Apa itu Pectus excavatum?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Pectus excavatum?

Pectus excavatum adalah keadaan di mana tulang dada seseorang tenggelam dalam dadanya. Dalam kes-kes yang teruk, pectus excavatum dapat dilihat seolah-olah pusat dada telah dikorek keluar, meninggalkan lekuk yang dalam.

Apakah kebarangkalian Pectus excavatum?

Pectus excavatum menjejaskan kira-kira satu daripada 1,000 kanak-kanak dan empat kali lebih biasa dalam kalangan lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Pectus excavatum lebih biasa terjadi pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pectus excavatum?

Gejala umum pectus excavatum adalah lekukan sedikit di dada. Bagi sesetengah individu, kedalaman lekukan semakin bertambah teruk pada awal remaja dan boleh terus menjadi teruk apabila tiba di peringkat dewasa.

Dalam kes pectus excavatum yang teruk, tulang dada akan menekankan paru-paru dan jantung. Tanda dan gejala yang mungkin ditunjukkan termasuk:

  • Menurunkan toleransi senaman
  • Degupan jantung yang cepat atau jantung berdebar
  • Jangkitan pernafasan yang berulang
  • Berdehit atau batuk
  • Sakit dada
  • Murmur jantung
  • Keletihan

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Pectus excavatum?

Walaupun punca sebenar pektus excavatum tidak diketahui, ia mungkin disebabkan oleh genetik  kerana ia kadang-kadang berlaku dalam keluarga.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pectus excavatum?

Pectus excavatum lebih biasa berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Ia juga berlaku lebih kerap terhadap individu yang juga mempunyai:

  • Sindrom Marfan
  • Sindrom Ehlers-Danlos
  • Osteogenesis imperfecta
  • Sindrom Noonan
  • Sindrom Turner

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pectus excavatum didiagnosis?

Pelbagai ujian dijalankan untuk mendiagnosis pectus excavatum, termasuk ujian pernafasan untuk menunjukkan kesan daripada masalah tulang rusuk pada pernafasan anak anda dan imbasan untuk memberikan pengukuran secara terperinci mengenai tulang rusuknya.

Bagaimana pesakit Pectus excavatum dirawat?

Jika masalah tulang rusuk tidak menyebabkan sebarang masalah fizikal atau psikologi, kanak – kanak tersebut mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan. Apabila masalah tulang rusuk menjejaskan fungsi paru-paru kanak-kanak atau menyebabkan masalah psikologi yang serius, pembedahan untuk membetulkan masalah tulang rusuk ini mungkin akan dicadangkan.

Pembedahan ini biasanya dicadangkan apabila masalah tulang rusuk kanak-kanak ini menjejaskan fungsi pernafasan atau paru-paru. Ia juga mungkin dicadangkan jika ia menyebabkan masalah psikologi yang teruk.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pectus excavatum?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Jun 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.