Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Tulang peha anda adalah tulang terpanjang dan terkuat di dalam badan anda. Disebabkan tulang peha ini kuat, ia biasanya memerlukan daya yang kuat untuk berlakunya kepatahan. Kemalangan kereta sebagai contoh merupakan salah satu punca patah tulang peha.
Bahagian peha yang panjang dan lurus dipanggil batang peha. Apabila berlaku kepatahan pada mana-mana bahagian tulang peha, ia dipanggil patah batang peha.
Kepatahan tulang peha adalah sangat berbeza-beza bergantung kepada daya yang menjadi punca kepatahan. Serpihan tulang mungkin masih di tempat asal atau terkeluar daripada tempat asal (displaced) dan kepatahan tersebut mungkin tertutup (diselaputi kulit) atau terbuka (tulang memotong kulit tersebut).
Doktor mengelaskan kepatahan menggunakan sistem kalsifikasi. Kepatahan tulang peha dikelaskan bergantung kepada:
Jenis yang paling lazim bagi kepatahan tulang peha ialah:
Kepatahan tulang peha adalah lazim berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Kepatahan tulang peha biasanya menyebabkan kesakitan yang teruk dan secara tiba-tiba. Anda tidak boleh meletakkan berat pada kaki yang tercedera, dan ia kelihatan cacat – lebih pendek daripada kaki sebelah dan tidak lurus lagi.
Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.
Anda perlu menghubungi doktor anda dengan segera apabila anda mengalami simptom kepatahan tulang peha.
Kepatahan tulang peha dalam kalangan orang muda adalah biasa kerana beberapa jenis perlanggaran berimpak tinggi. Punca paling lazim ialah kemalangan jalan raya. Pejalan kaki yang dilanggar oleh pemandu kereta adalah punca lazim yang lain, contoh lain juga seperti jatuh dari tempat tinggi dan ditembak.
Insiden berdaya rendah seperti jatuh semasa berdiri, juga merupakan punca Kepatahan tulang peha bagi orang tua yang mempunyai tulang lemah.
Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Sejarah perubatan dan Pemeriksaan fizikal
Adalah penting untuk doktor mengetahui punca kecederaan anda. Sebagai contoh, jika anda terlibat dengan kemalangan jalan raya, ia akan membantu doktor untuk mengetahui kelajuan anda, sama ada anda seorang pemandu atau penumpang, memakai tali pinggang keledar dan kewujudan beg udara. Maklumat ini akan membantu doktor anda menentukan cara anda tercedera dan jika terdapat kecederaan di tempat lain.
Adalah penting juga untuk doktor anda mengetahui jika anda mengalami keadaan kesihatan lain seperti tekanan darah tingggi, diabetes, asthma atau alahan. Doktor akan bertanya tentang ubat yang sedang anda gunakan.
Selepas berbincang mengenai sejarah kecederaan dan perubatan anda, doktor akan memeriksa dengan teliti. Doktor akan melihat keadaan keseluruhan anda, dan berfokus pada kaki anda. Doktor akan melihat pada:
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor akan merasa keseluruhan peha, kaki dan jari anda bagi sebarang kecacatan dan memeriksa kulit dan otot sekitar peha anda. Doktor juga akan memeriksa nadi anda. Jika anda masih sedarkan diri, doktor akan menguji deria dan pergerakan kaki anda.
Ujian pengimejan
Ujian lain akan menyediakan maklumat tambahan tentang kecederaan anda seperti:
Rawatan Tanpa Pembedahan
Kebanyakan kes kepatahan tulang peha perlu menjalani pembedahan untuk sembuh. Jarang sekali rawatan kepatahan ini pulih tanpa pembedahan. Kanak-kanak kecil kadang kala dirawat dengan menggunakan cast.
Rawatan Pembedahan
Masa pembedahan.
Jika kulit di sekitar kepatahan tiada luka, doktor akan menunggu sehingga anda stabil untuk melakukan pembedahan. Kepatahan terbuka, mendedahkan kawasan kepatahan kepada persekitaran. Ia perlu dibersihkan dan pembedahan perlu dilakukan segera untuk mencegah jangkitan.
Bagi masa antara penjagaan kecemasan awal dan pembedahan, doktor akan menempatkan kaki anda di dalam splint kaki panjang atau tarikan tulang (traction). Ini dapat menetapkan tulang yang patah pada tempat yang normal bagi mengekalkan panjang kaki anda.
Tarikan tulang (traction) adalah sistem kapi timbangan berat dan penimbang yang memegang serpihan tulang tersebut. Ia mengekalkan kelurusan kaki dan membantu meredakan kesakitan anda.
Penetapan luaran. Jenis pembedahan ini, pin besi atau skru diletakkan ke dalam tulang di atas dan bawah bahagian tulang yang patah. Pin dan skru dilekatkan pada bar diluar kulit. Alat ini menstabilkan bingkai yang memegang tulang dalam posisi yang betul supaya ia boleh pulih dengan baik.
Penetapan luaran adalah rawatan sementara bagi kepatahan tulang peha. Oleh kerana ia mudah digunakan, penetap luaran digunakan jika pesakit mengalami beberapa kecederaan dan belum bersedia untuk menjalani pembedahan panjang bagi membetulkan kepatahan tersebut. Penetap ini menyediakan kestabilan sementara dan baik sehingga pesakit sihat untuk menjalani pembedahan. Dalam kes tertentu, penetap luaran ditinggalkan sehingga tulang peha sembuh sepenuhnya tetapi keadaan ini jarang berlaku.
Intramedullary nailing. Pada masa kini, cara yang paling lazim digunakan oleh kebanyakan doktor bedah ialah intramedullary nailling. Semasa prosedur ini dilakukan, batang besi yang direka khas dan dimasukkan ke dalam terusan sumsum peha. Besi ini dimasukkan merentasi patah tulang tersebut untuk mengekalkan posisi.
Paku intramedullary boleh dimasukkan ke dalam terusan sama ada pada tulang pinggul atau lutut melakukan potongan kecil. Ia diskrukan pada tulang di kedua-dua penghujung. Ini mengekalkan paku dan tulang pada posisi yang baik untuk proses penyembuhan.
Paku intramedullary biasanya diperbuat daripada titanium. Ia mempunyai kepanjangan dan diameter berbeza untuk tulang peha anda.
Plat dan skru. Semasa pembedahan ini, fragmen tulang diletakkan semula (reduced) kepada tempat asal. Ia diletakkan bersama dengan skru dan plat besi dan dilekatkan pada permukaan luar tulang.
Plat dan skru digunakan apabila paku intramedullary tidak dapat digunakan, seperti kepatahan melepasi tulang pinggul atau sendi lutut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen