Apa itu Pankreatitis Kronik?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Pankreatitis Kronik?

Pankreatitis adalah keradangan (bengkak) pada pankreas. Pankreas merupakan kelenjar di abdomen (perut), dikelilingi oleh perut, usus, dan organ-organ lain. Ia mencipta bahan-bahan yang dikenali sebagai jus pankreas (mengandungi enzim-enzim pencernaan) dan hormon insulin dan glukagon.

Pankreatitis terjadi apabila enzim-enzim pencernaan ini mula menyerang pankreas. Terdapat dua jenis pankreatitis:

  • Pankreatitis akut yang berlaku secara tiba-tiba.
  • Pankreatitis kronik yang jangka panjang. Luka berterusan terhadap pankreas boleh membawa kepada pankreatitis kronik. Pankreas tidak mencipta enzim-enzimnya membuatkan ia tidak mampu untuk mencerna dan menyerap lemak daripada pemakanan. Pengeluaran insulin juga berkurang.

Pankreatitis kronik tidak akan sembuh atau bertambah baik. Ia boleh menjadi lebih teruk sepanjang masa dan mengakibatkan kecederaan kekal.

Apakah kebarangkalian Pankreatitis Kronik?

Pankreatitis kronik bukanlah sesuatu yang biasa. Mereka yang mengidap keadaan kesihatan ini adalah dalam lingkungan 50/100,000. Mereka yang peringkat umur 30-an dan 40-an mempunyai kadar yang tinggi akan mengidap pankreatitis kronik. Lagi ramai lelaki berbanding wanita yang mengidap penyakit ini. Pankreatitis tidak dapat ditangkap.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pankreatitis Kronik?

Pesakit-pesakit yang mengidap pankreatitis kronik boleh menderita:

  • sakit di tengah dan atas belakang dan abdomen;
  • gred yang rendah, sakit yang berpanjangan dengan diulangi serangan mendadak;
  • turun berat badan yang tidak dapat dijelaskan;
  • najis yang besar, busuk, pergerakan usus yang besar (dipanggil steatorrhea);
  • loya dan muntah-muntah;
  • perut kembung dan demam;
  • jaundis;
  • pendarahan dalaman.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau gejala yang tidak disenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa jua gejala, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai apa jua tanda atau gejala yang disenarai seperti di atas atau mengalami sakit belakang dan sakit perut, sila berunding dengan doktor anda.

Punca

Apakah Punca Pankreatitis Kronik?

Terdapat beberapa punca yang membawa kepada pankreatitis kronik, meskipun penyalahgunaan alkohol merupakan punca utama. Punca yang kurang biasa seperti hemochromatosis (terlalu banyak iron di dalam darah) dan sistik fibrosis (gangguan genetik paru-paru yang kebanyakkannya menjejaskan pankreas). Namun kadangkala puncanya tidak diketahui.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pankreatitis Kronik?

Terdapat banyak faktor risiko untuk pankreatitis kronik seperti:

  • Alkoholisme;
  • Batu karang;
  • Rawatan-rawatan untuk penyakit-penyakit yang lain;
  • Merokok;
  • Sistik fibrosis;
  • Pembedahan abdomen;
  • Sejarah keluarga yang mengidap pankreatitis;
  • Terlalu banyak kalsium di dalam darah.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pankreatitis Kronik didiagnosis?

Doktor akan mendiagnosis pankreatitis kronik dengan menganalisis sejarah perubatan dan melakukan pemeriksaan fizikal. Sampel darah akan dikaji untuk tanda-tanda penyakit ini. Imbasan CT atau ultrasound pada perut boleh dilakukan untuk menyisihkan punca-punca gejala anda.

Bagaimana pesakit Pankreatitis Kronik dirawat?

Gejala yang paling biasa adalah kesakitan di tengah. Rawatan pertama bertujuan untuk mengurus kesakitan, biasanya dengan menggunakan pelega kesakitan tanpa narkotik. Merujuk kepada pakar kesakitan mungkin membantu. Pada kes-kes yang ganjil pula, jika kesakitannya tidak dapat dikawal, pembedahan mungkin akan dilakukan. Pembedahan melibatkan penyaliran saluran pankreas (tiub yang menyambungkan pankreas dan saluran hempedu). Manakala kes-kes yang rumit, keseluruhan atau sebahagian pankreas akan dibuang.

Tujuan yang kedua adalah dengan menggantikan enzim-enzim pencernaan dan insulin yang pankreas selalu lakukan. Untuk kes-kes yang teruk, pertukaran insulin mungkin diperlukan. Enzim pankreatik, seperti tablet, diambil bersama hidangan dan kudapan. Suntikan insulin digunakan untuk mengawal tahap gula darah (glukosa). Makanan tambahan seperti vitamin A, D, dan K mungkin diperlukan kerana penghadaman yang lemah.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pankreatitis Kronik?

Berikutnya merupakan gaya hidup dan rawatan sampingan di rumah yang mungkin boleh membantu anda mengatasi pankreatitis kronik:

  • Makan diet yang rendah lemak dan seimbang.
  • Ambil makanan tambahan seperti vitamin oral larut lemak dan kalsium. Ambil makanan tambahan enzim pankreatitis seperti yang diarahkan.
  • Hubungi doktor anda jika anda memiliki gejala-gejala pankreatitis atau gejala-gejala menjadi makin teruk atau tidak bertindakbalas dengan baik terhadap ubat-ubat.
  • Hubungi doktor anda jika anda demam.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.