backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Patah Tangan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apakah itu patah tangan?

Patah pergelangan tangan atau patah tangan adalah patah atau retak pada satu atau lebih tulang pergelangan tangan atau tangan anda. Kecederaan pada pergelangan tangan ini biasanya berlaku apabila seseorang itu cuba menahan diri mereka semasa jatuh dan mendarat dengan mendepakan tangan.

Adalah penting untuk merawat pergelangan tangan atau tangan yang patah (fraktur) secepat mungkin. Jika tidak, tulang mungkin tidak sembuh dalam penjajaran yang betul, dan seterusnya mungkin menjejaskan keupayaan anda untuk melakukan aktiviti harian, seperti menulis atau membutangkan baju. Rawatan awal juga akan membantu mengurangkan kesakitan dan kekakuan.

Adakah patah tangan biasa berlaku?

Patah tangan sangat biasa berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom patah tangan?

Kebanyakan kecederaan tangan agak jelas. Simptom-simptom mungkin termasuk berikut:

  • Bengkak
  • Lebam
  • Sakit
  • Salah jajaran jari-jari
  • Kelemahan
  • Ketidakupayaan untuk menggenggam / mencekau
  • Mengurangkan julat pergerakan jari
  • Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sebarang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

    Tangan anda adalah memainkan peranan penting dalam kebolehan anda untuk berfungsi dengan baik, anda harus memastikan bahawa tiada kerosakan kekal yang berlaku.

    Memandangkan tangan anda adalah sangat penting, anda harus menunjukkan kepada doktor sebarang kecederaan tangan, kecuali yang paling kecil. Hubungi doktor anda, yang boleh merujuk anda ke jabatan kecemasan untuk diagnosis dan rawatan.

    Punca

    Apakah yang menyebabkan tangan patah?

    Penyebab utama kecederaan tangan termasuk kecederaan di tempat kerja, penggunaan alat yang tidak betul, kecederaan remuk, jatuh, dan kecederaan sukan. Kebanyakan kecederaan tersebut boleh dicegah.

    Faktor-faktor risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk mengalami patah tangan?

    Faktor risiko patah pergelangan tangan atau tangan boleh termasuklah dari penyertaan dalam sukan tertentu – seperti meluncur sebaris atau luncur papan salji- sehinggalah mempunyai osteoporosis, keadaan di mana tulang menjadi lebih nipis dan lebih rapuh.

    Diagnosis & rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut

    Bagaimanakah tangan patah didiagnosis?

    Kebanyakan kecederaan tangan memerlukan sinar-X. Sejarah tentang bagaimana kecederaan tangan berlaku akan membantu doktor menentukan jenis patah yang paling berkemungkinan berlaku. Sebagai contoh, jika tangan anda cedera dengan menumbuk, patah yang paling berkemungkinan telah berlaku adalah metakarpus kelima.

    Doktor akan menyentuh jari dan tangan dan pergelangan tangan anda untuk menentukan kawasan yang paling menyakitkan dan untuk menilai sama ada kerosakan berlaku pada saluran darah atau saraf atau tendon di tangan.

    Bagaimanakah patah tangan dirawat?

    Kerana kerumitan tangan, rawatan termasuklah rawatan kecederaan tangan. Prosedur ini biasanya seperti berikut:

    • Doktor biasanya akan mendapatkan sinar-X
    • Tangan anda akan dibius sebahagiannya dengan suntikan pada saraf di pergelangan tangan atau di pangkal jari. Luka akan dicuci dengan bersih dan diperiksa dengan teliti
    • Mana-mana luka biasanya akan ditutup dengan teliti (sama ada dengan jahitan atau cara lain)
    • Anda mungkin diberi antibiotik untuk memastikan luka tidak dijangkiti
    • Bahagian yang cedera akan dipegunkan dengan splin untuk memegangnya dalam kedudukan tertentu
    • Anda mungkin dirujuk kepada pakar tangan (pakar bedah ortopedik atau plastik)
    • Anda mungkin menerima ubat tahan sakit untuk digunakan selama beberapa hari selepas kecederaan

    Perubahan gaya hidup & remedi di rumah

    Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi di rumah yang boleh membantu saya menguruskan patah tangan?

    Secara umumnya, sebarang kecederaan tangan – kecuali yang paling kecil – harus dilihat oleh doktor. Walau bagaimanapun pertolongan cemas yang mudah, dapat membantu mencegah kecederaan selanjutnya.

    • Kawal sebarang pendarahan dengan meletakkan kain bersih atau kain kasa yang bersih di atas luka
    • Sebaik sahaja kecederaan itu berlaku, letakkan ais ke kawasan yang cedera untuk mengurangkan kesakitan dan mengurangkan bengkak
    • Tanggalkan sebarang perhiasan dengan serta-merta. Tangan anda mungkin membengkak secara luar biasa, dan adalah sukar atau hampir mustahil untuk menanggalkan perhiasan apabila mula membengkak
    • Hubungi doktor anda. Anda biasanya akan sering dirujuk ke jabatan kecemasan untuk diagnosis dan rawatan
    • Sekiranya tangan itu kelihatan jelas cacat bentuk, cuba sokong tangan yang cedera dengan meletakkannya di atas bantal dan bawa bantal bersama anda ke hospital atau pejabat doktor
    • Ambil acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofen (Advil, Motrin) seperti yang diarahkan pada label untuk kesakitan.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan