backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Abses (Pembedahan)

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 06/12/2019

Definisi

Apa itu Pembedahan Abses?

Pembedahan abses adalah satu prosedur untuk membuang abses. Abses ialah koleksi nanah yang dikelilingi oleh dinding tisu. Abses berlaku apabila tubuh anda cuba untuk mengawal jangkitan. Ia menyebabkan ketulan yang menyakitkan dan boleh membuat anda berasa tidak sihat. Anda boleh mendapat abses di mana sahaja di badan anda.

Mengapa pembedahan abses dilakukan?

Anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang abses atau penyaliran jika anda mengalami kudis yang lebih besar daripada 1 cm atau kudis terus membesar dan bertambah sakit.

Anda tidak sepatutnya mempunyai abses lagi. Pembedahan harus menghalang komplikasi serius yang disebabkan oleh abses.

Faktor-faktor Risiko

Apakah risiko pembedahan abses?

Sekiranya abses tersebut kecil (rentasannya kurang daripada 1 cm), anda boleh merawatnya di rumah. Menggunakan demahan panas di kawasan itu selama kira-kira 30 minit 4 kali sehari boleh membantu.

Anda tidak boleh cuba menyalirkan abses dengan menekan padanya. Ini boleh menolak bahan yang dijangkiti ke tisu yang lebih dalam.

Jangan mencucuk jarum atau instrumen tajam lain ke kawasan abses kerana anda mungkin mencederakan saluran darah di lapisan bawah atau menyebabkan jangkitan itu tersebar.

Setelah menjalani pembedahan abses, anda boleh mengalami komplikasi seperti:

  • Sakit;
  • Pendarahan;
  • Parut yang hodoh;
  • Gumpalan darah;
  • Abses muncul kembali.

Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum menjalani pembedahan abses?

Abses kecil boleh dibuang di bawah anestetik setempat tetapi kebanyakannya memerlukan anestetik am. Adalah penting untuk mengikut arahan doktor anda tentang bila anda perlu berhenti makan dan minum sebelum pembedahan.

Apakah yang berlaku semasa pembedahan abses?

Pembedahan biasanya mengambil masa selama 10 hingga 20 minit. Pakar bedah anda akan memotong kulit anda di atas kawasan abses. Setelah nanah dikeluarkan, rongga perlu sembuh dari bawah menghala ke atas supaya bukaan di kulit anda dibiarkan terbuka. Sekiranya rongga itu dalam, pakar bedah anda akan meletakkan balutan antiseptik padanya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apakah yang berlaku setelah pembedahan abses?

Kebanyakan orang berasa lebih baik sebaik sahaja abses disalirkan.

Sekiranya anda masih mengalami kesakitan, doktor mungkin mempreskripsikan pil penahan sakit untuk kegunaan di rumah selama 1-2 hari berikutnya.

Anda harus ikut dengan teliti apa-apa arahan yang diberikan oleh doktor anda.

Doktor mungkin telah memberikan arahan tentang cara-cara terbaik untuk membuang pembalut sendiri. Ini mungkin termasuk merendam atau membilas.

Akhir sekali, anda mesti melaporkan apa-apa demam, kemerahan, bengkak, atau rasa sakit yang bertambah kepada doktor anda dengan serta-merta.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 06/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan