Apa itu Patellar Tendinitis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Patellar Tendinitis?

Patellar tendinitis adalah kecederaan pada tendon yang menyambungkan lutut anda (patella) ke tulang shin anda. Tendon patella berfungsi dengan otot di bahagian peha untuk memanjangkan lutut supaya anda boleh menendang, berlari dan melompat.

Patellar tendinitis, yang juga dikenali sebagai lutut pelompat, adalah yang paling biasa berlaku dalam kalangan atlet yang mengamalkan sukan yang sering melompat – seperti bola keranjang dan bola tampar. Walau bagaimanapun, walaupun orang yang tidak mengambil bahagian dalam suka yang melompat juga boleh mendapat patellar tendinitis.

Bagi kebanyakan orang, rawatan patellar tendinitis bermula dengan terapi fizikal untuk meregangkan otot di sekeliling lutut.

Apakah kebarangkalian Patellar Tendinitis?

Patellar tendinitis adalah perkara yang biasa terjadi. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Patellar Tendinitis?

Rasa sakit adalah simptom pertama patellar tendinitis, biasanya antara lutut dan di mana tendon melekat pada tulang shin anda (tibia). Kesakitan di lutut anda mungkin:

  • Pada mulanya hadir hanya apabila anda memulakan aktiviti fizikal atau hanya selepas senaman yang tegang
  • Menjadi lebih teruk sehingga menganggu permainan sukan anda
  • Dan pada akhirnya menganggu urusan pergerakan harian anda seperti menaiki tangga dan bangun daripada kerusi

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang yang berikut:

  • Berterusan dan semakin teruk
  • Menggangu kebolehan anda untuk menjalani rutin aktiviti seharian
  • Bengkak atau kemerahan pada sendi

Punca

Apakah punca Patellar Tendinitis?

Patellar tendinitis adalah kecederaan akibat pergerakkan yang terlebih daripada biasa, disebabkan oleh tekanan yang berulang pada tendon patellar. Tekanan ini mengakibatkan koyakan kecil pada tendon, yang badan anda cuba untuk baiki. Tetapi semasa koyakan ini berganda, ia menyebabkan kesakitan daripada keradangan dan tendon yang semakin lemah. Apabila kerosakan tendon ini berterusan selama lebih dari beberapa minggu, ia dipanggil tendinopati.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Patellar Tendinitis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk patellar tendinitis, seperti:

  • Aktiviti fizikal. Berjalan dan melompat biasanya dikaitkan dengan patellar tendinitis. Peningkatan mendadak dalam seberapa keras atau seberapa kerap anda terlibat dalam aktiviti ini juga menambah tekanan pada tendon, seperti yang anda boleh mengubah kasut larian anda
  • Otot kaki keras. Otot peha keras (quadriceps) dan hamstring, yang berada di belakang peha anda, boleh meningkatkan ketegangan pada tendon patellar anda
  • Ketidakseimbangan otot. Jika sesetengah otot di kaki anda lebih kuat daripada yang lain, otot yang lebih kuat boleh menarik dengan lebih keras pada tendon patellar anda. Tarikan yang tidak sekata ini boleh menyebabkan tendinitis

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Patellar Tendinitis didiagnosis?

Semasa pemeriksaan, doktor anda mungkin mengenakan tekanan pada bahagian lutut anda untuk menentukan di mana rasa sakit anda. Biasanya, sakit dari patellar tendinitis adalah di bahagian depan lutut anda, tepat di bawah lutut anda.

Doktor anda mungkin mencadangkan satu atau lebih ujian pengimejan berikut:

  • X-ray. X-ray dapat membantu untuk mengecualikan masalah tulang yang lain yang boleh menyebabkan sakit lutut
  • Ujian ini menggunakan gelombang bunyi untuk membuat imej lutut anda, mendedahkan koyakan pada tendon patellar anda
  • Pengimejan resonans magnetic (MRI). MRI menggunakan medan megnet dan gelombang radio untuk membuat imej terperinci yang boleh mendedahkan perubahan kecil dalam tendon patellar anda

Bagaimana pesakit Patellar Tendinitis dirawat?

Doktor biasanya bermula dengan rawatan yang kurang invasive sebelum mempertimbangkan pilihan lain, seperti pembedahan.

Pelega sakit seperti ibuprofen (Advil, Montrin IB, dan yang lain-lain) atau natrium naproxen (Aleve, dan yang lain-lain) boleh memberikan kelegaan jangka pendek dari kesakitan yang berkaitan patellar tendinitis.

Pelbagai teknik terapi fizikal dapat membantu mengurangkan simptom-simptom yang berkaitan dengan patellar tendinitis, termasuk:

  • Latihan regangan. Senaman regangan yang berkala dan santai boleh mengurangkan kekejangan otot dan membantu memanjangkan unit otot – tendon. Jangan melantun-lantun semasa regangan anda
  • Senaman yang menguatkan. Kelemahan otot paha menyumbang kepada ketegangan tendon patellar anda. Senaman yang melibatkan penurunan kaki anda dengan perlahan-lahan selepas meregangkannya adalah membantu secara praktikal
  • Tali tendon patellar. Tali yang dikenakan tekanan pada tendon patellar anda boleh mengedarkan daya dari tendon dan mengarahkannya melalui tali. Ini boleh membantu melegakan kesakitan
  • Terapi ini melibatkan penyebaran ubat kortikosteroid pada kulit anda dan kemudian menggunakan peranti yang menyampaikan caj elektrik yang rendah untuk menolak ubat melalui kulit anda

Jika rawatan konservatif tidak membantu, doktor anda boleh mencadangkan terapi lain seperti:

  • Suntikan kortikosteroid. Suntikan kortikosteroid yang berpandukan ultrasound ke dalam sarung sekitar tendon patellar boleh membantu melegakan kesakitan. Tetapi jenis ubat ini juga boleh melemahkan tendon dan membuat mereka lebih cenderung pecah
  • Suntikan plasma yang diperkaya dengan platelet. Suntikan jenis ini telah dicuba pada sesetengah orang dengan masalah tendon patellar kronik. Kajian masih lagi berterusan. Diharapkan suntikan ini boleh menggalakkan pembentukan tisu baru dan membantu merawat kerosakan tendon
  • Dalam kes yang jarang berlaku, jika rawatan lain gagal, doktor mungkin menyarankan pembedahan-pembedahan tendon patellar. Sesetengan prosedur boleh dilakukan melalui guntingan kecil pada sekitar lutut anda

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Patellar Tendinitis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi patellar tendinitis.

  • Pelega kesakitan. Ubat-ubatan yang boleh didapati di kaunter seperti ibuprofen dan natrium naproxen boleh membekalkan kelegaan kesakitan dalam jangka masa pendek
  • Elakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan. Anda mungkin boleh mempraktikkan sukan anda dengan lebih kurang atau dengan sementara bertukar kepada sukan yang kurang impak. Bergerak dengan kesakitan boleh mengakibatkan kecederaan yang lebih lanjut  pada tendon patellar anda
  • Tuamkan ais selepas melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan. Letakkan ais ke dalam beg plastik dan balut beg itu dengan tuala. Atau cuba urutan ais. Bekukan air dalam bekas cawan plastik dan pegang cawan semasa anda mengenakan ais secara terus kepada kulit anda

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Ogos 20, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 20, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.