistem imunisasi akan melepaskan antibodi untuk memecahkan hubungan antara sel-sel kulit. Sebab yang sebenar belum dikenalpasti. Lebihan lagi, sesetengah ubat seperti penisilamina atau anti-ACE boleh menyebabkan pemfigus vulgaris.

Faktor-faktor Risiko

Penyakit kulit pemfigus vulgaris

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pemfigus Vulgaris?

Terdapat banyak faktor risiko penfigus vulgaris, seperti:

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pemfigus Vulgaris didiagnosis?

Rawatan untuk mengurangkan simptom-simptom termasuklah;

  • Ambil antibiotik atau antikulat untuk mengawal dan mengelakkan jangkitan.
  • Menghantar air atau elektrolit melalui urat.
  • Guna anestetik untuk mengurangkan sakit dalam mulut.
  • Guna anti-radang.
  • Guna ubat imunopenindasan seperti azatioprina, methotrexate, cyclosporine, cyclophosphamide, mycophenolate mofetil, or rituximab.
  • Guna antibiotik seperti minocycline dan doxycycline atau imunoglobulin intravena.
  • Penapis plasma; kemajuan yang menapis kesemua antibodi yang menyebabkan pemfigus vulgaris. Darah yang ditapis akan kembali ke badan.
  • Guna krim kesihatan untuk rawatan.

Sebagai tambahan, anda perlu mengekalkan kebersihan untuk luka dan basuh tangan anda dengan kerap untuk mengelak jangkitan.

Bagaimana pesakit dirawat?

Doktor anda akan mendiagnosis berdasarkan simptom-simptom anda. Sebagai tambahan, doktor akan mendiagnosis jika ada mempunyai pemfigus vulgaris melalui cara-cara dibawah;

  • Memerisa kulit terkupas untuk tentukan jika tanda nikolsku wujud.
  • Ujian darah; untuk tentukan sekiranya antibodi desmoglein wujud.
  • Biopsi kulit.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Penyakit kulit pemfigus vulgaris

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pemfigus Vulgaris?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi pemfigus vulgaris:

  • Membuat temujanji rawatan susulan untuk memerhati progres bagi simptom-simptom termasuklah keadaan kesihatan anda.
  • Ambil ubat seperti yang ditetapkan, jangan berhenti mengambil ubat anda atau mengubah dos melainkan atas kebenaran doktor.
  • Maklumkan doktor tentang ubat yang anda ambil.
  • Membuat diet yang seimbang. Ikut cecair atau diet lembut jika perlu.
  • Ikut arahan doktor untuk membersihkan luka.
  • Telefon doktor anda jika anda tanda-tanda jangkitan seperti kemerahan, nanah, sakit atau bengkak.
  • Guna tuala, balutan dan pakaian yang dicuci.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Bashirouh · Disemak pada 23/07/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan