backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Nodul dan Polip Vokal Kord

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apakah itu nodul dan polip vokal kord?

Nodul vokal kord adalah ketumbuhan beningna (bukan kanser) pada kedua-dua vokal kord yang disebabkan oleh penyalahgunaan suara. Penyalahgunaan suara yang berulang bagi jangka masa panjang mengakibatkan bengkak pada setiap vokal kord. Bengkak ini akan menjadi ketumbuhan yang keras seperti kalus dan dipanggil nodul. Nodul ini akan menjadi lebih besar dan kesar apabila penyalahgunaan suara berterusan.

Polip boleh terjadi dalam banyak bentuk. Ia boleh terjadi daripada penyalahgunaan suara. Polip dapat dilihat pada vokal kord samada pada sebelah atau kedua-dua belah kord. Ia kelihatan seperti benjolan atau bengkak (nodul), ketumbuhan seperti tangkai, atau luka lepuh. Kebanyakan polip adalah lebih besar daripada nodul dan boleh dikenali dengan nama lain, seperti polypoid degeneration ataupun Reinke edema. Cara yang terbaik untuk membezakan nodul dan polip ialah dengan mengingati nodul sebagai kalus dan polip sebagai lepuh.

Apakah kebarangkalian nodul dan polip vokal kord?

Polip adalah biasa di kalangan orang dewasa. Nodul boleh berlaku pada kanak-kanak. Ia telah diketahui, untuk sebab yang tidak diketahui, nodul vokal kerap berlaku kepada golongan wanita di antara umur 20 dan 50. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom nodul dan polip vokal kord?

Simptom yang biasa berlaku pada nodul dan polip vokal kord adalah:

  • Suara parau
  • Suara berangin
  • Suara “kasar”
  • Suara “serak”
  • Sakit seperti ditembak dari telinga ke telinga
  • Sakit leher
  • Jangkauan suara berkurangan
  • Badan dan suara menjadi lesu

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor anda?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah yang menyebabkan nodul dan polip vokal kord?

Nodul kerap berlaku disebabkan oleh penyalahgunaan vokal. Polip mungkin disebabkan oleh penyalahgunaan vokal jangka masa panjang tetapi juga boleh berlaku selepas terjadinya kecederaan terhadap vokal kord, seperti menjerit ketika konsert. Perokok tegar, hypothyroidism, dan GERD juga boleh menyebabkan pembentukan polip. Penyalahgunaan vokal boleh terjadi dalam banyak bentuk dan termasuklah:

  • Alahan
  • Merokok
  • Ketegangan otot
  • Menyanyi
  • Menjerit
  • Bersorak
  • Cakap dengan kuat
  • Minum kafein dan alkohol (mengeringkan tekak dan vokal kord)

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada nodul dan polip vokal kord?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah nodul dan polip vokal kord didiagnosis?

Sekiranya anda mempunyai suara parau secara tiba-tiba selama dua ke tiga minggu, anda harus berjumpa dengan doktor. Pemeriksaan lanjut termasuklah:

  • Pemeriksaan doktor, seharusnya dijalankan oleh pakar otolaryngologi (doktor telinga, hidung, dan tekak)
  • Ujian suara oleh pakar patologi bahasa-pertuturan; dan
  • Ujian neurologi

Kumpulan ini akan memeriksa kualiti suara, jangkauan suara, kelantangan, ketahanan untuk bercakap, dan kriteria suara yang lain. Pemeriksaan menggunakan alatan khas mungkin dilakukan seperti memasukkan endoskop ke dalam mulut atau hidung untuk melihat kepada vokal kord dan larinks umumnya. Stroboskop (lampu yang berkelip) mungkin digunakan untuk melihat vokal kord ketika ia bergerak.

Bagaimanakah nodul dan polip vokal kord dirawat?

Nodul dan polip mungkin boleh dirawat secara ubat-ubatan, pembedahan, atau dengan terapi tingkah laku. Pembedahan yang dilakukan adalah dengan membuang nodul atau polip daripada vokal kord. Pembedahan ini berlaku apabila nodul atau polip tersebut adalah sangat besar atau telah lama wujud. Pembedahan jarang dilakukan kepada kanak-kanak. Masalah kesihatan boleh dirawat untuk mengurangkan impak kepada vokal kord. Ini termasuklah rawatan Gastroesophageal Reflux Disease (GERD), alahan, dan masalah tiroid. Ubat juga boleh digunakan untuk menghentikan merokok atau mengawal stres jika diperlukan.

Terdapat banyak pesakit yang menerima terapi tingkah laku, atau terapi suara daripada SLP. Terapi suara akan memberi penekanan kepada kebersihan vokal, mengurangkan / menghentikan penyalahgunaan vokal, dan rawatan terus suara untuk memperbaiki jangkauan suara, kelantangan, atau cara bernafas untuk teknik percakapan yang baik. Teknik mengurangkan stres dan senaman menenangkan jiwa juga mungkin akan diajar.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani nodul dan polip vokal kord?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berbincang doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau sebarang rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan