Apa itu Paru-paru berair (pulmonary edema)?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Paru-paru berair (pulmonary edema)?

Paru-paru berair (pulmonary edema) ialah pembentukan cecair di dalam paru-paru. Cecair tersebut berkumpul di dalam kantung udara membuatkan pernafasan menjadi susah. Ia kebiasaannya disebabkan oleh masalah jantung tetapi terdapat keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkannya.

Paru-paru berair boleh terjadi secara tiba-tiba (akut) atau dalam jangka masa yang lama (kronik). Keadaan ini membawa maut jika terjadi secara tiba-tiba menyebabkan sesak nafas yang memerlukan penjagaan serta-merta. Walaubagaimanapun, jika dikesan pada waktunya, ia kebiasaannya boleh dirawat dan semakin baik dengan rawatan segera. Rawatannya termasuk merawat paru-paru berair itu sendiri dan juga penyebabnya.

Apakah kebarangkalian Paru-paru berair (pulmonary edema)?

Ia adalah keadaan yang kerap berlaku dalam orang tua tetapi jarang bagi orang mudah. Sekitar 1 dalam 15 orang berumur 75-84 tahun dan lebih 1 dalam 7 orang berumur 85 tahun dan ke atas mengalami kegagalan jantung. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Paru-paru berair (pulmonary edema)?

Bergantung samada anda mengalami paru-paru berair akut atau kronik, simptomnya adalh sedikit berbeza. Tetapi secara umumnya, anda akan mengalami:

  • Susah bernafas;
  • Kebimbangan atau kegelisahan;
  • Kurang kadar kewaspadaan;
  • Bengkak pada kaki atau abdomen;
  • Kulit pucat;
  • Berpeluh (secara berlebihan).

Simptom-simptom paru-paru berair akut

  • Sesak nafas teruk atau dyspnea yang semakin teruk apabila baring;
  • Rasa seperti tercekik atau lemas;
  • Nafas berbunyi (wheezes) atau tercungap-cungap;
  • Kebimbangan, kegelisahan;
  • Batuk lendir atau darah;
  • Sakit dada jika paru-paru berair disebabkan oleh penyakit jantung;
  • Degupan jantung laju dan tidak sekata (palpitasi)

Simptom-simptom paru-paru berair kronik

  • Menghadapi masalah untuk bernafas apabila menjalankan aktiviti fizikal atau baring;
  • Nafas berbunyi (wheezes);
  • Tidur terganggu disebabkan oleh susah bernafas;
  • Naik berat badan dengan cepat disebabkan pembentukan cecair di dalam badan terutamanya di kaki;
  • Bengkak di bahagian bawah badan terutamanya kaki;
  • Penat.

Dalam sebahagian kes, berada di altitud yang tinggi juga boleh menyebabkan paru-paru berair. Anda juga akan mengalami susah bernafas, batuk (kadangkala bersama darah atau lendir), sakit kepala dan demam jika anda berjalan ke tempat yang tinggi.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Paru-paru berair boleh membawa kepada maut. Anda harus menghubungi pusat kesihatan tempatan serta-merta jika anda mengalami simptom-simptom berikut:

  • Sesak nafas terutamanya jika datang secara mengejut;
  • Masalah bernafas atau rasa tercekik (dyspnea);
  • Bunyi nafas berbuih atau bunyi tercungap-cungap apabila bernafas;
  • Batuk kahak berwarna merah jambu dan berbuih;
  • Susah bernafas dan berpeluh berlebihan;
  • Tona kulit warna biru atau kelabu;
  • Tekanan darah jatuh dengan signifikan menyebabkan ringan kepala, pening lalat, lemah dan berpeluh;
  • Simptom yang berkait dengan paru-paru berair kronik atau paru-paru berair di altitud tinggi menjadi semakin teruk secara tiba-tiba.

Punca

Apakah Punca Paru-paru berair (pulmonary edema)?

Paru-paru anda terdiri daripada banyak kantung udara kecil yang mengambil oksigen dan melepaskan karbon monoksida setiap kali bernafas. Jika anda mengalami paru-paru berair, kantung tersebut diisi dengan cecair, bukannya udara. Paru-paru berair terbahagi kepada 2 kategori: kardiogenik dan bukan kardiogenik.

Kategori pertama kebiasaannya disebabkan oleh kegagalan jantung kongestif – satu keadaan dimana jantung anda mengepam darah terlalu sikit untuk memenuhi keperluan badan. Apabila keadaan ini berlaku, darah boleh kembali ke dalam vena dan terperangkap di dalam paru-paru. Terdapat banyak keadaan yang boleh membawa kepada kegagalan jantung kongestif seperti:

  • Penyakit arteri koronari: arteri yang membekalkan darah kepada otot jantung menjadi sempit disebabkan pemendapatan lemak;
  • Kardiomiopati: otot jantung rosak;
  • Masalah injap jantung: injap yang mengawal aliran darah tidak berfungsi dengan betul;
  • Tekanan darah tinggi (hipertensi).

Jika paru-paru berair tidak disebabkan oleh kegagalan jantung kongestif, adalah berkemungkinan bahawa kapilari (saluran darah yang membawa darah ke paru-paru) telah menjadi lemak atau bocor.

Kategori kedua mungkin disebabkan salah satu dari sebab-sebab berikut:

  • Sindrom pernafasan akut teruk (ARDS): paru-paru anda secara mengejut diisi dengan cecair dan sel darah putih keradangan;
  • Altitud tinggi: perubahan drastik pada tekanan udara boleh menyebabkan cecair mengisi paru-paru anda;
  • Keadaan sistem saraf: selepas kecedaan kepala, sawan, pendarahan subaraknoid atau pembedahan otak, paru-paru berair mungkin berlaku;
  • Embolisme pulmonari: darah beku menyebabkan darah terperangkap di dalam paru-paru anda;
  • Kecederaan paru-paru;
  • Kesan buruk ubat atau terdedah kepada toksin tertentu;
  • Jangkitan virus;
  • Hampir lemas.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Paru-paru berair (pulmonary edema)?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Umur: orang tua lebih berisiko;
  • Mengalami keadaan yang disebut di atas.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Paru-paru berair (pulmonary edema)
didiagnosis?

Doktor akan memeriksa simptom fizikal untuk paru-paru berair seperti:

  • Bengkak pada kaki atau abdomen;
  • Abnormal pada vena tengkuk;
  • Warna kulit biru atau pucat.

Seterusnya, doktor akan memeriksa paru-paru dan jantung anda untuk menentukan jika paru-paru berair tersebut disebabkan oleh mana-mana masalah jantung.

  • Bunyi jantung abnormal;
  • Krakel pada paru-paru;
  • Kadar degupan jantung meningkat;
  • Bernafas laju.

Tanda-tanda lain yang mungkin ditemui semasa pemeriksaan ialah:

  • Kimia ujian darah;
  • Mengawasi kadar oksigen dalam darah: menggunakan oksimetri nadi yang menggunakan sensor diletakkan di atas kulit seperti hujung jari;
  • X-ray dada untuk melihat tanda-tanda kegagalan jantung atau masalah lain pada paru-paru seperti pneumonia;
  • Kiraan darah lengkap;
  • Ekokardiogram (ultrasonik pada jantung) untuk melihat jika ada masalah pada otot jantung (seperti lemah, tebal, gagal untuk mengendur dengan baik, injap jantung bocor atau sempit atau cecair di sekeliling jantung);
  • Elektrokardiogram (ECG) untuk melihat tanda-tanda serangan jantung atau masalah pada irama jantung.

Bagaimana pesakit Paru-paru berair (pulmonary edema)
dirawat?

Pesakit paru-paru berair akut kebiasaannya memerlukan kemasukan hospital yang segera. Anda mungkin perlu berada di Unit Kawalan Rapi (ICU) untuk membuang cecair lebihan daripada paru-paru anda dan untuk membantu jantung bekerja dengan lebih efektif.

Rawatan melibatkan penggunaan oksigen melalui topeng muka atau tiub plastik kecil atau tiub pernafasan untuk membantu anda bernafas dengan sendiri.

Penyebab kepada paru-paru berair tersebut harus dikenal pasti dan dirawat segera. Bergantung kepada keadaan dan sebab paru-paru berair anda, anda mungkin juga menerima satu atau lebih ubat berikut. Sebagai contoh, jika serangan jantung menyebabkan keadaan tersebut, ia mesti dirawat serta-merta.

Ubat-ubatan yang mungkin digunakan termasuk:

  • Ubat untuk mengurangkan preload bagi mengelakkan cecair masuk ke dalam jantung dan paru-paru. Doktor kebiasaannya mempreskrip nitroglycerin dan diuretik seperti furosemide (Lasix) untuk merawat paru-paru berair. Nifedipine (Procardia) kadangkala turut dipreskrip.
  • Morphine (Avinza, MS Contin). Narkotik ini mungkin digunakan untuk menghilangkan sesak nafas dan kebimbangan.
  • Ubat untuk mengurangkan afterload. Ubat ini, seperti nitroprusside (Nitropress), mengembangkan saluran darah dan mengurangkan tekanan di dalam jantung.
  • Ubat yang menguatkan otot jantung, mengawal degupan jantung atau mengurangkan tekanan ke atas jantung.

Jika anda mengalami paru-paru berair disebabkan altitud tinggi, langkah pertama ialah untuk mendapatkan tangki oksigen atau pergi ke altitud yang lebih rendah dimana oksigen di udara lebih tinggi. Kemudian, ambil ubat-ubatan preskripsi seperti acetazolamide (Diamox Sequels) atau nifedipine untuk membantu merawat atau mencegah simptom.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Paru-paru berair (pulmonary edema)?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi paru-paru berair:

  • Mengawal keadaan dasar dengan mengambil ubat-ubatan seperti yang dipreskrib oleh doktor;
  • Berhenti merokok;
  • Mengekalkan hidup sihat dan bersenam;
  • Mengambil pemakanan sihat dengan:
      • Mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan gandum;
      • Kurangkan garam;
      • Senaman berkala;
      • Berhenti merokok jika anda merokok;
      • Turunkan berat badan jika anda mempunyai lebih berat badan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut