backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Patah Tulang Peninju

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apakah itu patah tulang peninju?

Patah tulang peninju didefinisikan sebagai patah tulang yang membentuk penumbuk. Sesetengah doktor menggunakan terma “patah tulang penumbuk / pemarah” berbanding terma “patah tulang peninju” kerana seorang peninju jarang mendapat kecederaan ini. Penumbuk kurang terlatih perlu belajar cara munumbuk tanpa mencederakan diri sendiri.

Tulang metakarpal pada tangan menghubungkan tulang-tulang jari kepada tulang pergelangan tangan. Kesemua tulang metakarpal mempunyai struktur anatomi yang sama. Setiap tulang tersebut meliputi dasar, batang, leher dan kepala.  

  • Dasar tulang metakarpal ialah bahagian yang bercantum pada tulang pergelangan tangan
  • Batangnya pula ialah bahagian tulang yang panjang dan lurus
  • Bahagian leher tulang pula bercantum dengan kepala. Kepala tulang metakarpal menghubungkan tulang metakarpal dengan tulang jari
  • Kepala tulang metakarpal membentuk penumbuk/ buku jari tertutup

Patah tulang peninju melibatkan patah bahagian leher tulang metakarpal. Ia dijelaskan pada awalnya pada patah tulang metakarpal jari kelingking kerana jari ini paling lazim terpatah semasa menumbuk objek yang tidak bergerak. Patah tulang peninju berlaku pada tulang metakarpal yang menghubungkan jari manis atau jari kelingking pada pergelangan tangan. Ia dikenali sebagai tulang metakarpal keempat dan kelima. Sesetengah doktor melibatkan patah leher tulang metakarpal kedua dan ketiga sebagai definisi patah tulang peninju. Tulang metakarpal kedua menghubungkan jari telunjuk ke pergelangan tangan, dan matakarpal ketiga menghubungkan jari tengah pada pergelangan tangan.

Apakah kebarangkalian patah tulang peninju?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom patah tulang peninju?

Simptom yang lazim berlaku ialah:

Simptom tipikal patah tulang peninju ialah sakit atau sakit semasa disentuh pada lokasi khusus tangan yang melibatkan tulang metakarpal yang terjejas, di sekitar penumbuk / buku jari. Pesakit dapat mengesan kesakitan bersama pergerakan tangan atau jari.

  • Apabila tulang patah, anda akan berasa seperti diketuk pada tulang yang terjejas
  • Tangan tersebut mungkin bengkak, bertukar warna atau lebam di sekitar tempat kecederaan. Kecacatan pada tulang yang patah juga mungkin dapat dikesan. Terdapat pergerakan tidak normal pada bahagian yang patah. Doktor juga boleh menyebabkan kesakitan dengan menekan tulang yang patah. Tambahan lagi, kesakitan akan wujud pada tulang metakarpal dengan menggenggam jari yang bercantum dengan tulang metakarpal tersebut, dan menolak tulang yang patah tersebut ke dalam
  • Jika anda cuba menggenggam tangan yang tercedera, doktor akan mengesan jari tidak selari. Doktor dapat mengesan kecacatan tulang yang tercedera. Jari yang terjejas akan membengkok ke dalam mengarahkan ke ibu jari melebihi jari normal. Ia dikenali sebagai pusingan dan walaupun ianya jarang berlaku, kewujudannya mungkin menunjukkan kecederaan serius
  • Tanda lazim lain ialah luka pada tangan. Luka pada kulit bersama patah tulang peninju menunjukkan kecederaan serius

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda atau simptom atau soalan seperti yang disenaraikan di atas, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu bertindak balas berbeza. Adalah baik untuk berbincang dengan doktor tentang penyelesaian terbaik untuk anda.

Punca-punca

Apakah punca-punca patah tulang peninju?

Patah tulang peninju mendapat namanya daripada salah satu punca utama – menumbuk objek dengan buku jari tertutup. Ia berlaku semasa menumbuk dinding atau kabinet. Walaupun patah ini berlaku semasa jari buku ditutup, ia juga boleh terjadi apabila tangan tidak ditutup dan melanggar objek keras.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya mendapat patah tulang peninju?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang disediakan bukan sebagai pengganti kepada mana-mana nasihat perubatan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah patah tulang peninju didiagnosis?

Pemeriksaan fizikal dan X-ray adalah penting untuk diagnosis patah tulang peninju. Hasil yang memerlukan X-ray ialah aktiviti yang meningkatkan risiko patah tulang, kecacatan tangan, sakit setempat, bengkak, berubah warna, kurang pergerakan tangan, pergelangan tangan atau jari, kebas, suhu berbeza antara tangan yang normal dan tangan yang tercedera, atau luka akibat terkena gigi orang yang ditumbuk (disebabkan kecederaan gigitan manusia).

  • Doktor akan menentukan sama ada X-ray diperlukan atau tidak pada sekitar bahagian kecederaan. Selepas doktor mendapat maklumat lengkap tentang kecederaan tangan tersebut, langkah seterusnya ialah melakukan pemeriksaan fizikal.
    • Bengkak dan berubah warna adalah lazim berlaku pada patah tulang disebabkan trauma secara terus pada tulang dan otot, ligamen, tendon, saraf dan saluran darah sekeliling.
    • Kurang pergerakan tangan pada arah biasa adalah disebabkan oleh bengkak atau kesakitan patah tulang. Doktor akan meminta anda untuk menggenggam tangan. Ini akan membantu doktor menentukan tahap kecederaan dan jenis rawatan yang anda perlukan. Ia juga mungkin menunjukkan ligamen terkoyak. Ligamen yang koyak tidak dapat dikesan dengan x-ray biasa, tetapi kadang kala ia berlaku bersama patah tulang.  
  • X-rays tangan dilakukan untuk melihat tangan pada  arah berbeza. Melihat tangan pada sudut berbeza dapat melihat sebarang kecederaan yang tidak dikesan oleh X-ray. Selepas melakukan penilaian menerusi X-ray, doktor akan menentukan jenis kepatahan yang berlaku. Dalam kes tertentu, doktor akan melakukan lebih X-ray, dengan pandangan khusus untuk melihat kepatahan yang sukar dikesan. X-ray khusus ini dilakukan apabila X-ray biasa tidak dapat mengesan kepatahan yang berlaku dan maklumat yang diperolehi daripada pemeriksaan fizikal menunjukkan berlaku kepatahan yang sukar dijumpai pada tulang anda.
  • Semasa pemeriksaan fizikal, doktor akan mencari kewujudan benda asing pada tangan anda. Aktiviti yang mungkin menyebabkan wujudnya benda asing pada tangan ialah: menumbuk sesorang pada bahagian mulut, digigit binatang, luka akibat objek tajam, kecederaan tembus atau  melecet atau serpihan daripada objek. Benda asing ini boleh dikesan melalui X-ray, antaranya ialah kaca, tulang, besi dan batu. Tetapi barang organik atau benda hidup seperti kayu atau tumbuhan tidak dapat dilihat melalui X-ray biasa dan memerlukan kepada kajian lanjut jika disyaki kewujudannya.
  • Bagaimanakah patah tulang peninju dirawat?

    Rawatan Patah Tulang Peninju di Rumah :

    Penjagaan di rumah boleh dibahagikan kepada penjagaan sebelum berjumpa doktor dan penjagaan selepas didiagnosis:

    • Matlamat utama penjagaan tangan tercedera ialah untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, mengurangkan risiko jangkitan pada luka terbuka dan menghalang kecederaan lanjut akibat kepatahan tidak stabil.
      • Pendekatan terbaik untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak ialah dengan meletakkan pek ais pada bahagian tercedera. Jika ais tidak dijumpai, letakkan tuala yang direndam ke dalam air sejuk pada bahagian tersebut. Mengangkat tangan juga dapat mengurangkan bengkak.
      • Luka terbuka semasa kecederaan menunjukkan berlaku kepatahan terbuka- salah satu jenis kepatahan yang meningkatkan risiko jangkitan dan melambatkan penyembuhan. Semua jenis luka perlu dibasuh dengan sabun dan air dan dibalut dengan kain penganduh bersih sesegera mungkin untuk mengelak risiko jangkitan.  
      • Teknik utama untuk menghalang kecederaan lanjut ialah tidak menggerakkan tangan tersebut. Mengampu tangan yang tercedera dengan tangan yang baik. Tambahan lagi, jangan gunakan tangan tersebut untuk mengangkat sebarang objek atau melakukan sebarang kerja yang memberi tekanan. Penggunaan tangan yang tercedera akan merosakkan otot, saluran darah, tendon, ligamen dan saraf di sekitar tulang tersebut.
    • Penjagaan di rumah selepas didiagnos adalah berdasarkan kepada rawatan doktor. Penjagaan ini termasuklah pengurusan kesakitan, penjagaan cast atau splint dan memantau tanda-tanda jangkitan.
      • Tulang dan bahagian badan yang lain, mempunyai fiber saraf yang memberi deria sakit. Kesakitan akibat patah tulang adalah disebabkan oleh bengkak akibat kecederaan pada tisu di sekeliling tempat kepatahan berlaku, atau tulang yang patah itu bergerak pada saraf. Kesakitan sepatutnya semakin berkurang sekiranya pergerakan dihadkan. Sesetengah kesakitan mungkin berterusan. Apabila doktor memberi preskripsi ubat sakit, adalah penting untuk mengambil ubat tersebut. Ini dapat membantu melegakan kesakitan dan mengurangkan risiko kesan sampingan yang tidak diingini daripada ubat. Bagi kesakitan sederhana, acetaminophen (OTC) (Tylenol) atau ibuprofen (Advil) diambil mengikut arahan yang diberikan. Anda perlu berbincang dengan doktor sebelum mengambil ubat ini.
      • Splinting atau casting biasanya dilakukan pada kesemua patah tulang peninju yang tidak memerlukan pembedahan segera. Kesemua splint dan cast perlu disimpan kering untuk mengekalkan kekuatannya. Komplikasi yang mungkin terjadi daripada prosedur ini ialah cast terlalu ketat akibat bengkak. Apabila ini berlaku, anda berasa sakit di bawah cast atau splint. Tanda lain ialah kebas atau berasa ‘semut-semut’ pada jari pada jari yang dipakaikan cast. Tambahan lagi, tangan berasa sejuk ketika disentuh. Hubungi doktor anda atau laporkan pada jabatan keemasan hospital sesegera mungkin apabila keadaan ini berlaku.
      • Jangkitan boleh berlaku pada luka terbuka. Luka perlu bersih dan dibalut sehingga sembuh. Jika jahitan yang digunakan pada luka, doktor akan menyediakan arahan tambahan bagi cara-cara penjagaan jahitan dan bila ianya perlu dibuang. Adalah penting untuk mematuhi arahan ini dengan teliti untuk mengurangkan risiko jangkitan. Pantau sebarang luka bagi tanda-tanda jangkitan. Tanda amaran bagi jangkitan ialah kemerah-merahan, jalur merah, berasa panas atau bengkak di sekeliling kawasan luka. Nanah mungkin akan keluar daripada luka tersebut. Mana- mana tanda tersebut memerlukan penilaian segera. .

    Rawatan Perubatan

    Jika patah tulang peninju dikesan, matlamat utama rawatan ialah untuk tidak menggerakkan tangan tersebut supaya tangan sembuh dengan baik dan untuk mengurangkan kesakitan akibat kepatahan.

    Untuk memastikan tulang yang patah tersebut tidak digerakkan, splint perlu digunakan untuk tidak menggerakkan sendi di atas dan di bawah tempat kecederaan. Dalam kes ini, splint jenis berbeza mungkin digunakan. Salah satu jenis splint mungkin memanjangkan jari, dan mendedahkan hujung jari, kepada lengan berhampiran siku. Jenis splint lain yang berkesan bagi kepatahan tulang jari kelingking ialah untuk melekatkan jari kelinking dengan jari manis bersama. Doktor akan menentukan jenis splint yang akan digunakan untuk anda.

    • Apabila patah tulang peninju berlaku, mungkin sebahagian tulang metakarpal bergerak keluar daripada garisan normal. Ini dipanggil angulation. Jumlah angulation akan menentukan jenis rawatan yang diperlukan untuk memastikan pemulihan yang baik. Pesakit yang mengalami kepatahan sederhana mungkin dipakaikan splint di jabatan kecemasan atau di pejabat doktor.
    • Sebarang tahap angulation pada tulang metakarpal kedua dan ketiga dikategorikan sebagai tidak normal dan perlu dirujuk kepada doktor pakar tangan bagi menjalani pembedahan pemulihan. Kepatahan pada tulang metakarpal keempat dan kelima hanya memerlukan pembedahan jika angulation besar berlaku dan tulang tidak dapat digerakkan dengan menarik dan menolak jari selepas menggunakan anesthesia untuk membius tangan.
    • Kerana tulang yang terpatah boleh menyebabkan kesakitan yang ketara, pengurusan kesakitan adalah aspek yang penting bagi rawatan tulang tersebut. Antaranya ialah dengan mengambil ubat anti radang dan ubat tahan sakit. Acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofen (Advil) adalah pelega kesakitan yang baik dan mempunyai sedikit kesan sampingan. Ubat di luar kaunter ini, atau sebarang ubat tahan sakit perlu diambil mengikut arahan yang diberikan untuk mengurangkan risiko kesan sampingan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan