Apa itu Payudara Fibrosistik?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Payudara Fibrosistik?

Payudara Fibrosistik terdiri daripada tisu seperti benjolan atau tekstur seperti tali. Doktor menyatakan tisu payudara ini sebagai nodular atau glandular / kelenjar. Payudara Fibrosistik adalah kurang lazim berlaku. Lebih daripada sebahagian wanita mengalami perubahan Payudara Fibrosistik dalam kehidupan mereka. Perubahan payudara yang dikategorikan sebagai fibrosistik dikira normal.

Walaupun kebanyakan wanita yang mendapat Payudara Fibrosistik tidak mengalami sebarang simptom, sesetengah wanita mengalami sakit payudara, rasa sakit apabila ditekan dan benjolan – terutama pada bahagian atas dan luar payudara. Simptom payudara lebih cenderung menyebabkan gangguan kepada wanita sebelum menstruasi. Penjagaan diri biasanya boleh melegakan ketidakselesaan akibat Payudara Fibrosistik.

Apakah kebarangkalian Payudara Fibrosistik?

Payudara Fibrosistik adalah sangat lazim berlaku. Ia boleh menjejaskan pesakit pada semua peringkat usia. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Payudara Fibrosistik?

Simptom lazim bagi Payudara Fibrosistik ialah:

  • Benjolan pada payudara atau kawasan mengeras yang cenderung untuk bercampur dengan tisu payudara sekitarnya.
  • Sakit payudara secara keseluruhan.
  • Benjolan payudara yang berubah saiz bersama kitaran menstruasi.
  • Cecair puting berwarna hijau atau coklat gelap, tiada darah yang keluar tanpa tekanan atau dengan cara memicit.
  • Perubahan payudara kelihatan sama pada kedua-dua payudara.
  • Kesakitan atau benjolan payudara meningkat secara bulanan daripada pertengahan kitaran sehingga sehari sebelum menstruasi..

Perubahan Payudara Fibrosistik berlaku kepada wanita berusia 20 hingga 50-an. Jarang sekali berlaku kepada wanita selepas menopaus, kecuali mereka sedang menjalani terapi hormon.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika anda mengalami perkara berikut:

  • Anda mendapati benjolan payudara baru atau bahagian menebal yang jelas.
  • Bahagian khusus yang menyebabkan kesakitan berterusan atau sakit yang semakin teruk.
  • Perubahan payudara kekal selepas waktu haid anda.
  • Doktor akan ¬†menilai benjolan payudara tetapi ia kelihatan semakin besar atau tiada perubahan.

Punca

Apakah punca Payudara Fibrosistik?

Punca sebenar perubahan Payudara Fibrosistik masih tidak diketahui, tetapi pakar mengesyaki ia adalah disebabkan oleh hormon reproduktif Рterutamanya estrogen Р memainkan peranan.

Perubahan paras hormon semasa kitaran menstruasi akan menyebabkan ketidakselesaan payudara dan bahagian benjolan terasa sakit jika disentuh, luka dan bengkak. Perubahan Payudara Fibrosistik lebih cenderung untuk menyebabkan gangguan sebelum anda haid dan kesakitan serta benjolan akan hilang atau berkurang apabila haid anda bermula.

Apabila diperiksa di bawah mikroskop, tisu Payudara Fibrosistik meliputi komponen berbeza seperti:

  • Cecair yang memenuhi kantung bulat atau bujur (cyst).
  • Tisu fibrous seperti parut yang jelas (fibrosis).
  • Sel terlebih tumbuh (hyperplasia) pada saluran susu atau tisu yang menghasilkan susu (lobule) pada payudara.
  • Lobule payudara membesar (adenosis).

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Payudara Fibrosistik?

Perubahan Payudara Fibrosistik dikatakan berkaitan dengan estrogen – hormon yang membentuk karekter jantina perempuan (seperti payudara) dan diperlukan untuk reproduktif.

Tetapi, Payudara Fibrosistik tidak meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser payudara.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Payudara Fibrosistik didiagnosis?

Ujian untuk menilai keadaan anda ialah:

  • Pemeriksaan payudara klinikal. Doktor akan memeriksa bahagian yang tidak normal dengan memeriksa payudara dan kelenjar limfa pada bahagian bawah leher dan bawah lengan secara visual dan manual. Jika sejarah perubatan dan pemeriksaan klinikal menunjukkan perubahan payudara yang normal, tiada ujian tambahan akan dilakukan. Jika doktor menjumpai benjolan baru dan mengesyaki perubahan Payudara Fibrosistik, anda perlu hadir semula selepas beberapa minggu kemudian, selepas haid anda, untuk menjalani pemeriksan payudara lain. Jika perubahan kekal, anda perlu melakukan mammogram atau ultrasound.
  • Jika doktor mengesan benjolan payudara atau penebalan yang jelas pada payudara anda, anda perlu menjalani mammogram diagnostik – pemeriksaan X-ray yang menumpukan pada kawasan khusus payudara anda. Ahli radiologi akan memeriksa kawasan tersebut apabila mentafsirkan mammogram.
  • Ultrasound menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej payudara anda dan ia biasanya dilakukan bersama mammogram. Jika anda berusia sebelum 30 tahun, anda mungkin perlu melakukan ultrasound berbanding mammogram. Ultrasound lebih baik untuk menilai tisu payudara padat bagi wanita muda – tisu padat dengan lobule, saluran dan tisu penghubung (stroma). Ultrasound boleh membantu doktor membezakan cyst yang dipenuhi cecair dan ketulan pepejal.
  • Aspirasi jarum halus. Bagi benjolan yang kelihatan seperti cyst, doktor akan melakukan aspirasi jarum halus untuk melihat cecair tersebut boleh dikeluarkan daripada benjolan itu atau tidak. Prosedur ini boleh dilakukan di bilik rawatan. Aspirasi jarum halus boleh mengecutkan cyst dan meredakan ketidakselesaan.
  • Biopsi payudara. Jika keputusan mammogram dan ultrasound normal, tetapi doktor anda masih mengesyaki benjolan tersebut, anda mungkin akan dirujuk kepada pakar bedah payudara untuk menentukan sama ada anda perlu melakukan biopsi payudara pembedahan atau tidak. Biopsi merupakan prosedur untuk membuang sampel kecil tisu payudara bagi analisis mikroskopi. Jika terdapat bahagian yang mencurigakan semasa pemeriksaan pengimejan, ahli radiologi mencadangkan biopsi dipandu ultrasound atau biopsi sterostatik, menggunakan mammografi untuk menentukan lokasi tepat untuk biopsi.

Bagaimana pesakit Payudara Fibrosistik dirawat?

Jika anda tidak mengalami simptom, atau simptom anda sederhana, tiada rawatan diperlukan bagi Payudara Fibrosistik. Kesakitan melampau atau bersaiz besar bersama Payudara Fibrosistik mungkin memerlukan rawatan.

Pilihan rawatan bagi cyst payudara ialah:

  • Aspirasi jarum halus. Doktor menggunakan jarum halus untuk mengeluarkan cecair daripada cyst. Membuang cecair akan mengesahkan benjolan tersebut merupakan cyst, sekaligus mengecutkan cyst dan melegakan ketidakselesaan.
  • Pengasingan pembedahan. Jarang sekali pembedahan diperlukan untuk membuang benjolan seperti cyst berterusan yang tidak pulih selepas aspirasi berulang dan pantauan teliti atau ciri-ciri yang membimbangkan doktor anda semasa pemeriksaan klinikal.

Contoh pilihan rawatan bagi kesakitan payudara ialah:

  • Ubat tahan sakit di luar kaunter seperti acetaminophen (Tylenol, dan lain-lain) atau ubat anti inflamasi bukan steroid (NSAIDs), seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB, dan lain-lain) atau ubat preskripsi
  • Kontraseptif oral, merendahkan paras hormon berkaitan kitaran dan perubahan Payudara Fibrosistik.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Payudara Fibrosistik?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi Payudara Fibrosistik:

  • Evening Primrose. Supplemen ini mengubah keseimbangan asid lemak dalam sel anda, di mana ia mengurangkan kesakitan pada payudara.
  • Vitamin E. Kajian awal menunjukkan kesan yang baik bagi vitamin E pada kesakitan payudara bagi wanita sebelum menstruasi yang mengalami kesakitan payudara semasa kitaran menstruasi.

Vitamin dan supplemen harian dapat mengurangkan simptom kesakitan payudara dan keseriusan bagi sesetengah wanita. Tanya doktor anda jika ia boleh membantu anda – dan tanya tentang dos dan sebarang kemungkinan kesan sampingannya.

Jika anda cuba mengambil supplemen bagi kesakitan payudara, berhenti mengambil supplemen tersebut jika anda mengesan tiada sebarang kesembuhan selepas beberapa bulan penggunaan. Cuba satu supplemen pada satu-satu masa supaya anda dapat mengesan supplemen mana yang membantu mengurangkan kesakitan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.