backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ada Benjolan Di Bawah Testis? Mungkin Anda Perlu Jalani Pembedahan Benjolan Benigna Skrotum Ini!


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 09/12/2021

Ada Benjolan Di Bawah Testis? Mungkin Anda Perlu Jalani Pembedahan Benjolan Benigna Skrotum Ini!

Awas jika anda perasan terdapat benjolan di bawah testis. Keadaan ini mungkin memerlukan pembedahan benjolan benigna skrotum.

Jom ketahui lebih lanjut mengenainya..

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Ketahui asas-asasnya

Apa itu Pembedahan Benjolan Benigna Skrotum?

Benjolan benigna skrotum adalah benjolan yang muncul di skrotum tetapi bukan merupakan kanser.

Dalam kebanyakan kes, benjolan tidak menyebabkan gejala dan tidak memerlukan sebarang rawatan atau intervensi, tetapi ada gejala yang menyebabkan gejala dan memerlukan rawatan dengan pembedahan.

Terdapat dua jenis ketulan iaitu:

  • Hidrosel: cecair berkumpul di kapsul yang meliputi testis.
  • Sista epididimis: cecair berkumpul di epididimis (struktur berbentuk tiub yang mengandungi sperma).

Mengapa Pembedahan ini perlu dilakukan?

Sekiranya benjolan itu besar, pembedahan dapat mengurangkan rasa yang tidak selesa dan memudahkan anda untuk bergerak.

Secara umum, benjolan di bawah testis boleh dibiarkan begitu sahaja (tanpa berbuat apa-apa) atau pembedahan, diperbaiki atau disalirkan, bergantung kepada:

  • Ketidakselesaan atau sakit atau tidak;
  • Ianya meningkatkan risiko ketidaksuburan atau tidak;
  • Ada jangkitan atau tidak
  • pembedahan benjolan benigna skrotum

    Fahami Risiko

    Apakah risiko selepas menjalani pembedahan ini?

    Sekiranya anda ingin mempunyai anak, adalah lebih baik anda tidak melakukan apa-apa sekiranya muncul benjolan pada epididimis. Pembedahan epididimis boleh meninggalkan parut dan mengurangkan kesuburan.

    Cecair boleh disalirkan dengan sedutan jarum tetapi ia sering akan menumpuk semula. Anda juga boleh disuntik untuk mengelakkan penumpukan.

    Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut

    Baca juga:

    https://wp.hellodoktor.com/kesihatan-lelaki/lelaki-lain/punca-testis-bengkak/

    Ketahui apa yang berlaku

    Apakah persediaan yang saya harus lakukan sebelum menjalani Pembedahan Benjolan Benigna Skrotum?

    Doktor anda akan memberi arahan khusus untuk persediaan, termasuk apa yang anda boleh makan beberapa jam sebelum pembedahan.

    Dalam kebanyakan kes, anda perlu berpuasa selama kira-kira 6 jam. Anda boleh minum, seperti kopi, beberapa jam sebelum pembedahan.

    Anda harus berbincang dengan doktor tentang ubat-ubatan yang anda gunakan baru-baru ini, alahan atau keadaan perubatan anda yang lain.

    Tambahan lagi, anda akan bertemu dengan pakar bius untuk memilih anestesia yang akan digunakan sebelum pembedahan.

    Adalah penting bagi anda untuk mengikuti arahan mengenai masa puasa sebelum pembedahan.

    pembedahan benjolan benigna skrotum

    Apa yang berlaku semasa Pembedahan Benjolan Benigna Skrotum?

    Biasanya prosedur ini mengambil masa selama 20-50 minit.

    Pakar bedah akan membuat insisi kecil pada skrotum anda. Untuk kes hidrosele, doktor akan menyalirkan cecair keluar dari kantung dan memotong atau menjahitnya.

    Untuk kes-kes sista epididimis, doktor akan membuang sista epididimis. Doktor mungkin mengeluarkan sebahagian epididimis atau epididimis secara keseluruhannya.

    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

    Pemulihan

    Apa yang berlaku selepas Pembedahan Benjolan Benigna Skrotum?

    Selepas pembedahan membuang benjolan di bawah testis, jarang ada komplikasi atau pendarahan ke dalam tisu skrotum.

    Jika terdapat sebarang komplikasi, rawatannya juga sangat mudah.

    Komplikasi biasa setiap pembedahan:

    • Sakit

    pembedahan benjolan benigna skrotum

    Komplikasi spesifik pembedahan benjolan benigna skrotum:

    Ini adalah salah satu sebab utama mengapa pembedahan ini tidak dicadangkan secara meluas melainkan jika anda mengalami gejala teruk yang menjejaskan kualiti hidup anda.

    Anda boleh pulang ke rumah pada hari yang sama atau keesokan harinya. Biasanya anda boleh kembali bekerja selepas dua hingga empat minggu.

    Bersenam dengan kerap akan membantu anda kembali ke aktiviti normal secepat mungkin. Sebelum memulakan latihan, anda harus bertanya kepada doktor.

    Sesetengah benjolan mungkin berulang.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


    Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 09/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan