Apa itu Osteosarkoma?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu osteosarkoma?

Osteosarkoma, juga dikenali sebagai sarkoma osteogenik, ialah satu jenis daripada kanser tulang yang bermula dari sel yang membentuk tulang anda. Penyakit ini berlaku bila sel mula membentuk tumor kanser daripada tugasan mereka yang asal, membentuk tulang baru. Osteosarkoma biasanya berlaku di dalam tulang panjang pada tangan dan kaki anda, biasanya berdekatan dengan lutut atau bahu walaupun ianya boleh berlaku pada mana-mana tulang.

Jarang untuk anda mengalami penyakit ini pada tulang pelvik, tulang rahang, atau tulan rusuk. Ia juga sangat jarang terbentuk pada jari tangan dan jari kaki.

Apakah kebarangkalian osteosarkoma?

Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Sebenarnya, osteosarkoma sangatlah jarang berlaku biarpun ia daripada jenis kanser tulang yang biasa dijumpai. Ia berlaku pada kanak-kanak dan remaja (golongan muda) tapi boleh juga berlaku pada golongan dewasa yang lebih tua. Risiko mendapat osteosarkoma adalah sedikit lebih tinggi pada lelaki berbanding wanita. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang bersama doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi osteosarkoma

Tanda dan simptom biasa bagi osteosarkoma adalah:

  • Bengkak atau benjolan sekitar tulang bahagian hujung tulang, nyeri berdekatan dengan bahagian tersebut;
  • Kesakitan pada tulang atau sendi, atau nyeri;
  • Patah tulang yang bukan disebabkan akibat normal, seperti jatuh;
  • Sakit tulang.

Sekiranya kanak-kanak menghidapi penyakit tersebut, mereka mungkin mengalami sakit di malam hari atau selepas bermain atau senaman fizikal. Tambahan, mereka mungkin ketempangan sekiranya osteosarkoma terjadi pada bahagian kaki.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya mengalami kesakitan, bengkak, atau patah pada bahagian muskuloskeletal. Anda juga perlu berjumpa doktor dengan segera sekiranya mengalami kesakitan yang berterusan atau tidak dapat dijelaskan serta bengkak pada tulang atau sendi.

Punca

Apa yang mengakibatkan osteosarkoma?

Osteosarkoma adalah diakibatkan oleh sel-sel abnormal membahagi secara berterusan serta kekal hidup lebih lama dari kebiasaan. Mereka mula membentuk bonjolan tisu yang bertukar menjadi tumor dan akhirnya menjadi penyakit.

Keadaan ini juga mungkin diakibatkan oleh kesilapan dalam DNA, juga digelar kod genetik. Disebabkan oleh kesilapan, sel yang tumbuh membentuk tulang membentuk tumor osteosarkoma, yang bermakna penyakit terjadi akibat kesilapan pada DNA sel. Kesilapan ini yang mengarahkan sel agar membesar dan membahagi dalam keadaan yang tak terkawal.

Melakukan rawatan seperti terapi radiasi untuk kanser jenis lain, atau ubatan kanser yang dipanggil alkylaing agents, juga menyumbang kepada penyakit ini.

Bagi kanak-kanak, punca penyakit ini boleh jadi pembesaran tulang yang terlalu pantas. Sekiranya tulang mereka tumbuh lebih pantas dari kebiasaan, mereka lebih terdedah kepada risiko osteosarkoma. Maka dapatlah difahami bahawa kanak-kanak yang berketinggian luarbiasa boleh mengalami penyakit ini.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko osteosarkoma?

Ada banyak faktor risiko bagi osteosarkoma, sepreti:

  • Penyakit genetik yang diwarisi. Beberapa sindrom genetik yang nadir turun melalui keluarga meningkatkan risiko kanser tulang, termasuklah sindrom Li-Fraumeni dan retinoblastoma turun-temurun;
  • Penyakit Paget’s pada tulang;
  • Terapi radiasi bagi kanser. Menghadapi dos besar radiasi seperti yang diberi semasa terapi radiasi kanser juga meletakkan anda pada risiko osteosarkoma pada masa hadapan;
  • Sedang atau pernah mengalami tumor berbagai pada tulang rawan, yang mana ia adalah tisu konektif di dalam tulang.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana osteosarkoma didiagnosis?

Langkah pertama perlu dilakukan doktor untuk mendiagnos osteosarkoma anda ialah untuk bertanya tentang simptom atau jika anda mengalami masalah menggerakkan anggota badan atau menggunakan sendi, dan memeriksa lagi punca biasa bagi sakit sendi dan bengkak, seperti kecederaan bersukan atau athritis. Kawasan yang sakit, terasa hangat, bengkak, dan nyeri akan diperiksa dan doktor turut memeriksa tanda bengkak pada sendi atau cecair sendi.

Jika doktor anda tidak mengetahui kesan sebenar simptom anda, satu x-ray pada kawasan tersebut di samping ujian darah akan dilakukan. Ujian darah biasanya normal manakala x-ray biasanya akan menunjukkan karakteristik yang abnormal menunjukkan bahawa ia kemungkinan kanser.

Bila sudah ditentukan bahawa anda mengalami tumor tulang melalui alatan x-ray, anda akan perlu untuk pergi ke pusat perubatan utama bagi merawat kanser tulang. Di sana, anda akan mendapat ujian MRI pada kawasan tersebut untuk menentukan berapa jauh tumor tersebut telah menawan kawasan saraf, salur darah dan sendi berdekatan.

Doktor juga akan memerlukan biopsi untuk memastikan diagnosis. Dalam biopsi, satu bahagian kecil tulang anda akan diambil untuk diperiksa kehadiran sel kanser di dalam makmal khas.

Bagaimana osteosarkoma dirawat?

Kebiasaannya osteosarkoma dirawat melalui pendekatan tiga langkah termasuklah kimoterapi, pembedahan dan kimoterapi tabahan bagi susulan. Terlebih dahulu, kimoterapi akan diberikan pada anda supaya mereka dapat menghancurkan seberapa banyak yang mungkin tumor yang boleh sebelum pembedahan.

Pesakit akan dipilih masa yang sesuai bagi pengeluaran tulang kanser tanpa perlu pemotongan anggota. Ruang yang disebabkan pengeluaran kanser kemudian akan dipenuhi dengan graf tulang atau prostetik sintetik untuk memastikan pesakit mampu mengekalkan fungsi anggota semaksima mungkin.

Langkah ketiga ialah anda akan diberi haluan kimoterapi kedua selepas pembedahan.

Pembedahan mengekalkan anggota bagi merawat penyakit, boleh jadi sukar dilaksanakan dalam beberapa kes. Sekiranya tumor telah menawan salur darah atau bahagian sendi berdekatan, anggota tersebut mungkin perlu dipotong.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas osteosarkoma?

Sebenarnya osteosarkoma tidak dapat untuk dielak. Gayahidup dan rawatan sampingan ini mungkin boleh mengurangkan beberapa risiko mendapat osteosarkoma:

  • Gunakan vitamin dan nutrient bagi sistem tulang. Ingatlah agar sentiasa berbincang dengan doktor sebelum mengambil nutrient.
  • Untuk melegakan simptom, anda boleh menggunakan beberapa jenis akupuntur atau urutan;
  • Belajarlah secara mencukupi mengenai kanser tulang agar mudah mengambil keputusan bagi penjagaan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.