Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Pembaikan hernia femoral atau buang hernia femoral adalah prosedur bagi merawat hernia femoral. Hernia femoral merupakan keadaan biasa yang berlaku disebabkan oleh kelemahan pada dinding abdomen anda, berdekatan dengan terowong femoral. Jika dibiarkan tanpa rawatan, hernia femoral boleh menyebabkan komplikasi yang serius.
Titik lemah boleh terjadi dalam lapisan otot pada dinding abdomen anda, menyebabkan kandungan di dalam abdomen anda ditolak keluar melalui titik lemah tersebut. Hal ini akan menghasilkan benjolan yang dipanggil hernia.
Hernia femoral boleh berlaku pada lubang di dinding abdomen anda yang mana arteri dan vena femoral melalui lubang tersebut daripada abdomen ke dalam kaki anda.
Hernia boleh jadi berbahaya kerana usus anda atau struktur lain di dalam abdomen anda boleh terperangkap dan bekalan darah mereka boleh terhenti (hernia yang tersepit)
Hernia femoral boleh dibaiki melalui pembedahan untuk menolak kembali benjolan ke dalam tempat asal dan memperkuatkan dinding abdomen yang lemah.
Tidak seperti beberapa jenis hernia yang lain, rawatan bagi hernia femoral selalunya akan terus disarankan kerana hernia jenis ini berisiko tinggi untuk berlakunya komplikasi.
Komplikasi yang boleh berlaku akibat hernia femoral termasuk:
Walaupun pembedahan akan membuang hernia dan menghalang sebarang komplikasi serius, terdapat juga peluang bagi hernia ini berulang semula selepas pembedahan.
Komplikasi lebih cenderung terjadi jika anda berumur lebih daripada 50 tahun atau anda mempunyai penyakit lain, seperti penyakit jantung atau masalah pernafasan.
Pembaikan hernia femoral adalah pembedahan rutin yang mempunyai sedkit risiko, walaupun hanya lebih kurang 1% sahaja hernia akan berulang selepas pembedahan.
Komplikasi lain bagi hernia femoral yang jarang berlaku termasuk:
Penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani prosedur ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.
Pelbagai teknik anestesia boleh dilakukan. Anda mesti berbincang dengan doktor anda mengenai ubat yang sedang anda ambil, alahan atau sebarang keadaan kesihatan anda dan sebelum menjalani pembedahan, anda akan berjumpa dengan ahli anestetik dan merancang kaedah anestetik anda bersama. Penting untuk anda mengikut semua arahan mengenai bila perlu berhenti makan dan minum sebelum pembedahan.
Anda harus diberi arahan yang jelas untuk diikuti sebelum menjalani pembedahan, termasuk sama ada anda boleh makan apa-apa sahaja beberapa jam sebelum pembedahan. Bagi kebanyakan kes, anda perlu mula berpuasa lebih kurang enam jam sebelum prosedur anda. Anda mungkin boleh minum cecair, seperti kopi, sehingga beberapa jam sebelum pembedahan anda.
Pembedahan biasanya akan mengambil masa 45 minit.
Doktor bedah anda akan melakukan bukaan terus di atas benjolan atau sedikit tinggi ke atas dan akan membuang ‘kantung hernia.’ Doktor bedah akan mengecilkan lubang (terowong femoral) di mana kandungan abdomen boleh lalu melalui lubang ini, menggunakan jahitan atau jaring sintetik.
Jika anda ada sebarang soalan atau kebimbangan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.
Anda boleh pulang ke rumah pada hari yang sama.
Anda harus meningkatkan langkah berjalan anda secara perlahan-lahan pada beberapa hari pertama.
Anda boleh kembali ke tempat kerja selepas satu atau dua minggu, bergantung kepada jenis pembedahan dan pekerjaan anda.
Bersenam secara berkala dapat membantu anda untuk kembali melakukan aktiviti normal secepat yang boleh. Sebelum mula bersenam, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen