Apa itu Pectus carinatum?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Pectus carinatum?

Pectus carinatum adalah kecacatan kelahiran yang jarang berlaku di mana tulang dada kanak Рkanak  menonjol ke luar secara luar biasa. Kadang-kadang kecacatan ini tidak kelihatan sehingga selepas tumbesaran remaja yang semakin meningkat.

Bagi kebanyakan kanak-kanak dan remaja, isu utama pectus carinatum adalah cara ia kelihatan. Walau bagaimanapun, sesetengahnya daripada mereka juga akan mengalami masalah dengan sesak nafas, terutamanya semasa bersenam.

Walaupun pembedahan pembetulan adalah pilihan rawatan untuk pesakit yang mengalami pectus carinatum yang teruk, penggunaan pendakap untuk membantu meratakan dada merupakan rawatan pilihan untuk kanak-kanak yang tulangnya masih membesar. Pendakap dipakai sehingga 23 jam sehari, dan hasilnya dapat dilihat dalam beberapa bulan sahaja.

Apakah kebarangkalian Pectus carinatum?

Pektus carinatum lebih biasa terjadi terhadap lelaki. Walaupun bayi dilahirkan dengan keadaan ini, ia sering tidak dapat dikenalpasti sehinggalah kanak-kanak mencapai masa akil baligh (tahun remaja). Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pectus carinatum?

Simptom – simptom yang biasa ditunjukkan adalah :

  • Keletihan
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Sakit dada
  • Degupan jantung yang laju ( takikardia )

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Pectus carinatum?

Walaupun penyebab utama pectus carinatum tidak diketahui, ia dipercayai bahawa masalah yang berlaku terhadap tulang rawan yang menyambungkan tulang rusuk ke tulang dada.

Pectus carinatum kadang kala boleh terjadi melalui keturunan (berada dalam keluarga). Dalam sesetengah pesakit, pectus carinatum mungkin dikaitkan dengan sindrom Marfan, gangguan tisu penghubung yang terdapat pada: anggota badan dan jari yang panjang; keabnormalan dada; kelengkungan tulang belakang; ciri-ciri wajah tertentu; perubahan khusus dalam injap jantung dan aorta; dan, anjakan (gerakan) kanta mata.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pectus carinatum?

Sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pectus carinatum didiagnosis?

Doktor anda akan mengambil sejarah serta melakukan pemeriksaan fizikal. Ujian utama untuk mendiagnosis pectus carinatum adalah sinar X dada dari bahagian depan dan sisi. Dalam kes-kes tertentu, pesakit mungkin mempunyai imbasan pencitraan tomografi (CT) atau pengimejan resonans magnetik (MRI).

Di samping itu, pesakit yang mempunyai palpitasi jantung mungkin akan menjalani  elektrokardiogram (EKG) atau ekokardiogram (gambar jantung). Doktor juga boleh memeriksa sama ada pesakit mempunyai skoliosis (kelengkungan tulang belakang).

Bagaimana pesakit Pectus carinatum dirawat?

Jika keadaan ini menyebabkan gejala, terdapat dua pilihan rawatan: pendakap dan pembedahan.

Pendakap bagi pectus carinatum berfungsi sama seperti cara pendakap gigi berfungsi. Pendakap dipakai di sekitar dada dan memberikan tekanan dari depan dan belakang untuk menggerakkan tulang dada kembali ke kedudukannya yang biasa. Kanak-kanak memakai pendakap ini untuk sekurang-kurangnya lapan jam sehari, atau lebih lama, sekurang-kurangnya enam bulan. Pendakap boleh dialihkan ketika hendak mandi, bersukan, serta aktiviti – aktiviti lain.

Pembedahan pembetulan untuk pectus carinatum melibatkan teknik yang dipanggil Prosedur Ravitch. Prosedur ini dilaksanakan dengan memotong di bahagian tengah dada untuk mengeluarkan anterior (di bahagian depan) rawan. Struts keluli tahan karat diletakkan di dada hadapan untuk menyokong tulang dada dan disambungkan ke rusuk yang sesuai pada setiap sisi, yang membolehkan tulang dada ditinggikan. Struts tidak dapat dilihat dari luar dan dikeluarkan kemudian semasa prosedur pembedahan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pectus carinatum?

Sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.