backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pemeriksaan kimia darah

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Yusrie Sabrie · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Pemeriksaan kimia darah?

Pemeriksaan kimia darah mengukur tahap beberapa bahan dalam darah (seperti elektrolit). Ia akan memberitahu doktor anda mengenai kesihatan umum anda, mencari masalah tertentu, dan memeriksa sekiranya rawatan untuk masalah tertentu berkesan. Ujian darah ini akan mengukur tahap kandungan elektrolit dan kimia-kimia, termasuk yang berikut;

  • Glukos, atau gula dalam darah, ia diuraikan dalam sel tubuh untuk membekalkan tenaga. Tahap yang tinggi munkin disebabkan diabetes atau pengambilan ubat-ubatan seperti steroid.
  • Tahap sodium dalam darah menunjukkan keseimbangan di antara sodium dan pengambilan air dan perkumuhan. Tahap sodium tidak normal dalam darah mugkin menunjukkan kegagalan hati atau buah pinggang atau dehidrasi.
  • Potassium memainkan peranan penting untuk mengawal aktiviti otot, termasuk penguncupan hati. Kegagalan buah pinggang juga muntah dan cirit birit mungkin juga menyumbang kepada tahap tidak normal.
  • Tahap klorida boleh naik dan turun selari dengan tahap sodium bagi mengekalkan tahap neutral elektirik. Beberapa gangguan mungkin mengubah tahap klorida, termasuk disfungsi buah pinggang, penyakit adrenal, muntah, cirit birit dan kegagalan jantung kongestif.
  • Karbon dioksida (CO2) berfungsi sebagai system penyangga bagi membantu mengekalkan keseimbangan asid-bes dalam darah. Penyakit pernafasan, gangguan buah pinggang, muntah yang teruk, cirit birit dan jangkitan yang teruk boleh menyebabkan tahap tidak normal.
  • Nitrogen urea darah (BUN) memberi ukuran kasar kadar penapisan glomerular, kadar darah ditapis di seluruh saluran darah kecil di buah pinggang. Tahap BUN yang tinggi menunjukkan disfungsi buah pinggang.
  • Creatinine – iaitu produk penguraian creatine, suatu komponen penting dalam otot – dikeluarkan secara khusus oleh buah pinggang. Tahap serum creatinine dianggap sebagai ujian darah paling sensitive untuk fungsi buah pinggang.

Sebahagian pemeriksaan kimia akan melihat kepada lebih banyak bahan dalam dara berbanding yang lain. Pemeriksaan kimia paling lengkap (dipanggil chem.-20, SMA-20 atau SMAC-20) akan menilai 20 jenis kandungan dalam darah. Pemeriksaan jenis lain (seperti SMA-6, SMA-7 atau SMA-12) adalah kurang berbanding itu. Jenis pemeriksaan kimia adalah bergantung kepada informasi yang diperlukan oleh doktor.

Mengapa pemeriksaan kimia darah dilaksanakan?

Kebiasaannya ujian-ujian ini dijalankan apabila anda menjalani pemeriksaan fizikal. Sekiranya anda sakit, keputusan pemeriksaan kimia ini akan membantu bagi menentukan rawatan yang bersesuaian bagi anda.

Perkara-perkara yang perlu diketahui terlebih dahulu

Apakah perkara yang perlu diketahui sebelum menerima pemeriksaan kimia darah?

Terdapat pelbagai jenis ubatan yang mampu mengubah tahap elektrolit, nitrogen urea darah dan creatinine dan mengganggu keputusan ujian ini.

Pengambilan licorice yang berlebihan atau pengunaan ethylene glycol atau metal alkohol yang tidak sengaja boleh menjejaskan keseimbangan asid-bes dan mengubah tahap karbon dioksida.

Pengambilan daging yang berlebihan mampu menyebabkan peningkatan serum creatinine.

Diet tinggi protein, pendarahan gastrousus atau dehidrasi meningkatkan tahap nitrogen urea darah, manakala diet rendah protein atau hidrasi berlebihan akan menurunkan tahap nitrogen urea darah.

Ketahui apa yang terjadi

Bagaimana persediaan untuk pemeriksaan kimia darah?

Sebelum menjalankan ujian apa yang anda harus lakukan ialah;

  • Melaporkan kepada doktor sebarang pengambilan ubat-ubatan, herba, atau makanan tambahan. Anda mungkin dinasitkan untuk menghentikan seketika pengambilan sebahagian agen ini sebelum ujian.
  • Mengelakkan diet yang kaya dengan daging sebelum ujian nitrogen urea darah.
  • Tiada sebarang langkah berjaga-jaga diperlukan sebelum ujian untuk sodium, potassium, klorida, karbon dioksida atau creatinine.
  • Jangan mengambil alkohol sebelum ujian.

Apa yang berlaku ketika pemeriksaan kimia darah?

Pakar perubatan yang mengambil darah akan;

  • Membalut gelung elastik di bahagian atas lengan untuk menghentikan pengaliran darah. Ini membuatkan saluran darah membesar dan memudahkan proses memasukkan jarum ke dalam saluran darah.
  • Membersihkan kawasan suntikan dengan alkohol.
  • Suntikan jarum ke dalam urat. Suntikan mungkin melebihi sekali sekiranya perlu.
  • Sambungkan tiub untuk mengutip sampel darah.
  • Buang gelung elastik di sekeliling lengan selepas mendapat darah yang mencukupi.
  • Memasang pembalut atau kapas pada kawasan suntikan.
  • Menekan bahagian tadi dan meletakkan pembalut.

Apa yang berlaku selepas pemeriksaan kimia darah?

Gelung elastik akan dibalut di bahgian atas lengan. I akan dipasang ketat. Anda mungkin tidak merasai apa-apa ketika jarum dimasukkan, atau akan merasa seperti sengatan atau dicubit.

Anda boleh membuang tape dan kapas selepas kira-kira 20 ke 30 minit. Anda akan diberikan tarikh untuk menerima keputusan ujian. Doktor anda akan menjelaskan maksud keputusan ujian anda. Anda harus mengikuti arahan doktor seterusnya.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai pemeriksaan kimia darah, sila berbincang dengan doktor anda untuk memahami arahan untuk anda.

Memahami keputusannya

Bagaimana mentafsir keputusan ujian?

Nilai normal mungkin berbeza mengikut makmal dan bergantung kepada jenis ujian yang termasuk dalam pemeriksaan kimia anda.Keputusan ujian biasanya diperoleh selepas 1 ke 2 hari.

Banyak keadaan boleh mengubah tahap ujian pemeriksaan kimia. Doktor akan memberitahu anda mengenai keputusan yang tidak normal yang mungkin berkait dengan simptom yang anda hadapi atau sejarah perubatan anda.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal pemeriksaan kimia darah mungkin berbeza. Sila berbincang dengan doktor jika terdapat sebarang soalan mengenai keputusan ujian anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Yusrie Sabrie · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan