Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Bell’s palsy merupakan penyakit yang menyebabkan kelemahan sementara atau kelumpuhan pada otot di muka. Perkara ini juga boleh berlaku apabila saraf yang mengawal otot muka mengalami keradangan, bengkak atau ditekan. Kondisi ini akan menyebabkan satu sisi muka anda kelihatan jatuh atau menjadi kejang. Kesukaran untuk senyum atau menutup mata di kawasan yang terjejas merupakan tanda – tanda biasa yang mungkin anda hadapi. Dalam kebanyakan kes, bell’s palsy adalah bersifat sementara dan simptom – simptomnya akan hilang selepas beberapa minggu.
Walaupun penyakit bell’s palsy boleh berlaku pada setiap peringkat umur, tetapi kondisi ini sering berlaku dalam kalangan individu yang berumur 16 dan 60 tahun. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Beberapa tanda – tanda serta gejala biasa bell’s palsy yang berlaku secara tiba – tiba termasuk:
Walau bagaimanapun, dalam kes – kes yang jarang berlaku, bell’s palsy boleh menjejaskan saraf di kedua – dua belah muka anda.
Diagnosis serta rawatan awal boleh menghalang kondisi ini daripada terjadi dengan lebih teruk dan mencegah situasi kecemasan yang lain, jadi sila berbincang dengan doktor anda secepat mungkin untuk mencegah kondisi serius ini.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Telah dibuktikan bahawa bell’s pasly terjadi apabila urat saraf kranial yang ketujuh mengalami bengkak atau ditekan, menyebabkan kelemahan pada wajah atau lumpuh. Walau bagaimanapun, punca sebenar masih tidak diketahui, tetapi ramai golongan pengkaji berpendapat bahawa penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus. Terdapat beberapa virus yang bertanggungjawab terlibat dalam membentuk bell’s palsy termasuk:
Anda mungkin mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami bell’s palsy sekiranya anda mempunyai risiko ini :
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Jika doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keadaan ini, dia akan terlebih dahulu melakukan pemeriksaan fizikal untuk menentukan sejauh mana kelemahan otot muka anda. Doktor juga akan bertanya soalan tentang gejala anda, termasuk ketika gelaja tersebut mula berlaku atau bila gejala tersebut mula diketahui.
Doktor anda juga akan melakukan ujian yang pelbagai untuk mendapatkan diagnosis bell’s palsy. Ujian ini termasuk ujian darah untuk mengenal pasti jangkitan bakteria atau virus. Doktor anda juga akan menggunakan imbasan MRI atau CT untuk meneliti urat saraf muka anda.
Sebenarnya, kebanyakan individu yang mengalami bell’s palsy akan sembuh sepenuhnya – dengan rawatan ataupun tidak. Tiada satu pun rawatan yang tetap untuk merawat bell’s palsy, tetapi doktor anda akan mencadangkan beberapa ubat atau terapi fizikal untuk membantu proses penyembuhan. Pembedahan sangat jarang diperlukan untuk merawat bell’s palsy.
Ubat – ubatan
Ubat – ubatan yang selalu digunakan untuk merawat bell’s palsy adalah:
Ia termasuk prednisolone, merupakan ubat anti keradangan yang sangat kuat. Jika ubat ini boleh mengurangkan bengkak pada saraf muka, maka saraf akan lebih selesa untuk berada kawasan tulang. Kortikosteroid akan menghasilkan kesan yang lagi baik jika dimulakan selang beberapa hari setelah simptom – simptom anda wujud.
Otot yang lumpuh akan mengecut dan menjadi lebih pendek, menyebabkan kontraksi yang kekal. Ahli terapi fizikal akan mengajar anda bagaimana untuk mengurut dan menggerakkan otot muka anda bagi membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku.
Sebelum ini, pembedahan dekompresi digunakan untuk melegakan tekanan pada saraf wajah dengan membuka laluan pada tulang untuk membolehkan saraf melaluinya. Kini, pembedahan dekompresi tidak lagi disyorkan. Kecederaan saraf muka dan kehilangan pendengaran yang kekal adalah risiko yang mungkin berlaku melalui kaedah pembedahan ini.
Pembedahan plastik mungkin diperlukan untuk merawat masalah urat saraf yang berpanjangan.
Tips dibawah boleh membantu anda untuk mencegah bell’s palsy:
Menggunakan titisan mata pelincir pada waktu siang dan salap pada watu malam akan membantu melembapkan mata. Memakai cermin mata pada waktu siang serta penutup mata pada waktu malam boleh melindungi mata anda daripada tercucuk atau calar.
Aspirin, ibuprofin (Advil, Motrin IB, dan lain – lain) atau acetaminophen (Tylenol, dan lain – lain) boleh membantu melegakan kesakitan.
Meletakkan kain yang direndam di dalam air panas ke muka anda beberapa kali mampu mengurangkan kesakitan.
Mengurut dan melakukan senaman pada muka anda berdasarkan nasihat ahli terapi fizikal akan membantu anda untuk melegakan kekejangan otot muka.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen