backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Patah Tulang Peha

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 22/11/2022

Definisi

Apa itu Patah Tulang Peha?

Tulang peha anda adalah tulang terpanjang dan terkuat di dalam badan anda. Disebabkan tulang peha ini kuat, ia biasanya memerlukan daya yang kuat untuk berlakunya kepatahan. Kemalangan kereta sebagai contoh merupakan salah satu punca patah tulang peha.

Bahagian peha yang panjang dan lurus dipanggil batang peha. Apabila berlaku kepatahan pada mana-mana bahagian tulang peha, ia dipanggil patah batang peha.

Kepatahan tulang peha adalah sangat berbeza-beza bergantung kepada daya yang menjadi punca kepatahan. Serpihan tulang mungkin masih di tempat asal atau terkeluar daripada tempat asal (displaced) dan kepatahan tersebut mungkin tertutup (diselaputi kulit) atau terbuka (tulang memotong kulit tersebut).

Doktor mengelaskan kepatahan menggunakan sistem kalsifikasi. Kepatahan tulang peha dikelaskan bergantung kepada:

  • Lokasi kepatahan (batang tulang peha dibahagikan kepada tiga bahagian: distal, tengah dan proksimal).
  • Peten kepatahan (sebagai contoh, tulang mungkin patah pada arah berbeza seperti melintang, menegak atau ditengah-tengah).
  • Kulit atau otot di atas tulang terjejas akibat kecederaan.

Jenis yang paling lazim bagi kepatahan tulang peha ialah:

  • Kepatahan melintang. Kepatahan jenis ini adalah berlaku garisan melintang lurus merentasi batang tulang peha.
  • Kepatahan serong. Kepatahan mempunyai garisan bersudut merentasi batang tulang peha.
  • Kepatahan lingkaran. Garisan kepatahan mengelilingi batang tulang seperti jalur pada gula-gula tebu. Daya berpusing pada peha menyebabkan kepatahan jenis ini.
  • Kepatahan comminuted. Kepatahan jenis ini menyebabkan tulang terpatah kepada tiga atau lebih bahagian. Dalam kebanyakan kes, fragmen tulang bersamaan dengan jumlah daya yang diperlukan untuk mematahkan tulang tersebut.
  • Kepatahan terbuka. Jika tulang terpatah secara terbuka, fragmen akan terkeluar daripada kulit atau luka menembusi ke dalam tulang, kepatahan ini dipanggil kepatahan kompoun atau terbuka. Kepatahan terbuka melibatkan lebih kerosakan pada otot, tendon dan ligamen sekitar. Terdapat risiko tinggi untuk berlaku komplikasi – terutama jangkitan- dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.

Apakah kebarangkalian Patah Tulang Peha?

Kepatahan tulang peha adalah lazim berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Patah Tulang Peha?

Kepatahan tulang peha biasanya menyebabkan kesakitan yang teruk dan secara tiba-tiba. Anda tidak boleh meletakkan berat pada kaki yang tercedera, dan ia kelihatan cacat – lebih pendek daripada kaki sebelah dan tidak lurus lagi.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda dengan segera apabila anda mengalami simptom kepatahan tulang peha.

Punca

Apakah punca Patah Tulang Peha?

Kepatahan tulang peha dalam kalangan orang muda adalah biasa kerana beberapa jenis perlanggaran berimpak tinggi. Punca paling lazim ialah kemalangan jalan raya. Pejalan kaki yang dilanggar oleh pemandu kereta adalah punca lazim yang lain,  contoh lain juga seperti jatuh dari tempat tinggi dan ditembak.

Insiden berdaya rendah seperti jatuh semasa berdiri, juga merupakan punca Kepatahan tulang peha bagi orang tua yang mempunyai tulang lemah.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Patah Tulang Peha?

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Patah Tulang Peha didiagnosis?

Sejarah perubatan dan Pemeriksaan fizikal

Adalah penting untuk doktor mengetahui punca kecederaan anda. Sebagai contoh, jika anda terlibat dengan kemalangan jalan raya, ia akan membantu doktor untuk mengetahui kelajuan anda, sama ada anda seorang pemandu atau penumpang, memakai tali pinggang keledar dan kewujudan beg udara. Maklumat ini akan membantu doktor anda menentukan cara anda tercedera dan jika terdapat kecederaan di tempat lain.

Adalah penting juga untuk doktor anda mengetahui jika anda mengalami keadaan kesihatan lain seperti tekanan darah tingggi, diabetes, asthma atau alahan. Doktor akan bertanya tentang ubat yang sedang anda gunakan.

Selepas berbincang mengenai sejarah kecederaan dan perubatan anda, doktor akan memeriksa dengan teliti. Doktor akan melihat keadaan keseluruhan anda, dan berfokus pada kaki anda. Doktor akan melihat pada:

  • Kecacatan peha / kaki yang jelas (sudut tidak normal, berpusing, atau pendek).
  • Luka pada kulit.
  • Lebam.
  • Serpihan tulang menembusi kulit.
  • Selepas melakukan pemeriksaan, doktor akan merasa keseluruhan peha, kaki dan jari anda bagi sebarang kecacatan dan memeriksa kulit dan otot sekitar peha anda. Doktor juga akan memeriksa nadi anda. Jika anda masih sedarkan diri, doktor akan menguji deria dan pergerakan kaki anda.

    Ujian pengimejan

    Ujian lain akan menyediakan maklumat tambahan tentang kecederaan anda seperti:

    • X-ray. Cara paling lazim untuk menilai kepatahan ialah dengan X-ray, di mana ia menyediakan imej jelas tulang anda. X-ray akan menunjukkan sama ada tulang anda masih bersambung atau telah patah. Ia juga akan menunjukkan jenis kepatahan dan lokasi kepatahan pada tulang peha anda.
    • Imbasan Tomografi Berkomputer (CT). jika doktor anda masih memerlukan maklumat tambahan selepas melihat X-ray, doktor akan membuat imbasan CT.  Imbasan CT akan menunjukkan imej keratan rentas kaki anda. Ia juga akan memberikan maklumat penting tentang tahap keseriusan kaki anda. Sebagai contoh, garisan kepatahan kadangkala sangat nipis dan sukar untuk dilihat melalui X-ray. Imbasan CT boleh membantu doktor untuk melihat garisan tersebut dengan lebih jelas.

    Bagaimana pesakit Patah Tulang Peha dirawat?

    Rawatan Tanpa Pembedahan

    Kebanyakan kes kepatahan tulang peha perlu menjalani pembedahan untuk sembuh. Jarang sekali rawatan kepatahan ini pulih tanpa pembedahan. Kanak-kanak kecil kadang kala dirawat dengan menggunakan cast.

    Rawatan Pembedahan

    Masa pembedahan.

    Jika kulit di sekitar kepatahan tiada luka, doktor akan menunggu sehingga anda stabil untuk melakukan pembedahan. Kepatahan terbuka, mendedahkan kawasan kepatahan kepada persekitaran. Ia perlu dibersihkan dan pembedahan perlu dilakukan segera untuk mencegah jangkitan.

    Bagi masa antara penjagaan kecemasan awal dan pembedahan, doktor akan menempatkan kaki anda di dalam splint kaki panjang atau tarikan tulang (traction). Ini dapat menetapkan tulang yang patah pada tempat yang normal bagi mengekalkan panjang kaki anda.

    Tarikan tulang (traction) adalah sistem kapi timbangan berat dan penimbang yang memegang serpihan tulang tersebut. Ia mengekalkan kelurusan kaki dan membantu meredakan kesakitan anda.

    Penetapan luaran. Jenis pembedahan ini, pin besi atau skru diletakkan ke dalam tulang di atas dan bawah bahagian tulang yang patah. Pin dan skru dilekatkan pada bar diluar kulit. Alat ini menstabilkan bingkai yang memegang tulang dalam posisi yang betul supaya ia boleh pulih dengan baik.

    Penetapan luaran adalah rawatan sementara bagi kepatahan tulang peha. Oleh kerana ia mudah digunakan, penetap luaran digunakan jika pesakit mengalami beberapa kecederaan dan belum bersedia untuk menjalani pembedahan panjang bagi membetulkan kepatahan tersebut. Penetap ini menyediakan kestabilan sementara dan baik sehingga pesakit sihat untuk menjalani pembedahan. Dalam kes tertentu, penetap luaran ditinggalkan sehingga tulang peha sembuh sepenuhnya tetapi keadaan ini jarang berlaku.

    Intramedullary nailing. Pada masa kini, cara yang paling lazim digunakan oleh kebanyakan doktor bedah ialah intramedullary nailling. Semasa prosedur ini dilakukan, batang besi yang direka khas dan dimasukkan ke dalam terusan sumsum peha. Besi ini dimasukkan merentasi patah tulang tersebut untuk mengekalkan posisi.

    Paku intramedullary boleh dimasukkan ke dalam terusan sama ada pada tulang pinggul atau lutut melakukan potongan kecil. Ia diskrukan pada tulang di kedua-dua penghujung. Ini mengekalkan paku dan tulang pada posisi yang baik untuk proses penyembuhan.

    Paku intramedullary biasanya diperbuat daripada titanium. Ia mempunyai kepanjangan dan diameter berbeza untuk tulang peha anda.

    Plat dan skru. Semasa pembedahan ini, fragmen tulang diletakkan semula (reduced) kepada tempat asal. Ia diletakkan bersama dengan skru dan plat besi dan dilekatkan pada permukaan luar tulang.

    Plat dan skru digunakan apabila paku intramedullary tidak dapat digunakan, seperti kepatahan melepasi tulang pinggul atau sendi lutut.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Patah Tulang Peha?

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 22/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan