Apa itu Pembedahan Pintasan Femoral Popliteal?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Pembedahan Pintasan Femoral Popliteal?

Pembedahan pintasan femoral popliteal adalah prosedur untuk merawat arteri yang sempit di kaki anda. Ini merupakan keadaan biasa yang disebabkan oleh aterosklerosis – keadaan di mana bahan lemak yang abnormal (digelar ateroma) menyelaputi pada bahagian dalam arteri, mengakibatkan saluran arteri sempit dan ‘mengeras.’

Apabila arteri pada kaki anda terlibat, anda akan berasa sakit di bahagian belakang kaki anda ketika anda sedang berjalan. Sekiranya bekalan darah terus menjadi semakin teruk, ulser atau bahkan lebih teruk gangren akan terjadi pada jari kaki atau kaki anda. Anda akan mendapat manfaat daripada pembedahan ini jika anda menghidapi penyakit yang teruk dan rawatan tanpa pembedahan gagal meningkatkan bekalan darah pada kaki anda.

Mengapa Pembedahan Pintasan Femoral Popliteal dilakukan?

Pintasan femoral-popliteal dilakukan pada individu yang mempunyai arteri femoral atau popliteal yang sempit atau tersumbat, yang mana dekat dengan permukaan kaki. Kebiasaannya, sekatan akan mengakibatkan simptom-simptom yang ketara atau terdapat anggota yang terancam sebelum pembedahan pintasan dipertimbangkan.

Doktor anda akan menyarankan supaya anda mencuba program senaman dan ubat-ubatan sebelum mereka mengesyorkan anda menjalani pembedahan ini. Mereka mungkin juga menyarankan kaedah angioplasti (meregang arteri menggunakan belon) sebelum pembedahan pintasan femoral popliteal dilakukan.

Fahami Risiko-risikonya

Apakah risiko bagi pembedahan pintasan femoral popliteal?

Berikut merupakan risiko bagi pembedahan pintasan femoral popliteal:

  • Infraksi miokardium (serangan jantung);
  • Aritma kardia (degupan jantung tidak sekata);
  • Hemoraj (pendarahan);
  • Jangkitan pada luka;
  • Edema pada kaki (kaki membengkak);
  • Trombosis (darah beku pada kaki);
  • Edema pulmonari (air di dalam paru-paru)
  • Pendarahan pada tempat kateter dimasukkan (biasanya pada lipatan peha) selepas prosedur PTA;
  • Darah beku atau kecederaan pada saluran darah di tempat kateter dimasukkan (PTA);
  • Stenosis semula (sekatan pada saluran darah selepas prosedur PTA);
  • Kecederaan saraf;
  • Graf tersumbat (sekatan di dalam graf yang digunakan dalam pembedahan pintasan).

Penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani prosedur ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut

Proses

Bagaimana Persedian untuk Pembedahan Pintasan Femoral Popliteal?

Anda mesti berbincang dengan doktor anda mengenai ubat yang sedang anda ambil, alahan atau sebarang keadaan kesihatan anda dan sebelum menjalani pembedahan, anda akan berjumpa dengan ahli anestetik dan merancang kaedah anestetik anda bersama. Penting untuk anda mengikut semua arahan mengenai bila perlu berhenti makan dan minum sebelum pembedahan.

Sebagai tambahan kepada sejarah perubatan yang lengkap, doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal bagi memastikan anda mempunyai kesihatan yang baik sebelum menjalani prosedur. Anda juga boleh melakukan ujian darah dan ujian diagnostik lain.

Doktor anda mungkin menyarankan agar mengambil aspirin sebelum prosedur dilakukan.

Anda akan diminta berpuasa selama lapan jam sebelum prosedur dilakukan, biasanya selepas tengah malam.

Jika anda hamil, atau anda rasa anda hamil, anda perlu memberitahu pembekal penjagaan kesihatan anda.

Apa yang terjadi semasa Pembedahan Pintasan Femoral Popliteal dilakukan?

Pelbagai teknik anestesia boleh dilakukan. Pembedahan selalunya mengambil masa satu hingga 5 jam.

Doktor bedah anda akan membuat bukaan pada lipatan peha anda di atas arteri biasa femoral. Mereka akan membuat satu lagi bukaan pada arteri popliteal, biasanya pada sebelah dalam di bahagian bawah kaki anda.

Doktor bedah akan menjahit graf pintasan ke atas arteri biasa femoral dan kemudian ke atas arteri pada bahagian bawah kaki anda. Darah boleh mengalir melalui graf, memintas arteri yang tersumbat.

Jika anda ada sebarang soalan atau kebimbangan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apakah yang terjadi selepas Pembedahan Pintasan Femoral Popliteal?

Anda dibenarkan pulang ke rumah selepas lima hingga tujuh hari.

Doktor bedah anda akan memberitahu bila anda boleh kembali berkerja.

Bersenam secara berkala dapat membantu anda untuk kembali melakukan aktiviti normal secepat yang boleh. Sebelum mula bersenam, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Kebanyakan orang boleh kembali melakukan aktiviti normal mereka. Doktor bedah anda akan mengesyorkan anda rawatan ubat penipis darah bagi memastikan graf yang dipasang tahan lebih lama.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Jun 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.