Apa itu Paronikia?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu paronikia?

Paronikia ialah infeksi kulit yang berlaku sekitar kuku tangan dan kuku kaki. Lipatan kuku yang terjangkit akan kelihatan bengkak, radang dan mungkin nyeri. Ianya mungkin disebabkan infeksi yis atau  jangkitan bakteria atau mungkin beberapa jenis fungi lain. Paronikia boleh membentuk perlahan dan kekal berminggu-minggu atau muncul secara tiba-tiba dan bertahan sekitar satu atau dua hari. Jika dibiar tanpa dirawat, ia boleh mengakibatkan infeksi serius atau mungkin juga kehilangan sebahagian dari kuku anda.

Apakah kebarangkalian paronikia?

Di Amerika Syarikat, paronikia ialah infeksi tangan paling biasa berlaku, mewakili 35% daripada masalah ini. Infeksi ini biasanya berlaku pada wanita berbanding lelaki, dengan nisbah wanita-lelaki sebanyak 3:1. Ia boleh dihidapai oleh pesakit pada mana-mana peringkat usia. Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi paronikia

Simptom biasa paronikia antranya ialah:

  • Perubahan kuku. Contohnya, kuku kemerahan, bengkak, tanggal, berbentuk abnormal;
  • Merekah pada lipatan kuku atau trauma pada kuku;
  • Rasa menyengat dan nyeri pada kulit ssekitar kuku;
  • Kulit sekitar kuku terasa lembap dn mungkin mengandungi mucus (cecairan);
  • Demam panas, menggigil dan rasa sakit yang umum;
  • Kesakitan pada sendi dan otot.

Sekiranya tidak dirawat, jangkitan boleh merebak pada kulit lapisan tebal sekitar kuku (eponychium) untuk menanggalkan kuku.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mengalami tanda atau simptom dinyatakan di atas atau mempunyai apa-apa persoalan, sila berbincang dengan doktor anda. Setiap orang mempunyai fungsi tubuh berbeza. Adalah lebih baik sekiranya anda berbincang dengan doktor anda tentag solusi terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan paronikia?

Ada banyak punca jangkitan pada paronikia. Bagaimanapun, yang paling biasa adalah:

  • Jangkitan bakteria biasanya adalah sakit dan secara tiba-tiba.
  • Jangkitan yis berkembang perlahan dan tidak menyebabkan mucus dalam kebanyakan kes.
  • Lain-lain jenis virus dan fungi mungkin juga menyebabkan paronikia, tapi ianya tidak biasanya berlaku.

Kadangkala paronikia boleh berlaku kerana kuku anda berada dalam persekitaran yang sesuai untuk menarik bakteria, contohnya:

  • Sekiranya anda sering meletakkan tangan pada air atau air sabun.
  • Contohnya, menggigit kuku, potongan kuku yang kurang elok, kuku yang rosak atau berpenyakit atau lipatan kuku dan lain-lain lagi.
  • Contohnya, anda menggunakan sarung tangan dalam jangka masa yang panjang atau kuku palsu.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko paronikia?

Ada banyak faktor risiko bagi paronikia, contohnya:

  • Mereka yang menggigit kuku atau mencabut kulit di sekitar kuku;
  • Mereka yang sering menggunakan sarung tangan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana paronikia didiagnosis?

Doktor anda boleh mendiagnosis paronikia dengan melihat pada kuku yang dijangkiti. Jika diperlukan, mereka akan mengarahkan ujian sampel seperti nanah atau ciran yang dikeluarkan dari kuku yang dijangkiti untuk mencari punca infeksi bagi mencari rawatan yang terbaik.

Bagaimana paronikia dirawat?

Jika anda mengalami paronikia yang sederhana, yang anda perlukan cumalah rawatan di rumah. Anda boleh mencuba merendam tangan dalam air suam 2-3 kali sehari bagi mengurangkan bengkak dan kesakitan.  Ubat penahan sakit, seperti paracetamol atau ibuprofen, biasanya berfungsi dengan baik untuk melegakan apa-apa jenis kesakitan. Selepas direndam, anda boleh menyapu krim antibiotik sekiranya jangkitan anda disebabkan oleh bakteria.

Sekiranya jangkitan anda membentuk mukus, doktor anda akan mula menyedut mukus terlebih dahulu kemudian memberi anda ubatan antibiotik untuk dibawa ke rumah. Sebahagian dari kuku mungkin perlu dibuang (dipotong).

Sekiranya anda mengalami paroniki fungal, pengamal kesihatan anda boleh memberi preskripsi ubatan tablet antifungal atau krim. Pastikan tangan anda kering dan sapukan bahan pengering kulit sekiranya diperlukan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas paronikia?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi paronikia:

  • Elakkan dari menggigit kuku;
  • Elakkan pendedahan tangan kepada air yang terlalu lama;
  • Sekiranya perlu bagi anda unuk bekerja dengan air, gunakan sarung tangan yang mempunyai lapisan kapas di bahagian dalam;
  • Elakkan memakai sarung tangan atau kuku artifisial terlalu lama;
  • Ambil berat mengenai kuku dan jari anda dengan sebaiknya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019