backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Palsi Bell

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Palsi Bell?

Bell’s palsy merupakan penyakit yang menyebabkan kelemahan sementara atau kelumpuhan pada otot di muka.  Perkara ini juga boleh berlaku apabila saraf yang mengawal otot muka mengalami keradangan, bengkak atau ditekan. Kondisi ini akan menyebabkan satu sisi muka anda kelihatan jatuh atau menjadi kejang. Kesukaran untuk senyum atau menutup mata di kawasan yang terjejas merupakan tanda – tanda biasa yang mungkin anda hadapi. Dalam kebanyakan kes, bell’s palsy adalah bersifat sementara dan simptom – simptomnya akan hilang selepas beberapa minggu.

Apakah kebarangkalian Palsi Bell?

Walaupun penyakit bell’s palsy boleh berlaku pada setiap peringkat umur, tetapi kondisi ini sering berlaku dalam kalangan individu yang berumur 16 dan 60 tahun. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Palsi Bell?

Beberapa tanda – tanda serta gejala biasa bell’s palsy yang berlaku secara tiba – tiba termasuk:

  • Kelemahan ringan hingga kelumpuhan sepenuhnya  pada satu sisi muka anda bermula dengan pantas – berlaku dalam masa beberapa jam hingga berhari – hari.
  • Muka akan kelihatan seperti jatuh serta kepayahan untuk menggerakkan otot muka seperti menutup mata atau senyum.
  • Air liur meleleh.
  • Sakit pada rahang atau belakang telinga di kawasan yang terjejas.
  • Kepekaan terhadap bunyi meningkat di kawasan yang terjejas.
  • Sakit kepala.
  • Kebolehan untuk merasa akan berkurang.
  • Perubahan jumlah air mata atau air liur yang anda hasilkan.

Walau bagaimanapun, dalam kes – kes yang jarang berlaku, bell’s palsy boleh menjejaskan saraf di kedua – dua belah muka anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis serta rawatan awal boleh menghalang kondisi ini daripada terjadi dengan lebih teruk dan mencegah situasi kecemasan yang lain, jadi sila berbincang dengan doktor anda secepat mungkin untuk mencegah kondisi serius ini.

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Palsi Bell?

Telah dibuktikan bahawa bell’s pasly terjadi apabila urat saraf kranial yang ketujuh mengalami bengkak atau ditekan, menyebabkan kelemahan pada wajah atau lumpuh. Walau bagaimanapun, punca sebenar masih tidak diketahui, tetapi ramai golongan pengkaji berpendapat bahawa penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus. Terdapat beberapa virus yang bertanggungjawab terlibat dalam membentuk bell’s palsy termasuk:

  • Herpes simplex, yang menyebabkan luka sejuk dan herpes genital.
  • HIV, yang menjejaskan sistem imun badan.
  • Sarcoidosis, yang menyebabkan keradangan pada organ.
  • Virus Herpes Zoster, yang menyebabkan cacar air dan kayap.
  • Virus Epstein-Bar, yang menyebabkan mononukleosis.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Palsi Bell?

Anda mungkin mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami bell’s palsy sekiranya anda mempunyai risiko ini :

  • Mengandung.
  • Kencing manis.
  • Jangkitan paru – paru.
  • Sejarah keluarga yang mengalami kondisi bell’s palsy.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Palsi Bell didiagnosis?

Jika doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keadaan ini, dia akan terlebih dahulu melakukan pemeriksaan fizikal untuk menentukan sejauh mana kelemahan otot muka anda. Doktor juga akan bertanya soalan tentang gejala anda, termasuk ketika gelaja tersebut mula berlaku atau bila gejala tersebut mula diketahui.

Doktor anda juga akan melakukan ujian yang pelbagai untuk mendapatkan diagnosis bell’s palsy. Ujian ini termasuk ujian darah untuk mengenal pasti jangkitan bakteria atau virus. Doktor anda juga akan menggunakan imbasan MRI atau CT untuk meneliti urat saraf  muka anda.

Bagaimana pesakit Palsi Bell dirawat?

Sebenarnya, kebanyakan individu yang mengalami bell’s palsy akan sembuh sepenuhnya – dengan rawatan ataupun tidak. Tiada satu pun rawatan yang tetap untuk merawat bell’s palsy, tetapi doktor anda akan mencadangkan beberapa ubat atau terapi fizikal untuk membantu proses penyembuhan. Pembedahan sangat jarang diperlukan untuk merawat bell’s palsy.

Ubat – ubatan

Ubat – ubatan yang selalu digunakan untuk merawat bell’s palsy adalah:

  • Kortikosteriod
  • Ia termasuk prednisolone, merupakan ubat anti keradangan yang sangat kuat. Jika ubat ini boleh mengurangkan bengkak pada saraf muka, maka saraf akan lebih selesa untuk berada kawasan tulang. Kortikosteroid akan menghasilkan kesan yang lagi baik jika dimulakan selang beberapa hari setelah simptom – simptom anda wujud.

    • Ubat anti virus

    Otot yang lumpuh akan mengecut dan menjadi lebih pendek, menyebabkan kontraksi yang kekal. Ahli terapi fizikal akan mengajar anda bagaimana untuk mengurut dan menggerakkan otot muka anda bagi membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku.

    • Pembedahan

    Sebelum ini, pembedahan dekompresi digunakan untuk melegakan tekanan pada saraf wajah dengan membuka laluan pada tulang untuk membolehkan saraf melaluinya. Kini, pembedahan dekompresi tidak lagi disyorkan. Kecederaan saraf muka dan kehilangan pendengaran yang kekal adalah risiko yang mungkin berlaku melalui kaedah pembedahan ini.

    Pembedahan plastik mungkin diperlukan untuk merawat masalah urat saraf yang berpanjangan.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Palsi Bell?

    Tips dibawah boleh membantu anda untuk mencegah bell’s palsy:

    • Menutup mata yang tidak boleh ditutup

    Menggunakan titisan mata pelincir pada waktu siang dan salap pada watu malam akan membantu melembapkan mata. Memakai cermin mata pada waktu siang serta penutup mata pada waktu malam boleh melindungi mata anda daripada tercucuk atau calar.

    • Mengambil ubat pelega kesakitan di farmasi

    Aspirin, ibuprofin (Advil, Motrin IB, dan lain – lain) atau acetaminophen (Tylenol, dan lain – lain) boleh membantu melegakan kesakitan.

    • Meletakkan panas yang lembap

    Meletakkan kain yang direndam di dalam air panas ke muka anda beberapa kali mampu mengurangkan kesakitan.

    • Melakukan senaman terapi fizikal

    Mengurut dan melakukan senaman pada muka anda berdasarkan nasihat ahli terapi fizikal akan membantu anda untuk melegakan kekejangan otot muka.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan