backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Obstruksi Usus

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Obstruksi Usus?

Obstruksi usus adalah sekatan yang menghalang makanan atau cecair daripada masuk melalui usus kecil atau usus besar (kolon) anda.

Apakah kebarangkalian Obstruksi Usus?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Obstruksi Usus?

Simptom-simptom biasa bagi obstruksi usus adalah:

  • Sakit kekejangan pada abdomen yang datang dan pergi
  • Hilang selera makan
  • Sembelit
  • Muntah
  • Tidak boleh membuang air besar atau kentut
  • Bengkak pada abdomen

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Obstruksi Usus?

Punca yang paling biasa menyebabkan obstruksi usus dalam kalangan orang dewasa adalah:

  • Usus melekat – jalur tisu serat di dalam ruang abdomen yang boleh terbentuk selepas pembedahan abdomen atau pelvik
  • Kanser kolon

Bagi kanak-kanak, punca yang paling biasa menyebabkan obstruksi usus adalah usus berteleskop (intususepsi).

Sebab-sebab lain bagi obstruksi usus termasuklah:

  • Hernia – sebahagian daripada usus yang terkeluar ke dalam bahagian badan anda yang lain
  • Penyakit inflamatori usus, seperti penyakit Crohn
  • Divertikulitis – keadaan yang mana terdapat kantung kecil, tersembul keluar (divertikula) di dalam saluran penghadaman yang menjadi radang atau dijangkiti
  • Kolon terbelit (volvulus)
  • Najis tersangkut

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Obstruksi Usus?

Terdapat pelbagai faktor risiko bagi obstruksi usus, seperti:

  • Pembedahan abdomen atau pelvik, yang mana sering menyebabkan pelekatan – obstruksi usus yang biasa terjadi
  • Penyakit Crohn, yang mana menyebabkan dinding usus menebal dan menyempitkan ruang laluan usus
  • Kanser di dalam abdomen, terutamanya jika anda menjalani pembedahan bagi membuang tumor abdomen atau terapi radiasi

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Obstruksi Usus didiagnosis?

Pertama, doktor akan menekan abdomen anda untuk diperiksa. Doktor kemudian akan menggunakan stetoskop untuk mendengar sebarang bunyi yang dihasilkan. Jika terdapat benjolan keras atau jenis bunyi tertentu, terutamanya pada kanak-kanak, mungkin membantu dalam menentukan sama ada obstruksi berlaku atau tidak.

Ujian-ujian lain termasuklah:

  • Ujian darah bagi melihat kiraan darah, fungsi hati dan buah pinggang, dan paras elektrolit
  • X-ray
  • Pengimbas CT
  • Kolonoskopi, tiub fleksibel bercahaya yang digunakan oleh doktor anda bagi melihat usus besar anda
  • Enema berserta kontrast

Bagaimana pesakit Obstruksi Usus dirawat?

Rawatan bergantung kepada lokasi dan keterukan obstruksi. Jangan cuba untuk merawat masalah ini di rumah. Rawatan yang sesuai bergantung kepada jenis obstruksi usus.

Bagi obstruksi separuh atau ileus, ia mungkin boleh dirawat dengan hanya merehatkan usus dan diberi cecair intravena (IV). Rehatkan usus bermaksud anda akan diarahkan supaya jangan makan apa-apa, atau hanya ambil cecair jernih sahaja, semasa waktu tersebut. Jika punca obstruksi telah diketahui, doktor anda akan merawat  punca tersebut juga.

Merawat dehidrasi sangat penting. Doktor anda akan memberi cecair IV kepada anda bagi membetulkan semula ketakseimbangan elektrolit. Kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing anda bagi mengeluarkan urin.

Satu tiub mungkin perlu dimasukkan melalui hidung anda dan terus ke dalam kerongkong, perut, dan usus bagi melegakan:

  • Tekanan
  • Bengkak
  • Muntah

Jika masalah anda disebabkan oleh penggunaan ubat tahan sakit narkotik, doktor anda boleh mempreskripsi ubat yang dapat mengurangkan kesan narkotik terhadap usus anda,

Pembedahan akan diperlukan jika kaedah-kaedah ini gagal atau simptom anda menjadi bertambah buruk. Rawatan bagi kes ini biasanya memerlukan anda untuk tinggal di hospital. Anda akan diberi cecair IV, kerana selain daripada melegakan dehidrasi, ia juga boleh bantu mencegah kejutan semasa pembedahan.

Komplikasi teruk bagi obstruksi usus boleh menyebabkan kerosakan kekal pada usus anda. Sekiranya perkara ini berlaku, doktor bedah akan melakukan pembedahan bagi membuang sebahagian tisu mati dan menyambung semua dua bahagian hujung usus anda yang sihat.

Walaupun ubat yang dipreskripsi tidak boleh merawat obstruksi itu sendiri, ubat ini boleh bantu mengurangkan rasa mual anda sehingga pendekatan seterusnya akan dilakukan. Contoh ubat yang mungkin dipreskripsi oleh doktor anda ialah:

  • Antibiotik bagi mengurangkan jangkitan
  • Ubat antimual bagi mengelakkan anda daripada muntah
  • Pelega kesakitan

Anda tidak seharusnya mengabaikan simptom-simptom obstruksi usus atau cuba untuk merawat obstruksi usus ini di rumah.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Obstruksi Usus?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan