Apa itu Pembedahan abdomen untuk Penyakit Crohn?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Pembedahan abdomen untuk Penyakit Crohn?

Pembedahan untuk penyakit Crohn adalah pilihan rawatan untuk menambah baik simptom anda. Ini mungkin melibatkan pembuangan atau pengubahan pencernaan anda. Pembedahan biasanya disyorkan apabila ubat-ubatan dan rawatan lain telah gagal.

Penyakit Crohn adalah keradangan usus anda. Ia menyebabkan dinding usus anda menebal, dan boleh menghalang makanan daripada melalui usus anda. Kawasan yang usus anda yang terjejas juga tidak dapat menyerap nutrien dari makanan anda. Biasanya usus kecil anda yang terjejas tetapi mana-mana bahagian usus anda juga boleh meradang. Sesetengah tanda dan gejala mungkin termasuk:

  • Kesakitan dan kekejangan abdomen;
  • Cirit-birit;
  • Pengurangan berat badan;
  • Keletihan;
  • Demam.

Sekiranya tidak dirawat, gejala anda akan menjadi lebih teruk dan menyebabkan komplikasi pada badan anda. Adalah lebih baik anda bercakap dengan doktor anda untuk membincangkan pilihan rawatan yang tepat untuk anda.

Mengapa Pembedahan abdomen untuk Penyakit Crohn dilakukan?

Anda berkemungkinan besar memerlukan pembedahan kerana sebahagian daripada usus anda menjadi tersumbat. Segmen usus dalam penyakit Crohn melalui kitaran keradangan dan pembaikan. Lama kelamaan, bahagian-bahagian usus menjadi keras. Orang yang mengalami halangan dalam usus mungkin mengalami muntah-muntah, ketegangan, dan sakit perut ketika mereka makan. Sekiranya sumbatan semakin teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan kecemasan.

Anda juga mungkin memerlukan pembedahan sekiranya anda mempunyai:

  • Fistula – terowong yang terbentuk di dalam usus anda atau di antara usus dan organ lain, seperti pundi kencing anda;
  • Pendarahan dalam usus anda;
  • Lubang dalam usus anda;
  • Abses – rongga nanah yang boleh membentuk berhampiran kawasan dubur anda atau di tempat lain.

Faktor-faktor Risiko

Apakah risiko Pembedahan abdomen untuk Penyakit Crohn?

Sebelum menjalani Pembedahan abdomen untuk Penyakit Crohn, anda patut mengetahui perkara berikut :

  • Simptom anda seharusnya bertambah baik. Doktor anda juga boleh mengurangkan atau menghentikan ubat-ubatan anda.
  • Risiko termasuk kebocoran di usus anda, jangkitan di perut anda atau berhampiran luka pembedahan, pembekuan darah di tangan atau kaki anda, dan sumbatan jangka pendek dalam usus anda. Anda juga boleh mendapatkan “sindrom usus-pendek.” Ini bermakna usus anda terlalu pendek untuk menyerap semua nutrien yang anda perlukan.
  • Penyakit Crohn boleh dirawat menggunakan ubat, seperti meclizine, steroid, azathioprine dan infliximab. Ubat-ubatan ini mempunyai kesan sampingan dan doktor dan ahli farmasi anda akan memberikan rundingan yang betul.

Adalah penting untuk diketahui bahawa pembedahan tidak menyembuhkan penyakit Crohn. Selepas bahagian usus yang berpenyakit dikeluarkan, Crohn boleh muncul semula di bahagian lain usus atau di tempat lain.

Terdapat beberapa komplikasi yang mungkin berlaku selepas menjalani pembedahan abdomen untuk penyakit Crohn. Komplikasi ini mungkin termasuk berikut:

  • Jangkitan di kawasan perut.
  • Usus kecil mungkin terhalang dari makanan atau dari tisu parut. Jika halangan itu berasal dari makanan, ia sepatutnya hanya sementara dan berkurang apabila makanan bergerak melalui usus. Sekiranya tiada bahan buangan keluar stoma selama empat hingga enam jam, dan disertai dengan gejala kekejangan dan / atau mual, anda mungkin mengalami sumbatan. Beritahu doktor terus jika anda mengalami gejala ini.
  • Keradangan pada kantung. Simptom-simptom mungkin termasuk cirit-birit, sakit perut kejang, peningkatan kekerapan tinja, demam, dehidrasi, dan sakit sendi. Ini mungkin memerlukan rawatan antibiotik. Sila berunding dengan doktor anda.
  • Sumbatan usus kecil. Ini boleh menyebabkan sakit perut, rasa loya, muntah dan kekejangan abdomen.
  • Abses pelvis dan fistula kantung. Komplikasi ini kurang berlaku dan memerlukan rawatan tambahan.

Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Ketahui apa yang berlaku

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum menjalani Pembedahan abdomen untuk Penyakit Crohn?

Pembedahan dilakukan di bawah anestetik am. Anestesia am melalikan otot-otot di saluran pencernaan dan saluran udara yang menyimpan makanan dan asid di dalam perut dan keluar dari paru-paru anda. Itulah sebabnya adalah penting untuk mengikuti arahan doktor anda tentang bila anda perlu berhenti makan dan minum sebelum pembedahan.

Dalam kebanyakan kes, anda perlu mula berpuasa 6 jam sebelum prosedur anda. Anda mungkin boleh minum cecair sehingga beberapa jam sebelum pembedahan.

Doktor anda mungkin menyuruh anda mengambil ubat-ubatan tertentu semasa anda berpuasa. Bincangkan tentang ubat anda dengan doktor anda.

Anda juga harus bercakap dengan doktor anda tentang ubat-ubatan harian, suplemen dan keadaan badan anda yang lain untuk persediaan yang teliti sebelum pembedahan.

Apa yang berlaku semasa Pembedahan abdomen untuk Penyakit Crohn?

Pembedahan anda bergantung pada lokasi dan keseriusan penyakit anda. Terdapat beberapa jenis pembedahan termasuk:

  • Striktur plasti, yang merupakan prosedur pembedahan untuk meluaskan kawasan sempit usus kecil pada bahagian yang terjejas oleh penyakit ini. Tiada bahagian usus dikeluarkan.
  • Reseksi, iaitu pembuangan bahagian usus yang telah berpenyakit.
  • Kolektomi, iaitu pembuangan kolon (usus besar). Rektum biasanya tidak terjejas. Ia boleh disambungkan ke usus kecil.
  • Proktokolektomi, iaitu pembuangan kolon dan rektum. Sisa pembuangan disalurkan ke dalam beg luaran yang perlu dikosongkan sepanjang hari.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apa yang berlaku selepas Pembedahan abdomen untuk Penyakit Crohn?

Anda sepatutnya boleh balik ke rumah selepas 5 hingga 10 hari. Anda mungkin mengambil masa sehingga 3 bulan untuk anda pulih sepenuhnya. Anda dicadangkan melakukan seperti berikut:

  • Ikut arahan penjagaan selepas penbedahan doktor anda
  • Mengekalkan diet yang seimbang. Ini termasuk makanan dari semua kumpulan utama (bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, susu, dan daging dan kacang). Selepas menjalani kolektomi atau proktolektomi, disyorkan untuk makan diet serat rendah untuk 6 hingga 8 minggu pertama.
  • Kerap bersenam. Ini akan membantu anda kembali ke aktiviti normal secepat mungkin. Sebelum anda mula bersenam, minta nasihat doktor anda.
  • Minum banyak air. Ini akan membantu anda kekal terhidrat. Anda harus mensasarkan 8 hingga 10 gelas sehari.
  • Makan secara kerap – jangan langkau waktu makan. Usus yang kosong akan menghasilkan gas.
  • Apabila menambah makanan baru dalam diet anda, cuba makan sedikit dengan makanan lain yang anda tahu akan mudah dicerna.
  • Makan sedikit dengan kerap. Ingat untuk sentiasa mengunyah sepenuhnya.
  • Anda boleh makan nasi, kentang, atau pasta sekali sehari untuk mengurangkan kekerapan dan kerengsaan usus.
  • Hadkan makanan yang mengandungi gula ringkas. Ia boleh menjadikan cirit-birit anda lebih teruk.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 11, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.